Sunday, May 22, 2011

BERSIH kan semua


Himpunan yang menggugat UMNO kini akan berulang!




Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil. PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' akan bermula jam 2 petang.

Tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih 2.0 sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Ia diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.


Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More