Jika zaman era 80-an, 20 sen bagaikan seringgit nilainya. Jika zaman sekarang, seringgit bagai lima ringgit perumpamaannya. Sejak kecil lagi, kita sudah diajar cara untuk menambung bagi memastikan kita pandai untuk berjimat cermat seterusnya menjamin masa hadapan. Sejak kecil lagi, kita juga diberi tips bagaimana untuk menabung dan ditanamkan semangat untuk mempunyai simpanan pada masa hadapan. Malah, banyak iklan di kaca televisyen turut memberi kita inspirasi untuk membuat simpanan sejak dari kecil seterusnya tabungan itu akan membantu di kala kita dalam kesesakan dan kesusahan.
Tetapi, bagaimana pula keadaannya apabila usia kita meningkat dan kita sudah mampu berfikir atas dasar logik melalui segala bahan bacaan dan pemerhatian akan tercapaikah segala inspirasi yang cuba ditanam sebelum ini? Apabila kita mengetahui keadaan dan situasi kewangan negara kita yang di dalam keadaan yang amat kritikal, kita akan melihat dari segala sudut, akan timbul pelbagai persoalan. Kenapakah perkara ini berlaku? Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Kita mengetahui secara umumnya jika kita berbelanja dengan mewah dan menggunakan wang secara tidak terurus, kita akan mempunyai masalah dari sudut kewangan dan dalam erti kata mudah kita akan terjerumus ke dalam fasa kebankrapan. Bagaimana pula apabila golongan-golongan begini, iaitu golongan yang berbelanja dengan mewah dan dengan tindakannya membuatkan negara melangkah ke arah kebankrapan, kita hanya mahu memeluk tubuh dan mendiamkan mulut tanpa berkata apa-apa?
Pada 2 Februari lalu, forum bertajuk ‘Perubahan Politik Untuk Pembaharuan Ekonomi Bagi Kesejahteraan Rakyat’ telah diadakan di Hotel Seri Malaysia. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, berucap dalam forum tersebut berkata, jika kerajaan Malaysia terus berbelanja mewah di luar kemampuan sekalipun dengan berhutang yang masih belum terlangsai, mereka akan merealisasikan impian untuk melihat negara bankrap disebabkan sikap itu.
“Bayangkan kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus setahun tetapi kadar peningkatan hutang pula 13 peratus," kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Dengan kadar tersebut, pada tahun 2020 hutang negara akan mencecah RM1 trilion.
“Sejak kemelesetan ekonomi, dalam tempoh 13 tahun kerajaan tetap berbelanja besar-besaran sehingga ekonomi menjadi parah. Jadinya apa yang kita belanjakan hari ini seolah-olah kita makan daripada milik anak cucu kita iaitu generasi akan datang.
“Bayangkan kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus setahun tetapi kadar peningkatan hutang pula 13 peratus," kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Dengan kadar tersebut, pada tahun 2020 hutang negara akan mencecah RM1 trilion.
“Sejak kemelesetan ekonomi, dalam tempoh 13 tahun kerajaan tetap berbelanja besar-besaran sehingga ekonomi menjadi parah. Jadinya apa yang kita belanjakan hari ini seolah-olah kita makan daripada milik anak cucu kita iaitu generasi akan datang.
“Itu belum masuk lagi isu penyelewengan dan salah guna kuasa. Bayangkan RM28 bilion tiris setiap tahun sedangkan jumlah yang sama jika boleh dimanfaatkan untuk rakyat sudah boleh membawa rakyat keluar daripada garis kemiskinan,” katanya lagi.
Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Penyelidikan PAS Pusat berkata, semua masalah ini timbul kerana masalah kepimpinan kerajaan yang berbelanja tidak berhemat dan jentera di bawah kerajaan yang tidak cekap.
Bagaimana? Jom sama-sama melihat serta menjadi golongan yang berfikir, bergerak dan bukan menjadi golongan yang melihat sahaja. Sama-sama kita cuba merealisasikan impian dan mencapai inspirasi yang diwar-warkan sejak dari kecil lagi bagi menjamin tabungan masa hadapan agar kita tidak menjadi golongan yang bankrap.
~Gelombang Mahasiswa~