PERUNCIT: BEKALAN MINYAK MASAK TAK MENCUKUPI -mkini
Beberapa peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka, sekali gus meruncingkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran.
Mereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.
Tinjauan di kedai dan pasar raya juga mendapati kebanyakannya sudah hampir kehabisan bekalan manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula terhad.
HAIRAN !
ANTARA NEGARA TERBESAR PENGELUAR MINYAK DALAM DUNIA,
TAPI RAKYAT SENDIRI TAK DAPAT BEKALAN MINYAK
Antara kisah yang akan muncul :
1 - Kerajaan akan terus berusha tetapi keadaan ...
2 - Harga minyak kita lebih murah dari....
3 - Kerajaan beri subsidi berjumlah...
5 - Kerajaan akan terus pantau...
6 - Peniaga cari untung berlebihan akan didakwa....
7 - Tiga pengusaha kilang minyak haram di tangkap...
8 - Sebuah lori cuba seludup di tahan....
9- Kempen"Minggu Makanan tanpa Minyak" oleh kementerian Kesihatan.
10-Korang sambunglah sendiri !
6 SYARIKAT DISIASAT, 1 DISITA SELEWNG MINYAK MASAK –berita hairan
Enam syarikat yang terdiri daripada pemborong dan syarikat pembungkusan semula minyak kini disiasat manakala satu lagi di sita kerana penyelewengan minyak masak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,i Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
"Kita juga sedang buat 'auditing' dengan syarikat pembungkusan semula minyak
dan juga pemborong. Kita sedang siasat dengan mereka ke mana minyak itu pergi, seperti yang kita buat semasa isu gula dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang menyeleweng dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang bersalah.
"Sekali lesen dibatalkan, kita tidak akan sambung balik kerana kita tidak mahu rakyat susah akibat perbuatan mereka ini. Di bawah Akta Kawalan Bekalan peruncit boleh dikenakan denda maksimum RM250,000. Jadi kita akan gunakan yang maksima," katanya.
Ismail Sabri berkata, kerajaan juga telah membatalkan tujuh lesen syarikat pemborong gula yang terbabit dengan aktiviti penyeludupan dan penyorokan gula tahun lalu.
aha, seperti yang dijangka !
*wink2*