Setelah angin PRU 13 bertiup, angin yang membawa khabar terus terusan membuktikan dan membuka mata masyarakat dan mahasiswa bahawa kita perlu melakukan tranformasi bagi melangkah ke fasa perubahan di mana fasa kurangnya korupsi, kurangnya manipulasi, dan kurangnya menuding jari.
‘Berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar emosi tidak menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak.’ Nasihat Ustaz Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Peranan mahasiswa sebagai golongan cerdik pandai dalam membantu negara dalam proses melangkah ke fasa perubahan tersebut sangatlah diperlukan. Mata perlu dibuka, hati perlu dijentik bagi memastikan rasa sensitiviti terhadap masalah dan isu masyarakat dan negara yang kita sedia maklum semakin tenggelam timbul.
Mahasiswa kini sudah mampu melangkah ke hadapan, kerana kesedaran sudah ke tahap infiniti. Mahasiswa merupakan peneraju perubahan dan mampu memastikan sistem dan fasa yang dinantikan akan dicapai. Bagaimana mahasiswa mencorak strategi dalam menghadapi cabaran bagi menggapai fasa itu sama seperti mencorakkan gerak buah-buah catur dan seterusnya menang. Mahasiswa perlu berdiri sebagai pemain catur yang berwibawa.
Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan memastikan strategi yang dirancang bagi memastikan setiap langkah yang diambil tidak mengundang bahana. Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan bijak memanfaatkan keunikan setiap posisi dan kelainan cara gerak setiap buah CATUR. Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan sentiasa memahami cara pihak lawannya berfikir bagi mengawal dan mendominasi situasi.
Mengubah paradigma dan membuktikan Mahasiswa bukan hanya hebat di mata pena, malah mampu menjadi peneraju perubahan. Mahasiswa juga mampu membawa perubahan besar di mana kita akan masuk ke satu fasa yang mana mahasiswa akan diberi kebebasan bersuara tanpa dihalang atau digarisi dengan sesuatu.
~ Gelombang Mahasiswa ~
Sunday, January 22, 2012
"mahasiswa dan catur"
1/22/2012 06:15:00 PM
ais03