AGENDA

Blog ini diwujudkan sebagai medium update isu-isu semasa dalam dan luar negara.

ISU

Medium perkongsian dan percambahan ilmu pengetahuan, menyalurkan pendapat dan pandangan bersama.

SEMASA

Dengan harapan agar masyarakat umum khususnya golongan MAHASISWA, dapat cakna dan prihatin dengan isu semasa yang berlaku.

Kuasa PEMUDA

"Berikan aku 10 orang PEMUDA, nescaya aku pasti MENGGONCANG dunia!! -pemuda agen pengubah dunia-.

FREEDOM of SPEECH

Kebebasan bersuara adalah untuk semua.

Thursday, October 28, 2010

Coret-coret Bajet 2011

Seakan bajet kempen PRU13..


ditambah lagi peruntukkan kepada proses memenuhkan permata di badan


dan sektor pendidikan tidak nampak begitu banyak perubahan 


walauapapun, polisi ekonomi yang dibuat perlu dicakna kerana ia melibatkan batang tubuh kita sendiri !


Menghairankan !




1) Pembinaan Menara Warisan


Aneh kerana ia turut diumumkan dlm bajet sedangkan kata PM ia sepenuhnya ditangguh oleh PNB. Kita tahu bahawa bajet hanya melibatkan Kumpulan Wang Disatukan (Hasil negara & pembiayaan).


PNB adalah salah satu GLC (alat penting DEB) yg bermatlamatkan pemilikan saham dalam sektor korporat oleh rakyat bumiputera. Keuntungan PNB pula mestilah digunakan utk membangunkan ekonomi negara dan membela nasib rakyat bumiputera yg masih byk yg miskin. 


Dengan pembinaan menara yg sudah tentu kadar sewanya tinggi, kita pasti bahawa yg mampu menyewa adalah golongan pemodal2 besar, bukannya pengusaha2 bumiputera yg kebanyakkannya baru nk bertatih dlm sektor perniagaan.

Apabila siap menara itu, nasib menara Petronas akan akan mulai dilupakan sebagaimana nasib Menara Dayabumi sesudah Menara Petronas siap. Kini, saya difahamkan hanya sekitar 35-40% sahaja ruang yg disewa. Selebihnya dihuni hantu jembalang.

Belum diambil kira implikasi negatif seperti kesesakan lalulintas dan pencemaran. Lepas ni akan timbul fenomena di mana GLC-GLC dan kompeni2 besar akan berlumba-lumba utk membina menara yg lebih tinggi dan keuntungan tidak lagi mengalir ke kantung rakyat2 miskin yg perlukan pembelaan.




2) Peruntukan Permata


Bajet RM111 juta untuk sebuah institusi yg masih baru. Belum ada alumni (lepasan) permata yg terbukti berjaya. Adakah kerana desakan dari seorang isteri maka ia mudah diluluskan ? 


SAR yg telah terbukti byk melahirkan ulama' dan pemimpin masyarakat hanya mendapat peruntukan yg lebih rendah. 


Peruntukan bajet sebanyak RM 111 juta digunakan untuk pembangunan dan pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Sedangkan jumlah yang lebih kecil iaitu RM 95 juta pula diperuntukkan untuk keseluruhan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah yang jauh lebih banyak bertebaran di negara ini.
Bajet ini ternyata tidak adil dan berat sebelah. Peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang jauh lebih penting dalam mendidik dan menjadikan generasi insan soleh dan solehah gagal difahami oleh Perdana Menteri. Keadaan SAR juga kebanyakannya dalam keadaan daif kerana kurangnya perhatian terhadap aspek pembangunannya. Kebajikan guru dan murid terabai, kemudahan dan fasiliti yang tidak berapa lengkap, sistem pengajaran yang tidak sempurna, serta pelbagai kelemahan yang perlu diperbaiki. Apa yang pasti, kebanyakan SAR hanya diusahakan oleh individu atau organisasi tertentu dan merekalah yang banyak berkorban bagi memastikan SAR terus hidup dalam masyarakat.
3) Hutang Negara sebanyak RM405b dan dijangka meningkat kepada RM593.9b pada tahun 2015


Kerajaan kita berhutang pada kadar nilainya hampir 50% daripada jumlah KDNK. Ekonomi (negara membangun) yg baik sewajarnya pd lingkungan 30 - 35% (1/3) daripada nilai KDNK. Hutang luar negeri sepatutnya dikurangkan kpd 5% drp jumlah hutang keseluruhan. 



4) Hub Hiburan Malam. 


Kelihatan kerajaan terdesak utk menarik pelancong asing. Pada hakikatnya , kerajaan terlupa pada tarikan utk menarik pelajar2 asing ke negara kita. Ramai pelajar kita ke luar negara (sekaligus berbelanja di negara asing - wang mengalir keluar) tapi tak ramai pelajar asing datang belajar di sini. 


Ternyata kualiti pendidikan kita belum mampu menarik minat pelajar luar utk dtg belajar ke negara kita. 


Paling kurang, seorang pelajar asing akan berbelanja sebanyak RM23 ribu setahun. Daripada menumpukan kepada penyuburan maksiat, sepatutnya kerajaan menumpukan perhatian utk menarik pelajar asing serta pelancong ke kawasan pelancongan yg menarik.

Hakikatnya, Hb Hiburan Malam akan banyak melibatkan rakyat tempatan. Perbelanjaan domestik dan bukan menarik pelancong asing krn hiburan di tempat mereka jauh lebih 'dasyat'. (Lainlah kalau Malaysia mahu mewujudkan hiburan yg jauh lebih dasyat  drp yg ada di negara luar).



5) Tumpuan kepada projek koridor/pembangunan wilayah. 


Kita sedia maklum bahawa daripada 5 wilayah yg nak dibangunkan, hanya Iskandar Malaysia (IM) yg mendapat sambutan. Koridor yg lain masih jauh drp sasaran pelaburan yg nk digalakkan. Dalam bajet 2011, tiada peruntukan khusus diberikan kepada koridor ECER (pantai timur) dan SDC (sabah).


6) Pemusatan kuasa di JPM. 


UNIK yg menguruskan R&D&C diletakkan dibawah JPM, menjadikan ia kementerian yg paling banyak agensi. Kita faham bahawa ada ramai menteri dlm JPM, tetapi ada beberapa agensi yg kelihatan lebih berkaitan dgn kementerian lain yg diletakkan di bawah JPM juga. 


UNIK sepatutnya di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi. LPKP pula lebih sesuai di bawah Kem. Pengangkutan

Pemusatan kuasa yg keterlaluan boleh menjejaskan kecekapan dlm pentadbiran.



*****


Wahai anak muda sekalian , segeralah berjaga dari lena yang panjang. Mari menjadi agen perubahan dengan pengaruh magnitud yang luar biasa !


rasa sayang..



I believe everyone is dreaming of a better malaysia..

a nation that is developing at a sustainable rate

where everyone gets a fair and equal share


I believe in Islamic principles and governance..


where the leaders are committed

who put the ppl before themselves in practice and not words


I believe that ISLAM IS FOR ALL..

It suits everyone

especially when it comes to problem solving of global world, as it is a way of life


I believe we all should be brave enough to face the reality..

and need to tackle local issues and root problems


I believe all of us need a change in paradigms..

drop the race politics

and need to be more concern about our common survival.

After all, we can only bring changes if we do something about it.



An idiot is defined as one who keeps doing the same thing and expect changes.

And the reality is we are seeing it everywhere..



Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More