Monday, April 18, 2011

Rasis?

Perlu diakui orang cina lebih bijak berpolitik. Semakin mereka menolak BN, semakin itulah BN akan cuba membuktikan kasih sayangnya. Orang melayu agak ketinggalan. Elektrik air tak ada takpa, asal DEB ada. Menatang apa DEB pun belum tentu tau.


 KUALA LUMPUR, 18 April — Lim Guan Eng mendakwa gesaan akhbar Kumpulan Utusan agar Barisan Nasional (BN) menghukum pengundi-pengundi Cina yang tidak menyokong perikatan itu pada pilihan raya negeri Sarawak kelmarin sebagai rasis dan tidak demokratik.
Setiausaha Agung DAP juga mengecam Umno, pemilik akhbar itu kerana membolehkan pendirian sedemikian dikeluarkan dan mempersoalkan sama ada ia konsisten dengan slogan 1 Malaysia dibawa Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengeri BN.
“Gesaan terbuka Utusan Malaysia, bukan sahaja rasis tetapi juga bertentangan dengan amalan demokrasi,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini.
Lim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata jika BN mengambil tindakan tegas yang disarankan oleh Mingguan Malaysia terhadap pengundi bandar dan sesiapa yang menggunakan hak demokrasi, maka apa gunanya diadakan pilihan raya.
Satu lagi akhbar milik Umno, Berita Harian dalam ruangan editorial hari ini berkata “sudah tiba masa BN meneliti senario kenapa pengundi Cina menolak BN, bukan saja di Sarawak, malah di kebanyakan pilihan raya kecil lalu.
“Persoalannya, adakah kerana BN tidak cukup membantu kaum Cina atau ia sekadar keyakinan mereka bahawa pembangkang mampu membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan DAP di Pulau Pinang dan Selangor dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS,” kata beliau.
Semalam, Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan milik Umno, menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak kali ini.
Mingguan Malaysia berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.
BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.
Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undin popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.
“Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.
“Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP,” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.
Dalam kenyataannya Lim berkata, Utusan Malaysia yang pernah mengesyorkan supaya tragedi 13 Mei dijadikan hari peringatan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat “rasis dan ekstremis.”
“Apa yang mengejutkan ialah Umno terus membenarkan pendekatan rasis terhadap bukan Melayu dan bukan Islam di kedua-dua Semenanjung dan Malaysia Timur.
“Adakah (sikap) rasis dan ekstrem oleh akhbar Umno konsisten dengan (slogan) 1 Malaysia,” kata Lim dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.
Pada pilihan raya negeri kali ini BN Sarawak memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 dan Bebas satu.
Lima tahun lalu BN memperoleh 62 kerusi dan kali ini Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR menambah kerusi dua kali ganda.
Lim menekankan bahawa menghukum pengundi-pengundi Cina yang bebas memilih wakil mereka menerusi peti undi bersamaan dengan tindakan “diktator dan feudal.”
Sebaliknya Lim menggesa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kalah teruk termasuk presidennya Tan Sri George Tan agar menarik balik sokongan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan itu selama 30 tahun.
“Pengundi-pengundi Sarawak telah menghantar mesej kuat dan jelas kepada SUPP bahawa mereka mahukan Taib pergi sekarang.
“SUPP ditolak oleh pengundi kerana SUPP telah gagal mewakili rakyat dan dilihat sebagai wakil Taib,” katanya lagi.
Oleh itu katanya, isu yang paling penting SUPP mesti tangani ialah jika SUPP jujur dalam menerima keputusan pengundi, ia mesti menarik balik sokongan diberikan kepada Taib sebagai ketua menteri.


Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More