AGENDA

Blog ini diwujudkan sebagai medium update isu-isu semasa dalam dan luar negara.

ISU

Medium perkongsian dan percambahan ilmu pengetahuan, menyalurkan pendapat dan pandangan bersama.

SEMASA

Dengan harapan agar masyarakat umum khususnya golongan MAHASISWA, dapat cakna dan prihatin dengan isu semasa yang berlaku.

Kuasa PEMUDA

"Berikan aku 10 orang PEMUDA, nescaya aku pasti MENGGONCANG dunia!! -pemuda agen pengubah dunia-.

FREEDOM of SPEECH

Kebebasan bersuara adalah untuk semua.

Wednesday, December 29, 2010

Let's make history !

January 1st and 11th, 2011 are the days which students of this country will be called upon to stage the greatest student demonstration that this country has ever seen !



Tak dapat datang 1.1.11? 

datanglah pada 11.1.11 ;)

Make this historic demonstration a reality.

Pelanduk dua serupa





PM KECEWA FALSAFAH SATU MALAYSIA DITUDUH CIPLAK - Utusan

DS Najib Razak melahirkan kekecewaan apabila 1Malaysia dituduh sebagai falsafah yang diciplak daripada negara lain. Sedangkan kata najib , 1Malaysia adalah hasil ciptaannya sendiri untuk memacu negara. “Negara lain ada satu itu dan satu ini tetapi tidak ada negara lain yang ada 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,’’ katanya. 




Tuesday, December 28, 2010

1Israel 1APCO


KEMPEN ONE ISRAEL OLEH EHUD BARAK

bukti perjanjian di sini


KERAJAAN SELANGOR GENTAR POPULARITI 1MALAYSIA : TPM

Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengharamkan penggunaan logo satu Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Muhyiddin Yassin di sini hari ini.


Dia berkata, populariti satu Malaysia yang diilhamkan Najib Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.

"Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo satu Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.


INI SELANGOR, BUKAN TEL AVIV

BUKANKAH KITA SEMUA ANTI ZIONIS?

ONE ISRAEL BACKGROUND



One Israel was formed by Labor leader Ehud Barak in the run-up to the 1999 elections with the aim of making Labor appear more centrist and to reduce its secularist and elitist reputation amongst Mizrahi voters (Gesher was led by prominent Mizrahi politician and former Likud MK David Levy whilst Meimad is a religious party) modelled on Tony Blair's transformation of the British Labour Party into New Labour.

The coalition agreement gave Gesher the number three spot on the list (behind Barak and Shimon Peres), two other safe positions and a promise that Levy would get a ministerial position. Meimad were promised one safe spot on the list and a ministerial position for a member who did not make it into the Knesset.

Apa tunggu lagi ?

Jangan benarkan ejen zionis bergerak bebas !


The first ladies summit~



click here


notes : Abdul Aziz Bari, a constitutional expert, has make it clear that it might be constitutionally wrong for Rosemah to use the "first lady" title and in his expert opinion, the "first lady" title is most appropriate for Raja Permaisuri Agung. 


Jumlah perbelanjaan untuk DS Rosmah bersidang dan minum-minum teh dengan hanya 15 orang isteri-isteri ketua negara yang kebanyakkannnya dari Afrika, adalah sebanyak RM4.5 juta !


Did Rosmah bear the cost from her own pocket? 

Or is it from Najib's budget? 

Or another of Najib's ETP project?


Jumlah yang sama banyak untuk menyediakan perbelanjaan asas setahun kepada ribuan keluarga miskin yangg masih ada di antara mereka menjadikan siput babi sebagai hidangan malam. 


Di saat rakyat menghadapi pelbagai masalah seperti pemotongan subsidi pelbagai barangan asas serta pemberhentian bantuan kewangan kepada pelajar miskin, di manakah kewajaran hati budi beliau ?


Sebagai penyokong tegar DS Najib & Umno, saya berasa sangat bertuah !




** Even Thailand and Singapore did not attend the summit.



Monday, December 27, 2010

Negara Berkebajikan atau Negara Maju ?

