AGENDA

Blog ini diwujudkan sebagai medium update isu-isu semasa dalam dan luar negara.

ISU

Medium perkongsian dan percambahan ilmu pengetahuan, menyalurkan pendapat dan pandangan bersama.

SEMASA

Dengan harapan agar masyarakat umum khususnya golongan MAHASISWA, dapat cakna dan prihatin dengan isu semasa yang berlaku.

Kuasa PEMUDA

"Berikan aku 10 orang PEMUDA, nescaya aku pasti MENGGONCANG dunia!! -pemuda agen pengubah dunia-.

FREEDOM of SPEECH

Kebebasan bersuara adalah untuk semua.

Friday, December 23, 2011

" Fenomena Adam Adli "




Jika benar mahu menuding kesalahan, jangan dituding jari hanya kepada si semut yang nampak lemah luarannya, tidak mempunyai kuasa. Jika seekor semut dibadan gajah dan hanya meletakkan sengatnya tanpa mengeluarkan bisa tidak akan menembusi kulit gajah yang setebal kulit pokok malah jika disengat seribu kali pun hanya mampu memberikan luka kecil yang mana tidak menjejaskan fizikal asal Si Gajah yang luarannya nampak hebat dan kuat. Tetapi Si Gajah tetap tidak akan terasa terancam dengan kehadiran semut itu kerana kesalahan yang dilakukan semut itu tidak mendatangkan kesan kepada dirinya kecuali semut itu datang secara sekawanan. Si Gajah juga boleh berfikir dan bertindak secara matang, ini malahan manusia.


Namun di dalam realiti manusia, bagaimana pula jika manusia yang mampu berfikir malah berkuasa bertindak di atas kegelojohan diri tanpa bertindak mengikut kematangan? Terus-terusan menyalahkan sesuatu tanpa dilihat dari akar ubi sumbernya. Bertindak melulu mengikut hawa nafsu dan tidak berlandaskan Al Qur’an dan As Sunnah, adakah itu dipanggil kematangan atau menyalahgunakan kuasa yang ada. Memeras ugut, menuding jari, kutuk mengutuk, itu yang menjadi menu pilihan untuk hidangan tiap hari. Masa untuk transformasi seperti yang dihebah-hebahkan.

Skop yang lebih kecil, isu Adam Adli seorang mahasiswa UPSI diugut dan diancam. Bukan hanya dia malah membabitkan keluarganya. Bukan kerana dia meletakkan bom di kediaman Pemimpin Negara tetapi hanya menurunkan sehelai bendara. Isu ini yang mahu dibesar-besarkan sehingga timbul berbagai ugutan dan ancaman. Ini yang digelar kematangan? Pembaca boleh menilai. 


Pada hari berkenaan, matlamatnya berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia. Isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini. 
Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih, ia kerana bendera itu terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai. 

Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? 


Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) , namun tidak ada sebarang reaksi kepada memorandum tersebut.








Setibanya di PWTC, cuma Saifuddin sahaja bersetuju untuk berjumpa. Bila memorandum diserahkan, semua mahasiswa mendengar ucapan daripada Saifuddin. Sebelum itu mahasiswa bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus tukar reaksi, salam dan ambil gambar, bagi Adam Adli ini bukan matlamat sebenarnya. Jadi diambil bendera dan terus diturunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik. 

Perkara ini tidak mendatangkan kesan mendalam bukan? Tetapi menjadi alat bagi membuat ancaman. Mengapa fokus kepada bendera Datuk Seri Najib Tun 
Razak yang diturunkan dan tidak fokus kepada bendara ‘Kebebasan Akademik’ yang dinaikkan? Ingat, media itu boleh membawa kebenaran juga sebaliknya.


Monday, December 19, 2011

"Revolusi Rakyat ,Dilema Kebangkitan Syria"




Gelombang nasionalis semakin hari semakin kuat menyerang pemikiran umat Islam. Pengaruh yang dibawa sudah pastinya bertujuan bagi mengumpul tenaga kerja yang berusaha untuk membawa fahaman nasionalisme. Kini, janji-janji material telah menjadi asas kejayaan kepada mereka yang ingin memperjuangkan nasionalisme.Strategi inilah yang digunakan untuk menjatuhkan umat Islam. Setelah mempengaruhi pemikiran, serangan fizikal adalah langkah seterusnya. Bahkan golongan yang zalim secara konsisten menggunakan slogan‘economical control’ untuk memaksa golongan penentang untuk menerima agenda mereka. Itulah senario yang sama berlaku di setiap negara.
           
