Tiada siapa yg mampu mendabik dada selepas tsunami 8 Mac 2008. BN menang di Parlimen Batu Sapi, Parlimen Hulu Selangor, DUN Galas, DUN Tenang, DUN Bagan Pinang, DUN Batang Ai, DUN Kerdau dan Merlimau.
Kalau hendak dimegah pun, hanya kerana BN berjaya merampas DUN Galas dan Hulu Selangor. Yang lain sekadar mengekalkan kedudukan yang sama. Begitu juga buat PR. Mampu berbangga kerana berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Sibu.
BN pula lebih banyak bergantung tuah undi pos dan undi Melayu Felda. Manakala undi masyarakat Orang Asal menjadi senjata berkesan BN di Galas. 16 siri PRK memperlihatkan landskap politik selepas Mac 2008 tidak banyak berubah.
Oleh itu bagi melihat kekuatan sebenar politik mutakhir antara BN dan PR, perlu ada satu lagi PRK. Carilah mana-mana wakil rakyat yang sering ulang-alik ke hospital.
PRK edisi ke-17 mungkin boleh memberi sedikit jawapan. Namun syaratnya, kawasan berkenaan tidak meliputi Felda, pengundi pos atau Orang Asal. Bagaimanapun tempoh edah PRK hanya tinggal sebulan lagi sekiranya berlaku kekosongan selepas ini. Namun bagi mencari parti mana yang boleh diterima rakyat, juga boleh diukur melalui prestasi pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi.
Saturday, March 19, 2011
Tsunami 2008 yang bersisa..
3/19/2011 12:56:00 AM
ais03
biodata beliau
Adakah Abdul Taib Mahmud akan dikekalkan dalam Pilihanraya DUN Sarawak penggal ini? Rekod 30 tahun sebagai Ketua Menteri dengan kekayaan berbillion ringgit.
Dari mana aset tersebut dikumpul ya?
Masalah dalaman Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) memberi ruang untuk DAP merampas kerusi parlimen Kuching pada PRU lalu. Masyarakat Cina dikatakan sudah muak dengan aksi bercakaran sesama sendiri. DAP lebih diminati pengundi Cina kerana kerana keberanian wakil rakyatnya bersuara di parlimen mahupun DUN. Sedangkan tugas itu seperti gagal dipikul oleh SUPP.
Bagaimanapun kekurangan kemudahan asas, geografi yang luas dan berbukit bukau, tidak mudah untuk pengundi luar bandar mengintai parti lain. Lagipun jentera kempen PR tidak mungkin mampu menjejaki ke seluruh pelosok pedalaman Sarawak dengan mudah. BN pastinya mengeksploitasi seluruh jentera kerajaan.
Namun sekiranya PR mampu menarik simpati pengundi di kawasan bandar dan pinggiran, sudah cukup untuk meletihkan Taib dan BN Sarawak.
Lagipun Taib yang ada hari ini bukan segagah dulu. Cuma hatinya agak berjiwa muda (: