Monday, January 23, 2012

NFC,Baucer dan Mahasiswa

Tatkala kebangkitan mahasiswa dilihat mampu memberi tekanan jangka masa panjang kepada kerajaan.Dan bila pemikiran mahasiswa sudah tidak dapat dikekang dengan AUKU. Kerajaan mula menggunakan taktik lama yang digunakan di kampung-kampung tapi dengan teknik yang sedikit berbeza. Baucer RM200 diharapkan dapat meredakan mahasiswa buat sementara waktu atau mempengaruhi mereka yang tidak cakna.

Namun, kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional terus mewarisi amalan dwi-standard dalam apa-apa perlaksanaan bajet. Andai bajet melibatkan rakyat marhein, syarat-syarat ketat dikenakan bagi mengelak sebarang penyalahgunaan dana yang diberikan. Namun, jika melibatkan menteri lain pula kisahnya.

Kerana takut mahasiswa membeli kondominium dengan wang RM200 tersebut. Ia diberikan dalam bentuk baucer khas untuk membeli buku. Manakala NFC yang langsung tiada pengalaman diberikan kepercayaan sepenuhnya dalam menguruskan wang RM250 juta yang akhirnya membeli kondominium untuk menternak lembu. Seperkara lagi yang menariknya, pinjaman NFC tiada tarikh akhir bayaran hutang. Manakala untuk mahasiswa, baucer hanya sah sehingga bulan MAC 2012.






Akhinya projek  NFC yang diurus oleh golongan yang ‘bijak’ terpalit dengan tuduhan penyalah gunaan wang rakyat. NFC hanya contoh kecil daripada kerakusn kerajaan yang ‘berwibawa’ ini. Kerana laporan daripada Global Financial Integrity (GFI) mendapati dari tahun 2000-2008 sebanyak RM1,077,000,000,000.00 (RM1.077 trilion) aliran wang HARAM  keluardari  Malaysia.  Projek NFC hanyalah 0.023% dari jumlah ini.

Eh, korang tahu tak yang bajet RM200 kepada setiap mahasiswa hanya menelan RM260 juta? Hanya lebih RM10 juta dari dana yang diberikan kepada Shahrizat sekeluarga. Jadi, nialai mahasiswa diseluruh Malaysia bersamaan dengan beberapa kerat ahli keluarga Shahrizat? Dimana letaknya kewibawaan dan keintelektualan mahasiswa dimatakerajaan Malaysia? Sampai bila si KRONI yang cetek akal fikiran akan mendapat pelbagai dana dan imbuhan melebihi rakyat marhein yang bijak pandai, berusaha gigih menuntut ilmu dan amanah dengan ilmunya? Sampai bila?





Mahasiswa tak boleh dibeli dengan wang ringgit.Mahasiswa bukan gelaran untuk mereka yang buta-tuli mengikut telunjuk orang yang memberi tanpa sebarang kajian.Bersyukur dengan apa yang diberi tidak menyekat mahasiswa mengkritik sebarang penyalah gunaankuasa. Kerana mahasiswa hari ini, pemimpin masa hadapan.Adakah anda benar-benar mahasiswa?



-Mahasiswa botak berbeza dengan mahasiswa yang tak guna otak-

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More