          Buku jingga menampakkan 'mereka' lebih kepada menjaga kebjikan rakyat. Mana tidaknya,peruntukan RM3.2 billion setahun untuk elaun khas pendidik sebanyak RM500 sebulan kepada pegawai pendidikan dan guru jauh lebih kecil berbanding dengan Bajet yg diumukan kerajaan BN baru2 ni...Ia dlihat lebih MESRA RAKYAT daripada pengumuman bajet lepas yg lebih kpd MESRA BANGUNAN. Jaminan Pakatan Rakyat yang menggariskan Program 100 Hari Pakatan Rakyat adalah realistik dan tidak akan memufliskan negara kerana ia membabitkan peruntukan yg kecil berbanding ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran BN. Jaminan "tidak akan memufliskan negara atau ramalan 2019 negara muflis" yg rakyat ignkan ?
Buku Jingga


           Lihat saja bajet ekonomi baru2 ini,kerajaan memperuntukan sejumlah wang negara yg cukup besar bg membina bangunan 100 tingkat. Ya,ia menampakkan kemajuan negara kita. Menghayati pemandangan yg indah2 dgn bangunan yg tinggi cukup jelas membayangkan kemajuan sesebuah negara. Tetapi harus diingat, kemajuan sesebuah negara tidak menjaminkan kebahagian rakyat mereka. Mari kita melihat dunia, hari ini Amerika begitu gah dgn bangunan yg tggi serta teknologi yg canggih. Tapi, sedarkah kita bahawa mereka mengalami kemerosotan ekonomi yg begitu serius ?Ya, rakyat negara mereka daripada hidup mewah2 terpaksa bertukar corak kehidupan kpd cara hidup yg sengsara (inverse henshin.!). semuanya semata2 nk bayar hutang negara yg berbilion-billion dolar Amerika..Lihat sejarah pula,Mesir 1 ketika dahulu sebuah negara maju,Firaun mggunakn rakyatnya untuk kemajuan,tapi rakyat dia sengsara...(err...boleh ke guna contoh nie ?)
xkisahla apa2 pon..yg penting asas sebuah negara adalah rakyat. Rakyat hidup sengsara pemimpin hidup senang-lenang maka, ada something wrong dgn sistem negara tu.
Tingginye,! kalah bangunan zaman Mahathir

Sekarang semuanya ada di tangan anda sbg rakyat Malaysia....ign kan negara maju ?kheir saja,,,teruskan dgn memangkah dacing...tetapi jika anda ignkn negara berkebajikan,beranilah dlm melakukan perubahan.!(henshin.!!!)
Laluan ke sana pastinya sukar sekali.

Cetusan atau sekadar retorika semata-mata tarikh 1.1.11 ini ?

tarikh :01/01/11 (1.1.11)
tempat :Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
masa :8 a.m - 2 p.m
tema :Mahasiswa untuk Malaysia
kumpulan target :1 111 mahasiswa yg berdaftar

Perhimpunan mahasiswa yg julung kali ini bertujuan 

1) Menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme

2) Merangka deklarasi Mahasiswa  Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011

3) Memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia

4) Memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara.








Institusi di mana anda berada skalipon,kita adalah mahasiswa yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara. Ayuh,bersama-sama kita dlm merealisasikan himpunan 1 111 mahasiswa ini. kalau bukan sekarang, bila lagi ???

Anda di IPT yang mana ?hehe..kita bersama2 dlm menghimpunkan mahasiswa







Sunday, December 19, 2010

Leaks

KAWAN KITA


Usaha sedang dijalankan untuk melupuskan semua  dokumen wikileaks
Tapi ramai anak muda, juga hackers dari seluruh dunia telah membuat cermin untuk menyimpan dokumen-dokumen ini.

Sebanyak 2194 laman boleh dilayari- 
banyak yang mungkin tertutup atau digam, tapi cubalah !

Kot2 rezeki, dapat jumpa apa yang dicari ! X)

MIRRIOR LIST

Wikileaks is currently mirrored on 2194 sites (updated 2010-12-15 15:56 GMT)
wikileaks.as50620.net wikileaks.tard.is wikileaks.enzym.su
freeus.jsdev.org wikileaks.cellue.de wl.opsec.eu ipv6
wl.donatepl0x.com wikileaks.challet.eu wikileaks.kister.org
wikileaks.ptitlu.org wikileaks.rolisteam.org wl.gernox.de
wikileaks.morningtime.com wikileaks.renout.nl wikileaks.fdn.fr
wikileaks.gonte.se wikileaks.kaptenkong.se wikileaksmirror.proxelsus-hosting.de ipv6
***********
Stop sampai di sini.

banyak sangat, makan space pula.

cari sendirila ya.