Malangnya,Umat Islam menjadi mangsa di atas serangan pemikiran ini. Inilah akibat menolak kepemimpinan Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi. Sedangkan golongan sekularisme dan orientalisme mencari jalan dengan bersungguh-sungguh menjauhkan Al-Qur’an dan As-sunnah daripada Umat Islam. Walaubagaimanapun, masih ada golongan yang benar-benar mentaati Allah dan RasulNya. Mereka menolak segala kemungkaran meskipun zaman berubah. Bahkan mereka terus-menerus menentang kezaliman terhadap hukum-hukum Pencipta.

          Hari ini dunia memperlihatkan umat Islam mampu bangkit atas dasar Persaudaraan Islam dan Aqidah,bukan atas dasar material meskipun zaman kegemilangan Islam telah pun membuktikannya. Barisan Pimpinan Ikhwan Al-Muslimin telah membuktikan kemenangan mereka dalam pilihanraya mereka di Mesir. Teori domino sudah pastinya bergerak secara tidak langsung.

          Melihatkan pola yang semakin baik ini,namun di Syria, barisan Kepimpinan ‘diktator’ menzalimi rakyat mereka dengan ganas sekali. Di sana, Umat Islam menghadapi senjata berat, rumah mereka dirobohkan, dan wanita-wanita muslim disorokkan entah ke mana. Mereka juga diperkosa dengan rakus di hadapan suami-suami mereka.
            Seorang remaja perempuan di Homs, Zainab Al-Husni, 23 tahun ingin diperkosa,tetapi remaja itu melawan,lalu dikerat empat badannya dan dihantar kepada keluarganya. Kejam! Kita juga harus tahu bahawa ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
            Akhirnya, revolusi di Syria tercetus dengan tiga sebab dominan, iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan  rakyat di negara-negara arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja yang telah menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Yang paling ngilu untuk didengar adalah, mereka itu ditangkap,diseksa,dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.

            Yang lebih mengayat hati, hubungan ibu bapa dan anak terpisah. Anak-anak mereka ditangkap.apabila ibu bapa mereka datang ke penjara untuk meminta dibebaskan, dengan sombong ketua polis berkata kepada mereka,”kamu balik sahajalah, lupakan anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kami isteri-isteri kamu(untuk dirogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu”.




            Syeikh Dr Khalid al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf Al-Qaradhawi  hadir ke Malaysia dengan mengingatkan supaya “Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka”.

            Teori domino bergerak secara dalaman apabila revolusi di Syria bermula di Hama, kemudiannya merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga brlaku di 157 tmpat yg lain utk menentang kerajaan Basyar Al-Assad yang merupakan pemimpin Syria. Kekejaman regim Basyar  terlalu kritikal, sehingga dia memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan menipu dunia dengan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokongnya. Mereka diugut  dihilangkan pekerjaan mereka jika mereka tidak mahu menyokongnya.



        Kekejaman pasti mengalami tanda-tanda kejatuhan. inilah situasi yang berlaku di negara itu, apabila 30 000 tentera termasuk pegawai untuk turun berdemonstrasi bersama-sama rakyat. bahkan mereka menjadi pelindung kepada rakyat ketika berdemonstrasi. Negara-negara arab yang lain menjadi penentang kepada kerajaan Syria yang telah membunuh rakyatnya sendiri.
           
Kepada pembaca , pernahkah kita terbayang sesuatu yang sama juga mungkin akan berlaku di Negara kita,Malaysia? Pola kebangkitan rakyat seolah-olah seperti satu "sifir" di mana-mana negara. Di Mesir, rundingan secara aman tidak berjaya memuaskan semua pihak, begitu juga di Libya, Syria, akhirnya kerajaan mereka mengambil pendekatan diktator kepada rakyat mereka. Kerajaan mereka sudah kehabisan idea untuk memenuhi permintaan rakyat. Itulah sebenarnya hasil daripada pemerintahan materialistik. Manusia memang tidak akan puas dalam menikmati kepuasan material . Bagaimana pula di Malaysia? Mungkinkah akan terikut dengan “sifir” yang sama? Yang paling penting, Fikirkanlah nasib rakyat Syria yang diceritakn. Bahkan, apa pula peranan kita sebagai umat Islam yang asyik sibuk dengan provokasi murahan? sifat “No Action Talk Only” yang kita ada ini, adakah belum habis-habis menguasai kita?

            Kerajaan Islam Madinah tidak terbina atas dasar material tetapi dibina atas dasar iman dan taqwa. Rakyatnya diajar supaya bersyukur dengan apa yang ada dan tidak mudah untuk meminta-minta. Belajarlah daripada intitusi kepemimpinan Nabi kita S.A.W. Mudah-mudahan, kekejaman terhadap saudara-saudara kita yang berlaku di Syria menjadi elemen yang mampu menyentuh dan mengikat hati kita kepada Allah S.W.T.
            

Wednesday, December 14, 2011

" RUU Himpunan Aman "..selepas AUKU, ini pula...



