Kita boleh bersungguh-sungguh dan punya semangat yang membara untuk kerja dakwah. Namun jika berdakwah dan menyertai jemaah hanya untuk MENERIMA, kita akan seringkali cenderung untuk melihat pada kelemahan, apatah lagi kita akan meletakkan expectation yang tinggi untuk menerima yang terbaik dari jemaah yang kita sertai. Tambahan pula dengan cetusan idea-idea yang menggunung dari anak muda yang idealis sangat menebal.
Lantas terus-menerus berada dalam pencarian dan eksplorasi yang menjemukan. Dan akhirnya mengambil tindakan untuk melarikan diri, kerana telah kononnya 'putus asa' atau kecewa dengan realiti yang ada depan mata.
Namun jika sejak dari awal kita menyertai jemaah untuk MEMBERI, secara automatiknya kita akan cuba untuk memanfaatkan keterlibatan masing-masing dalam jemaah yang disertai, serta lebih fokus akan peranan dan potensi diri. Bukannya hak penerimaan semata-mata.
Jika jemaah ini berpotensi, maka sehabis baik kita akan memainkan peranan kita. Memberikan idea, tenaga dan menterjemahkannya dalam pengurusan, tindakan dan sebagainya. Manakala jikalau jemaah ini punya masalah, maka kitalah yang akan memainkan peranan dengan menawarkan diri sebagai sebahagian daripada penyelesai. Sikap melarikan diri atau membuat kumpulan lain bukanlah solusi yang tepat.
Ramai di kalangan kita masih bersikap naif tentang hakikat berbilang-bilang jemaah atau kumpulan di kalangan mahasiswa. Ignorant terhadap pemain dakwah yang lain tidak patut wujud sekiranya sikap MEMBERI itu disemai sejak awal. Jika tidak masakan boleh ada exclusiveness atau menyekat kehadiran ke sesuatu aktiviti atau program sedangkan hal tersebut adalah COMMON SENSE.
Walaupun secara idealnya harus bersifat lengkap-melengkapi, namun hakikatnya adalah berlakunya pertembungan. Common sense ini semakin dilupai.
**credit to bro cha