APA LAGI YANG AKAN BOCOR ?


NAJIB PERLU PERJELAS LAPORAN WIKILEAKS –harakahdaily


Ahli Parlimen Pokok Sena,Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.


"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi.



Tragedi demokrasi




DEWAN RAKYAT : KECOH DIDALAM, TEGANG DI LUAR- mkini

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.



kalau pilihanraya boleh mengubah apa–apa,
dah lama pilihanraya di haramkan di Malaysia.


pengalaman adalah guru yang paling bijak


ZIONIS APCO PUNYA ANGKARA


PAS membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen Malaysia. Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita. 


Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk 
mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.

Penafian hak ke atas Dato’ Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman. 


Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.

Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.


Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah.

PAS berharap agar kesilapan yang sedang berlaku dalam kes ini diperbetulkan segera supaya kita terus dihormati oleh semua lapisan rakyat. PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara. Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
9 Muharam 1432 H / 15 Disember 2010 M

Ketuanan sebenarnya

SEMUA TAK SEDAR

Ketuanan yang betul ialah ketuanan Jepun dan ketuanan Cina Singapura. Dua kumpulan ini memiliki harta dan perlaburan terbesar di Tanah Melayu.

NIK AZIZ SIFAT KETUANAN MELAYU SIA-SIA –berita hairan

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan perjuangan Ketuanan Melayu sebagai perjuangan sia-sia, bagaikan menjulang keris tumpul, namun berlagak pendekar. 


Katanya, masyarakat harus sedar terhakisnya tanah rizab Melayu di negara selain terhapusnya bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat serta tulisan jawi di sekolah yang mengakibatkan lahirnya generasi buta al-Quran, disebabkan ketuanan Melayu.

"Jenayah ketuanan Melayu ini sebenarnya panjang untuk dihuraikan, namun ia boleh disimpulkan ketuanan Melayu tidak membawa sebarang faedah untuk negara serta bangsa Melayu sendiri.

INI BERITA BENAR, 

BUKAN DARI WIKILEAKS !

HABIS TANAH ORANG MELAYU KERANA KETUANAN MELAYU >.<


DOKUMEN KETUANAN MELAYU


MANA DOKUMEN RASMI KETUANAN MELAYU ? –harakahdaily

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.

"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.

"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.

"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.

Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.

"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.

"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.

*KENA TIPU LAGI*
 -________________________________________-"


Wednesday, December 15, 2010

bersamalah kita =))

MUHARRAM)-16 Dec 2010
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".



BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa;
 Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Saturday, December 11, 2010

SELURUH NEGARA SEDANG DITIPU


BAKAL MEMECAH KAN GUSI ANDA !




KHIR TOYO DIDAKWA ATAS TUDUHAN RASUAH -mkini

Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.



INI BUKAN KES RASUAH

CUBA TELITI BETUL BETUL

BELI TANAH 6.5 JUTA RINGGIT, 

JUAL DGN 3.5 JUTA

INI KES ORANG BIJAK

BELI MAHAL JUAL MURAH

KES RASUAH IALAH DARIMANA SI PEMBELI TU DAPAT 3JUTA

*SANDIWARA NAK PADAMKAN CERITA HARGA BARANG NAIK*


Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar beliau di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib di ikuti.


Walau apa pun sedang dirancang , Mak Cik dan Pak Cik Felda suku sakat Mawi pun sedar bahawa penangkapan ini tidak ada sangkut paut dengan rasuah. Semua orang berpendapat mustahil kes beliau ini kes rasuah. Kalau betul rasuah, maka Ghani Patail tukang canang kes ini juga patut ditangkap sama. Dia ini bukan sahaja terlibat dalam rasuah, tetapi terlibat dalam menutup kes rasuah.

Jadi kalau bukan kes rasuah, apa kes mereka sebenarnya?

