Monday, May 9, 2011

UMNO dan PAS, mengapa tidak bersatu?

Kalau FATAH dan HAMAS boleh bergabung, mengapa tidak PAS dan UMNO?


Pas boleh bergabung dengan sesiapa saja yang boleh menerima perjuangan mendaulatkan agama Islam, tidak kira dari latar belakang mana mereka datang, Teringat kata Tuan Guru Nik Aziz, "Kalau Umno mengubah dasar kepada al-Quran dan as-Sunnah, haram undi PAS"(1997).


Setahu saya, HAMAS dan FATAH tidak ada parti gabungan non-muslim. Jadi lebih senang nak bergabung. UMNO ada MCA (dominan tak dominan, tetap kurang ajar dan UMNO dilihat tak berminat untuk bertegas). Kena ketuk skit Presiden MCA yang banyak membuat kenyataan menghina Islam dan Muslim.


Cukuplah bersatu atas isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama. 1974 kan dah try, sakit sampai la ni kata tok guru. Asas bergabung mestilah wujud dulu wihdatul fikrah. Pemikiran mesti selari dalam isu-isu khususnya yang melibatkan kepentingan Melayu Islam. Tapi kalau satu parti menjadikan Islam sebagai asas, manakala yang satu lagi menjadikan Melayu sebagai asas, memang gabungan ini nanti tak akan kukuh dan tak kekal lama. Samada kita nak guna pain killer yang kesannya sementara ataupun nak operate buang terus barah yang ada.Tumbangkan Umno ibarat membuang barah, seolah-olah tiada Malaysia tanpa Umno. Memang nampak menyakitkan. Tapi bila barah dah dibuang, insyaAllah sejahteralah hayat.


Perodua tak bergabung dengan Proton adalah lebih baik. PAS tak bergabung dengan Umno pun adalah lebih baik. Jangan kita berfikir secara simplistik bahawa dengan bergabung segalanya akan menjadi lebih baik.

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More