Wednesday, January 11, 2012

Perhimpunan Aman 901.. wujudkah 'konspirasi'?




Kemelut 901 panas diuar-uarkan dalam media elektronik. Ditambah pula dengan Gelombang Isu Hasan Ali. Semakin dekat dengan PRU-13 ini, banyak pula isu yang dimainkan oleh geng cacing ni.Ops, dacing. Betulkah tiada permainan politik? Jom kita teroka satu-satu isu.

            baru-baru ni, semua seperti sudah hadam dengan kronologi peristiwa 9 januari. Di Youtube ada, yang diupload di FB pun ada, dan daripada sumber sahabat-sahabat handai kita pun mungkin ada.Usaha untuk menuntut sistem kehakiman yang adil dan saksama terbukti serius dengan wujudnya perhimpunan aman 901. dalam isu ini, sekaligus mempamerkan keraguan integriti badan kehakiman dan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

            jika dilihat dalam bersih 2.0 dan lain-lain demonstrasi, rasanya, sejak sekian lama, baru kini demonstrasi 9 januari kali ini berpihak kepada pakatan pembangkang. Mana tidaknya, kalau sebelum ini hanya ber’perang’ dengan kerajaan, kali ini,suasana sudah berubah apabila berhadapan dengan badan kehakiman. Yang paling merunsingkan, timbulnya perkara yang mencetuskan pelbagai persepsi baru terhadap insiden yang sederhana rancak itu.

            Bagaimanapun,keputusan tentang pembebasan DSAI dilihat seperti salah satu kemenangan yang besar terhadap pakatan pembangkang. Begitu mudah Mahkamah memberi keputusan tersebut. Hal inilah yang sebenarnya,menimbulkan banyak persepsi terutama bukan sahaja dalam kalangan UMNO dan Barisan Nasional, malah juga dalam kalangan rakyat umumnya.

            BN semakin hari bermain dengan api yang mereka buat sendiri. Terkini, dilaporkan tentang pergeseran dan percanggahan pendapat dalam pakatan BN itu sendiri,mana tidaknya, begitu mudah kuasa legislatif itu membebaskan pemimpin no. 1 PKR. Hal ini sekaligus memberi gambaran kepada kita apa yang berlaku disebalik krisis ini. Mungkin juga, sekiranya, mereka menghukum DSAI, sudah pasti keadaan BN akan semakin parah untuk menentang kebangkitan Pakatan Rakyat . Walaubagaimanapun, jika BN membebaskan DSAI juga, ia juga menyukarkan mereka kerana BN dilihat seperti menguasai sistem perundangan.       
             
             Jadi, mungkinkah sistem perundangan sebelum ini sudah terlalu banyak dipengaruhi oleh BN selaku penguasa badan eksekutif?
            
             Persoalannya,jika kuasa perundangan itu bersifat berkecuali, mengapa boleh timbul isu pergelutan dalam parti Barisan Nasional? Sampaikan ada usaha yang dicadangkan agar PRU-13 diawalkan? Mungkin benar ia salah satu cara untuk menjaga imej,  tetapi, sehingga kini,persoalan tentang masalah pergelutan dalam parti itu sendiri masih belum terjawab sebaliknya, hanya menggunakan alasan-alasan yang bersifat umum dan neutral yang terlalu jauh kaitannya.

            Tertarik dan kelakar juga dengan rancangan program reality TV3,Soal Jawab. Seorang peguam yg menjadi panel begitu lantang mengulangi ayat yang sama,“Tang mana mahkamah kita tidak adil?”. Tetapi, apabila ditanya peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che yusof(Gambar), ketelusan mahkamah benar-benar semakin diragui apabila didedahkan tentang ketidakwibawaan sampel DNA. Paling jelas, beliau juga mengakui bahawa kes tersebut bermotif politik setelah menilai sepanjang perjalanan kes.

           
Ayuh kita lihat pula tragedi letupan bom yang berlaku di sekitar mahkamah. Strategi  melakukan letupan oleh kumpulan penyokong Saiful Bukhari,PERKASA dan beberapa badan-badan ‘Melayu’ yang lain seperti ‘tidak jadi’ apabila mahkamah mengumumkan keputusan pembebasan DSAI.

            Mungkin juga, sepatutnya,bom itu diletupkan setelah mahkamah masih  tidak bersetuju membebaskan DSAI, dengan demikian, memberi gambaran bahawa pembangkang bersikap ekstrimis dan melampau dan memberi persepsi yang buruk terhadap penyokong pembangkang. Malangnya, akhirnya ia dilihat seperti satu yang tidak kena pada perancangan asal mereka dalam mewujudkan konspirasi(Pandai BN ajar rakyat). Hal ini pada masa yang sama memberi gambaran awal bahawa Rang Undang-undang yang diwujudkan nanti, sudah pasti susah untuk dipatuhi oleh penyokong-penyokong BN itu sendiri. 

            Habis bercerita tentang perhimpunan 901, isu Hasan Ali pula digembar-gemburkan. kononnya, UMNO tidak sezalim PAS dalam memecat ahli. Setelah tidak mampu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dalam isu perhimpunan aman 901,kali ini, BN cuba tampil dengan memberi imej yang 'baik' dan 'bergaya' apabila cuba mengambil Hasan Ali untuk bersama-sama mereka.



            Mungkinkah kerajaan hari ini mengalami krisis strategi dalam membohongi rakyat? Jangan lupa! Rakyat hari ini sudah mampu berfikiran pemimpin walaupun mereka bukan pemimpin.

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More