Sudah jelas,terang lagi bersuluh rakyat tidak inginkan pemimpin yg korupsi seperti Mubarak.
Ternyata mesej yang disampaikan oleh rakyat sangat mudah dibaca. Samaada kebodohan seorang presiden
atau kebutaan seorang presiden yang menjadi kekuatan untuk dia terus memegang jawatan itu.
Menghairankan betol perilaku presiden yang sorang ini. Keseluruhan kabinet telah meletak jawatan tetapi dia
masih mampu berdiri di depan televisyen dan mewar-warkan akan mengumumkan ahli kabinet yang baru
pada esok hari. Rakyat bukan saje inginkan rombakan kabinet yang baru tetapi mereka juga inginkan
Presiden yang lama ini digulingkan. Mengapa tidak dituruti saja kehendak ini ?
Gambar yang dikeluarkan White House :
Presiden Amerika sedang berbual dengan Hosni Mubarak di dalam telefon. Di sebelah kiri sekali pula ialah, Naib presiden Amerika.
Oh!kekuatan dari Amerika menjadikan Mubarak masih lagi kuat memegang jawatan presiden. Jika Mubarak letak jawatan,siapa lagi boneka yang sesuai untuk diisi tempat itu. Jika tiada boneka, terancam la penduduk yahudi di Bumi Palestin (TIDAK PERNAH ada ISRAEL dalam peta dunia)
MUNGKIN ADA KAITAN DENGAN YANG INI ?

Gambar yang sangat dibenci rakyat Mesir khususnya dan orang islam di serata dunia umumnya ini di ambil ketika penampilan pertama Mubarak selepas cetusan demonstrasi. Dia antara lain mengumumkan akan pembentukan kerajaan baru pada 29/01/11.