Friday, January 6, 2012

" 2012, tahun perubahan.."

Walaupun sudah agak terlambat, di sini AIS ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog AIS yang dirahmati sekelian.







Di saat malam 1 januari 2012, begitu huru hara Malaysia dengan dentuman, percikan bunga api, sambutan dan sorakan manusia yg begitu gembira, malah segelintir gamat menyambut ketibaan tahun 2012 ini. Tidak kurang juga manusia-manusia yang berkumpul memanjatkan kesyukuran atas ketibaan tahun 2012 yang bakal membawa perubahan besar ini.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan insiden pertumpahan darah yg berlangsung malam tahun baru tersebut.

Malam ambang tahun baru 2012, sekumpulan mahasiswa telah berkumpul di hadapan pintu pagar UPSI bagi mendesak pihak UPSI agar menggugurkan kes Adam Adli. Baru-baru ini, beliau dikaitkan dengan isu penurunan bendera DS Najib ketika berlangsungnya perhimpunan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Rentetan daripada insiden tersebut, saudara Adam Adli telah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak UPSI. Perhimpunan malam tersebut telah dicemari dengan insiden berdarah apabila pihak polis dan FRU mula menggunakan kekerasan terhadap siswa-siswa yang berhimpun. Beberapa siswa cedera teruk dalam kejadian itu, termasuk Pengerusi BEBAS, saudara Safwan Anang.





Kejadian ini sememangnya hangat dibahas dan diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Ramai yang melihat "keganasan" polis kali ini mirip kepada kejadian sewaktu BERSIH 2.0 dahulu. Rakyat tercedera ketika berhimpun menyuarakan tuntutan dan harapan mereka, pihak bertanggungjawab kemudiannya akan menafikan "keganasan" mereka. Hingga hari ini, pihak polis terus menerus menafikan dakwaan "polis membelasah mahasiswa" tersebut, sebaliknya mengatakan bahawa mahasiswa tersebut mencederakan diri sendiri.

Apa yang dapat dilihat, berbagai-bagai reaksi rakyat terhadap insiden ini. Ada yang berpandangan bahawa mahasiswa tidak seharusnya terlibat dengan perkara-perkara sebegini. Mereka sepatutnya tumpu dulu pada pengajian. Katanya banyak lagi cara atau pendekatan lain jikalau hendak menyuarakan suara hati golongan mahasiswa ini. Tidak perlu sampai berdemo. Ada juga yang berhujah bahawa demo tersebut dijalankan sebagai 'last resort' setelah mencuba pendekatan-pendekatan lain. Bahawa dengan cara berdemo ini, baru apa yang siswa-siswa ingin suarakan akan didengari.





Ramai yang melihat kejadian malam tahun baru itu sebagai mesej berterusan kebangkitan anak muda di Malaysia. Seperti mana BERSIH 2.0 dan Gerakan Mansuhkan ISA sebelum-sebelum ini, BEBAS juga ingin menyuarakan tuntutan mereka tersendiri. http://gazebodaily.net/2011/12/21/gerakan-menuntut-kebebasan-akademik-bebas/ . Jadi, hari ini..rakyat Malaysia semakin tertanya-tanya, apa maksudnya di sebalik 'reaksi' pihak polis dan kerajaan Malaysia terhadap kebangkitan suara rakyat ini?..Demo semangnya adalah jalan terakhir bagi membolehkan suara rakyat didengari dan diambil cakna dan tindakan oleh pihak ditujukan. Adakah wajar dibalas dengan tembakan 'tear gas', 'water cannon' serta tumbuk sepak terajang, belasah Polis dan FRU..yang sememangnya diketahui berada di bawah kelolaan Kerajaan Malaysia? Fikir-fikirkanlah..


" I may disagree with what you have to say, but will fight to the death to protect your right to say it.."- Voltaire



2012, JOM UBAH...!!

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More