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah satu rancangan licik yang telah dan sedang diatur untuk menipu orang ramai. Ini satu perancangan untuk melalaikan orang ramai agar melihat bahawa telah ada usaha Najib dan Rosmah untuk melawan rasuah. Ini penting kerana orang ramai perlu ditipu agar mereka akan mengundi United Malays National Organisation sekali lagi.

Cuba perhatikan perancangan ini : Hari beliau ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum beliau ditangkap, harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari beliau ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita beliau ditangkap menjadi muka depan. 



Presto !

Dalam ilmu politik semua ini dipanggil ‘mengurus konflik’. Bayangkan jika beliau ini tidak ditangkap pasti orang ramai akan heboh berlabon tentang kenaikkan harga gula dan minyak. Inilah cara dan taktik Zionis Isreal merancang untuk mengambil tanah orang Palestin.

Kejap, apa pulak ni? 



Apa sangkut pautnya tangkap beliau dengan Zionis Isreal?

Wahai para pembaca yang budiman,



sekarang ini para Zionis dari Isreal telah dan sedang diupah untuk menjadi penasihat kepada United Malays National Organisation.

Penangkapan ini dirancang oleh Zionis Apco untuk mengolah berita dan mengalihkan padangan ramai dari bertanya kenapa harga minyak naik. Atau kenapa harga gula naik? Ini memang cara Zionis bergerak– meriam berbunyi di kiri tetapi tupai mati di sebelah kanan.

Marilah kita menerima hakikat bahawa beliau ditangkap kerana mereka telah menjadi selipar buruk. Selipar buruk yang boleh dibuang atau ditinggalkan di tepi jamban. Tak mungkin para pembaca yang budiman tidak tahu bahawa selipar buruk yang telah dipakai kalau disimpan lama lama akan menjadi semak samun. Silap-silap menjadi sarang tikus. Jadi selipar ini wajib dibuang.

Dalam ilmu politik perancangan licik Zionis Apco ini dipanggil – mengolah persetujuan. Pengolahan persetujuan ini amat penting. Berita dan babak babak drama disusun dan diatur. Ini adalah sebahagian dari pengolahan persetujuan. Pengolahan ini dijalankan agar rakyat Malaysia akan kembali yakin kepada pimpinan United Malays National Organisation.

Yakinlah, kes-kes ini akan berpanjangan sampai ada yang dituduh mati – seperti kes Eric Chia. Atau melalut panjang hingga orang lupa seperti kes pembunuhan Teoh Beng Hock yang hingga ke hari ini tidak diketahui hujung pangkalnya.

Pembaca yang budiman harus sedar dari awal lagi telah diterangkan bahawa penangkapan ini hanya satu sandiwara. Malah saksi juga akan bertelingkah antara satu sama lain tentang tarikh dan masa.

Semuanya telah dirancang oleh Zionis Apco. Maka terpulanglah kepada pembaca yang budiman sama ada hendak kena tipu atau tidak. Kalau telah sedar dan tidak mahu ditipu ertinya rancangan Zionis Apco gagal. Tetapi jika bersedia untuk ditipu, maka harus disedari satu hakikat bahawa pada ketika ini masih belum ditemui satu pil yang mujarab untuk mengubati orang bodoh.




Mencari slogan terbaik




In an age when man has forgotten his origins and is blind even to his most essential needs for survival, water along with other resources has become the victim of his indifference.

bila harga naik 37%..


"menjunjung keperluan, diambil kesempatan"

"hak rakyat yang dicampak ke laut"


"Syabas, you're screwed !"

"Syabas inspektor sahab, you're challenging the law of needs !!"


                                              "kami nak air, bukan pili air"

"Koprat didahulukan, Rakyat didahagakan"

Syabas, Syabas !

selamat mengundi :)



HUJAH BARU

PENGURANGAN SUBSIDI BERTUJUAN KURANGKAN SELUDUP -mkini

Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara.

Malah, Awang Adek Hussin berkata langkah itu juga bertujuan mengurangkan jurang perbezaan harga di pasaran tempatan dan negara jiran yang selama ini menjadi punca aktiviti penyeludupan berleluasa.

"Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di Bachok, semalam. 



HUJAH LAMA : 


- MINYAK DI MALAYSIA LEBIH MURAH DARI SWEDEN

-RAKYAT MALAYSIA RAMAI MENGHIDAP DIABETES

KES SELESAI *WINK2*


Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More