Baru-baru ini ada satu video oleh Ustaz Fathul Bari yang menghentam keperluan demonstrasi di Mesir. (boleh tonton di sini kalau belum)
Saya mendapati video agak mengelirukan dan saya ada bertanya kepada Ustaz Zaharuddin untuk pandangan lanjut. Berikut ialah sedikit nota untuk perkongsian dengan semua; KAEDAH FIQH
Dalam melihat persoalan demonstrasi, perlu memahami satu Kaedah Fiqhiyah;
"al-Aslu fi al-Adat wal al-Mu'amalat al-Iltifat ilal Ma'ani"
Ertinya : Asal hukum bagi hal ehwal muamalat dan adat adalah merujuk kepada hikmah dan tujuan"
( AL-Muwafaqat, As-Syatibi, 2/300)
- Secara asasnya, hukum dan cara ibadah khusus (solat, puasa, zakat) sudah ada jelas dalam Quran dan Hadith
- Manakala bagi ibadah umum- kita perlu lihat kepada subtance (inti) dan bukan pada form (pakej).
- Kita tidak boleh ambil2 bulat2 apa zaman nabi untuk aplikasi pada zaman kita. Ini keranan Islam datang dengan prinsip, bukan dengan curtain model untuk kita ikut bulat2. eg: nabi tak buat demo, kita tak boleh buat.
- ( sama konsep & penghujahan dengan pihak2 yg mengatakan kita masih di zaman makkah, dan belum zaman madinah)
Persoalan:
Tidak boleh berdemo kerana berdemo bermaksud tidak taat kepada pemimpin dan umat tidak boleh lawan pemimpin yg masih bersolat:
Jawapan:
1. Hadith2 sebegini seperti [siapa lihat pemimpin yang dia tidak suka maka dia perlu bersabar] hadir hanya pada ketika Khalifah sudah ada. Kini tiada khalifah, hanya ada 'gabenor-gabenor' kecil.
2. Orang yang berdemo tidak sama dengan golongan Khawarij (hilang ketaatan). Golongan Khawarij ada 3 ciri iaitu tidak taat, kafirkan org buat dosa besar dan angkat senjata kepada pemimpin. Org berdemo, pembangkang dan sebagainya mengunakan saluran undang2 yang ada kerana masih taat kepada pemimpin eg: masih bayar cukai.
3. Pandangan Ali Jumu'ah (mufti mesir) bahawa kena balik rumah dan jangan berdemo adalah satu ijtihad. Namun ijtihad Yusuf Qardhawi melihat kepada a bigger picture, dan kalau org bersurai daripada demo dan pulang ke rumah, akan ditangkap. Kaedah fiqhiyah "irtikab akhaffu dhararain" (ambil mudharat yang lebih ringan antara dua mudharat)
4. Demonstrasi yg berlaku ialah demonstrasi yang aman pada gholib zhon ( sangkaan majoriti) dan isolated cases tidak boleh dijadikan sebagai sebab untuk tidak boleh berdemo.
Persoalan:
Kita tak boleh kata orang sekian sekian ini mati syahid, Allah sahaja yang tahu. Jangan memandai2 nak kata si polan mati syahid.
Jawapan:
1. kita pun tak mengetahui sesiapa di dunia ini dengan pengetahuan sebenar bahawa dia mati dalam Islam. Kita hanya bersangka baik bahawa dia mati dalam Islam, lalu kita uruskan jenazah dengan cara Islam. Allah lebih mengetahui.
2. begitu juga dengan yang syahid, kita bersangka baik bahawa si polan mati syahid, dan mendoakan dia mati syahid juga.
Persoalan:
Kita betulkan aqidah dulu, melalui muhasabah diri. Lalu akhirnya semua akan jadi baik.
Jawapan:
1. dalam Quran ada dalil yang sarih (jelas) mesti amar ma'ruf dan nahi munkar (Ali Imran:104). Kalau hanya Amar Ma'aruf, maka tak. perlu disebut secara jelas dan Quran. Justeru Amar ma'ruf sahaja tidak cukup.
2. Nabi memperlihatkan sunnah bahawa amar ma'aruf dan Nahi munkar bergerak seiringan. Jika hanya perlu amar ma'ruf, Nabi tidak perlu berdepan dengan Kaum Quraisy dan mencabar status Quo mereka.
Sumber: kupasan Uzar daripada kitab Fiqh Jihad tulisan Yusuf Qardhawi.
p/s: baca artikel terbaru UZAR di website beliau.