Friday, December 23, 2011

" Fenomena Adam Adli "




Jika benar mahu menuding kesalahan, jangan dituding jari hanya kepada si semut yang nampak lemah luarannya, tidak mempunyai kuasa. Jika seekor semut dibadan gajah dan hanya meletakkan sengatnya tanpa mengeluarkan bisa tidak akan menembusi kulit gajah yang setebal kulit pokok malah jika disengat seribu kali pun hanya mampu memberikan luka kecil yang mana tidak menjejaskan fizikal asal Si Gajah yang luarannya nampak hebat dan kuat. Tetapi Si Gajah tetap tidak akan terasa terancam dengan kehadiran semut itu kerana kesalahan yang dilakukan semut itu tidak mendatangkan kesan kepada dirinya kecuali semut itu datang secara sekawanan. Si Gajah juga boleh berfikir dan bertindak secara matang, ini malahan manusia.


Namun di dalam realiti manusia, bagaimana pula jika manusia yang mampu berfikir malah berkuasa bertindak di atas kegelojohan diri tanpa bertindak mengikut kematangan? Terus-terusan menyalahkan sesuatu tanpa dilihat dari akar ubi sumbernya. Bertindak melulu mengikut hawa nafsu dan tidak berlandaskan Al Qur’an dan As Sunnah, adakah itu dipanggil kematangan atau menyalahgunakan kuasa yang ada. Memeras ugut, menuding jari, kutuk mengutuk, itu yang menjadi menu pilihan untuk hidangan tiap hari. Masa untuk transformasi seperti yang dihebah-hebahkan.

Skop yang lebih kecil, isu Adam Adli seorang mahasiswa UPSI diugut dan diancam. Bukan hanya dia malah membabitkan keluarganya. Bukan kerana dia meletakkan bom di kediaman Pemimpin Negara tetapi hanya menurunkan sehelai bendara. Isu ini yang mahu dibesar-besarkan sehingga timbul berbagai ugutan dan ancaman. Ini yang digelar kematangan? Pembaca boleh menilai. 


Pada hari berkenaan, matlamatnya berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia. Isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini. 
Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih, ia kerana bendera itu terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai. 

Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? 


Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) , namun tidak ada sebarang reaksi kepada memorandum tersebut.








Setibanya di PWTC, cuma Saifuddin sahaja bersetuju untuk berjumpa. Bila memorandum diserahkan, semua mahasiswa mendengar ucapan daripada Saifuddin. Sebelum itu mahasiswa bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus tukar reaksi, salam dan ambil gambar, bagi Adam Adli ini bukan matlamat sebenarnya. Jadi diambil bendera dan terus diturunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik. 

Perkara ini tidak mendatangkan kesan mendalam bukan? Tetapi menjadi alat bagi membuat ancaman. Mengapa fokus kepada bendera Datuk Seri Najib Tun 
Razak yang diturunkan dan tidak fokus kepada bendara ‘Kebebasan Akademik’ yang dinaikkan? Ingat, media itu boleh membawa kebenaran juga sebaliknya.


Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More