Saturday, September 24, 2011

HUKUM HUDUD ; TGNA vs PM

Allah SWT Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦ 
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
 





Nik Aziz tetap mahu hudud, tak peduli pendirian DAP
September 22, 2011

KOTA BARU, 22 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz (gambar) berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

“Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah,” kata beliau.

“Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata ‘bye-bye’ tak apa.

“Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar),” kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Awal hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Semalam, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

“Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.

“Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut. Tak kena di mana,” katanya.

Justeru Nik Abdul Aziz mempersoalkan rasionalnya untuk bertemu DAP lagi semata-mata mahu menjelaskan perkara itu sedangkan parti itu mengetahui PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. 





Ulasan ;



Ramai yang masih terfikir, wajarkah HUKUM hudud di laksanakan dalam MALAYSIA kerana melihat kepada suasana kondusif -- menurut DR.,MAZA , SUASANA KONDUSIF IALAH suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.
walaupun pandangan Dr, Maza sendiri mengatakan bahawa Malaysia tidak sesuai lagi untuk di laksanakan di Malaysia kerana suasana kondusifnya, melihat kepada keadaan rakyat yang masih "belum mampu" untuk survive dalam hidup tanpa hukum hudud ini,namun TGNA masih tegas ,malah ketika di tanya beliau tentang hukum hudud beliau menjawab "“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”."
TGNA sudah lama memerintah kelantan, pada hemat beliau,sudah sampai masanya kini Kelantan menjalankan satu undang2 negara yang merupakan hukum Hudud, iaitu Hukum TUHAN. 
Sahabat sekalian, hudud bukan asas kenegaraan dalam islam, ia adalah satu hukum syariah yang di jalankan untuk membanteras jenayah2 yang berlaku dalam negara. Jika kita lihat perlaksanaan hukum hudud dahulu di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, langsung tiada jenayah yang berlaku di zaman beliau, dan tiada pula golongan miskin, dan ini lah satu contoh terbaik bahawa perlaksaan hukum islam yang telah di gariskan Allah adalah satu hukum yang sesuai dengan jalan hidup Manusia. 


saya kepilkan.


.PANDANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO' SRI NAJIB TUN RAYA. terhadap PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA.




"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah. "



Ulasan ;
Futuristic sungguh pandangan Najib, walaupun begitu, beliau masih belum ada alasan yang kuat untuk tidak berstuju dengan TGNA untuk melaksanakan hukum Hudud, kalau hanya setakat mengaitkan dengan politikus semata2 , ini tak boleh di terima pakai.  


Apa salahnya jika beliau membenarkan TGNA untuk melaksanakan hukum hudud di dikelantan dan biar mereka lihat keberkesanannya, sejauh mana ia dapat membanteras jenayah.Dan mengapa Najib or PM perlu takut untuk melaksanakan hukum islam ini jika beliau sendiri adalah islam , dan tidak melakukan apa2 kesalahan, sebaliknya beliau memperlekehkan usaha TGNA untuk mewujudkan hukum Islam di Kelantan.  Datos,  Hukum Islam ni bukan hukum macam main politik2 negara tu. ini hukum Tuhan.suci dan tidak kotOr. 


sayang takut rakyat ramai kena potong tangan dan kena REJAM? 


Kini, Rakyat kelantan sendiri terpaksa memohon kepada kerajaan pusat untuk membenarkan TGNA melaksanakan hukum hudud di kelantan,sama2 lah kita doakan yang terbaik untuk negara kita.


Hidup kelantan,Hidup Malaysia  :)




wallahua'lam. 

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More