Anda seorang mahasiswa/wi..?..
wah..anda orang hebat.!!
haha..
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971). merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. AUKU kemudian dipinda pada tahun 1975 dan 1995. Matlamat utama pindaan tersebut, yg mana kekal sehingga kini; menghalang penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, juga menghalang penggabungan antara badan-badan pelajar.
-mungkin ramai yang hadam berkenaan akta ini. Atau, mungkin juga ramai yang hanya mengetahui kewujudan akta ini, tapi tidak bercambah kefahaman tentangnya. tak kurang juga yang tidak mengetahui langsung berkenaan AUKU ini.
~kita tinjau persepsi mahasiswa/wi sekitar ipt-ipt di malaysia. apa kata mereka?
bermacam-macam persepsi dan reaksi mahasiswa terhadap AUKU. Tapi, ayuh kita fikirkan semula...kenapa mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik?? politik lah yg merupakan isu terbesar di sebalik AUKU. kononnya, mahasiswa harus tumpukan pada pengajian, tak perlu lagi terlibat dengan politik. belum masanya lagi. betulkah begitu?
apa salahnya mahasiswa terlibat dengan politik? kalau kita lihat, rata-rata mahasiswa malaysia berumur dalam lingkungan 19 tahun ke 27 tahun. Seorang warganegara Malaysia, ada hak mengundi mana-mana parti politik di usia 21 tahun. Ikut logik akal, dan pemikiran mudahnya, wajarkah mahasiswa disekat daripada terlibat dengan politik?.pelik...walhal mereka ada hak untuk mengundi di kala PRU tiba. tidakkah melanggar hak kebebasan begitu?
Lihat pula pada alasan kononnya mahasiswa perlu fokus pada pengajian dahulu, baru berpolitik. kata mereka, proses pengajian di kampus sangat intensif, tiada masa untuk mahasiswa berpolitik. NC UiTm, Datuk prof Sahol Hamid : " politik di universiti hanya akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan siswa-siswi". mereka tidak mahu itu terjadi. belajar dahulu, politik kemudian. Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Norden berkenaan AUKU, " Dengan tidak terlibat dengan parti-parti politik, mahasiswa dapat berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan.."...statement yang agak tak masuk akal. TPM pula menyatakan, " ..timbul kebimbangan di kalangan masyarakat apabila kampus menjadi gelanggang politik yang tidak membawa hasil dalam melahirkan sumber manusia berilmu,.."..
sesungguhnya, mereka tidak nampakkah, apa effect penglibatan mahasiswa dengan politik??
penglibatan inilah yang menjadikan mahasiswa lebih berfikiran terbuka, lebih kritis dan kreatif dalam berfikir, lebih berjiwa besar, lebih cakna dan prihatin terhadap masa depan Malaysia tercinta, justeru memikirkan idea-idea bernas dan bersifat revolusi demi kebaikan negara pada masa hadapan. Malah, keterlibatan dengan politik juga, melatih golongan mahasiswa menjadi seorang yang multitasker, pandai mengurus masa dan hidupnya dengan lebih efektif apabila perlu menyelitkan perkara-perkara 'baru' dalam rutin harian mereka sebagai mahasiswa.
sedarkah mahasiswa akn perkara ini???
selama ini, persepsi anda terhadap "mahasiswa dan politik"...bagaimanakah?
masih fikir bahawa kita tak patut lagi menyibukkan diri dengan politik??
masih fikir, bila anda hanya tumpu dan tumpu pada pengajian, anda jadi mahasiswa berjaya, mahasiswa ideal, mahasiswa hebat??
think again...
Mahasiswa adalah bakal pemimpin negara. Mengapa mesti kebebasan mahasiswa disekat-sekat? Kenapa mesti takut kepada suara mahasiswa? Berikan kebebasan kpd mahasiswa!!
tak perlu pening-pening untuk meminda AUKU..
HAPUSKAN terus...!!
-mahasiswa BENCI auku-
-AIS-