Wednesday, December 14, 2011

" RUU Himpunan Aman "..selepas AUKU, ini pula...



Rang Undang- Undang Himpunan Awam 2011 (RUUHA 2011). November lalu, rang undang-undang ini telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan kini dalam perbahasan Dewan Negara. RUU baru ini muncul ekoran pemansuhan akta zalim sebelum ini, Seksyen 27 Akta Polis 1967. Akta perhimpunan aman ini sepatutnya diharapkan dapat memudahkan lagi rakyat untuk berhimpun secara aman, bukan menyusahkan. Namun, begitulah hakikatnya.

Jika diteliti, antara isi perbahasan RUU perhimpunan aman ini :

  • semua perhimpunan,walaupun di premis persendirian atau disewa,perlu diberi notis makluman awal kepada polis sekurangnya 30 hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan. Sesuatu yang amat tidak munasabah bila difikirkan, apatah lagi hendak diaplikasikan, memandangkan kebanyakan perhimpunan aman rakyat berdasarkan isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera. Namun, setelah dibahaskan, ianya dikurangkan kepada 10 hari. Masih menjadi satu perkara yang kurang relevan, bila dibandingkan dengan negara bawah pemerintahan kuku besi seperti Myanmar yang memperuntukkan masa hanya 5 hari untuk mengadakan perhimpunan. Adakah demokrasi Malaysia lebih teruk dari Myanmar? Sudahlah indeks rasuah negara kita ini saban tahun, kian merudum. Memang betul, kerajaan Malaysia menuju kejatuhan!


  • Di bawah akta ini juga, melarang individu yang berumur bawah 21 tahun untuk berhimpun secara aman. Sudah tentulah perkara ini merujuk kepada golongan muda, mahasiswa dan penuntut institusi pengajian tinggi. Jelas, usaha memperkenalkan RUU baru ini diibaratkan seperti 'tali', mengikat tangan dan kaki golongan-golongan intelektual muda kini. Sudahlah mulut mereka sekian lama disumbat tutup dengan AUKU. Sememangnya, RUU baru ini bermotif kuat menutup suara-suara 'sumbang' golongan muda khususnya yang dibimbangi lantang dilaungkan.


RUU perhimpunan aman ini, memang menarik namanya. Hakikat sebenar, ianya lebih zalim daripada Akta Polis 1967 yang wujud sebelum ini. Akta baru ini jelas memperlihatkan usaha membanteras rakyat daripada bersuara, kerana secara logiknya, tiada perhimpunan rakyat yang akan berjaya dilakukan jika mahu berlandaskan akta drakonian baru itu. Beberapa orang wakil pelapor khas PBB turut memberi respon terhadap isu ini. Mereka menyuarakan rasa kecewa kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) atau rakyat civil tidak dirujuk dalam merangka RUU itu. Takrif yang kabur tentang perhimpunan dan syarat-syarat perhimpunan yang terdapat dalam RUU baru itu juga jelas menunjukkan bahawa “kuasa berlebihan” telah diberi kepada pihak-pihak tertentu. Tambahan pula, rang undang-undang baru ini bukan sahaja menghadkan perhimpunan secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga memberi akses bersyarat kepada media. Sememangnya, “freedom of speech” telah dihadkan ke tahap paling maksima. lihat sahaja apa yang terjadi pada BERSIH 2.0, api suara kebangkitan rakyat dilawan dengan kekerasan melampau pihak FRU, bersama 'tear gas', 'water canon' dan penumbuk sepak terajang mereka. walaupun begitu, suara rakyat tidak akan pernah padam.





Sebagai golongan muda-mudi, golongan mahasiswa cerdik pandai..apa reaksi kita terhadap akta kejam ini?..sudahlah dihimpit dengan AUKU, kini,..undang-undang “hutan” ini pula?? dimana kedudukan mahasiswa dalam masyarakat, dalam negara?..apakah yang pihak kerajaan nampak pada fungsi golongan mahasiswa?..mungkin hanya sebagai perkakas, tuntut ilmu bersungguh-sungguh, kemudian 'graduate' dan berkhidmat untuk negara, majukan negara...begitu mungkin..


Jikalau anda seorang mahasiswa, sememangnya anda akan cukup risau dengan isu RUU ini, cukup risau dengan masa depan Negara Malaysia tercinta sekiranya golongan mahasiswa terus menerus ditindas sebegini. Suara kita terus di 'bisu' kan. suara intelektualisme terus dinafikan. Because you are your Nation's future...


Konon mengatakan negara menuju transformasi. Bagus begitu... TRANSFORM to a new Malaysia..


“ Transform Kerajaan..!!! ”



Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More