Rang Undang- Undang Himpunan Awam 2011 (RUUHA 2011). November lalu, rang undang-undang ini telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan kini dalam perbahasan Dewan Negara. RUU baru ini muncul ekoran pemansuhan akta zalim sebelum ini, Seksyen 27 Akta Polis 1967. Akta perhimpunan aman ini sepatutnya diharapkan dapat memudahkan lagi rakyat untuk berhimpun secara aman, bukan menyusahkan. Namun, begitulah hakikatnya.

Jika diteliti, antara isi perbahasan RUU perhimpunan aman ini :

  • semua perhimpunan,walaupun di premis persendirian atau disewa,perlu diberi notis makluman awal kepada polis sekurangnya 30 hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan. Sesuatu yang amat tidak munasabah bila difikirkan, apatah lagi hendak diaplikasikan, memandangkan kebanyakan perhimpunan aman rakyat berdasarkan isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera. Namun, setelah dibahaskan, ianya dikurangkan kepada 10 hari. Masih menjadi satu perkara yang kurang relevan, bila dibandingkan dengan negara bawah pemerintahan kuku besi seperti Myanmar yang memperuntukkan masa hanya 5 hari untuk mengadakan perhimpunan. Adakah demokrasi Malaysia lebih teruk dari Myanmar? Sudahlah indeks rasuah negara kita ini saban tahun, kian merudum. Memang betul, kerajaan Malaysia menuju kejatuhan!


  • Di bawah akta ini juga, melarang individu yang berumur bawah 21 tahun untuk berhimpun secara aman. Sudah tentulah perkara ini merujuk kepada golongan muda, mahasiswa dan penuntut institusi pengajian tinggi. Jelas, usaha memperkenalkan RUU baru ini diibaratkan seperti 'tali', mengikat tangan dan kaki golongan-golongan intelektual muda kini. Sudahlah mulut mereka sekian lama disumbat tutup dengan AUKU. Sememangnya, RUU baru ini bermotif kuat menutup suara-suara 'sumbang' golongan muda khususnya yang dibimbangi lantang dilaungkan.


RUU perhimpunan aman ini, memang menarik namanya. Hakikat sebenar, ianya lebih zalim daripada Akta Polis 1967 yang wujud sebelum ini. Akta baru ini jelas memperlihatkan usaha membanteras rakyat daripada bersuara, kerana secara logiknya, tiada perhimpunan rakyat yang akan berjaya dilakukan jika mahu berlandaskan akta drakonian baru itu. Beberapa orang wakil pelapor khas PBB turut memberi respon terhadap isu ini. Mereka menyuarakan rasa kecewa kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) atau rakyat civil tidak dirujuk dalam merangka RUU itu. Takrif yang kabur tentang perhimpunan dan syarat-syarat perhimpunan yang terdapat dalam RUU baru itu juga jelas menunjukkan bahawa “kuasa berlebihan” telah diberi kepada pihak-pihak tertentu. Tambahan pula, rang undang-undang baru ini bukan sahaja menghadkan perhimpunan secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga memberi akses bersyarat kepada media. Sememangnya, “freedom of speech” telah dihadkan ke tahap paling maksima. lihat sahaja apa yang terjadi pada BERSIH 2.0, api suara kebangkitan rakyat dilawan dengan kekerasan melampau pihak FRU, bersama 'tear gas', 'water canon' dan penumbuk sepak terajang mereka. walaupun begitu, suara rakyat tidak akan pernah padam.





Sebagai golongan muda-mudi, golongan mahasiswa cerdik pandai..apa reaksi kita terhadap akta kejam ini?..sudahlah dihimpit dengan AUKU, kini,..undang-undang “hutan” ini pula?? dimana kedudukan mahasiswa dalam masyarakat, dalam negara?..apakah yang pihak kerajaan nampak pada fungsi golongan mahasiswa?..mungkin hanya sebagai perkakas, tuntut ilmu bersungguh-sungguh, kemudian 'graduate' dan berkhidmat untuk negara, majukan negara...begitu mungkin..


Jikalau anda seorang mahasiswa, sememangnya anda akan cukup risau dengan isu RUU ini, cukup risau dengan masa depan Negara Malaysia tercinta sekiranya golongan mahasiswa terus menerus ditindas sebegini. Suara kita terus di 'bisu' kan. suara intelektualisme terus dinafikan. Because you are your Nation's future...


Konon mengatakan negara menuju transformasi. Bagus begitu... TRANSFORM to a new Malaysia..


“ Transform Kerajaan..!!! ”



Friday, November 25, 2011

"Air atau Politik??"


Ada satu cerita yang mungkin perlu untuk dikongsi.dari sudut makna, cerita ini benar. Seorang sahabat  dikenali sebagai  ‘R’ berkata, “sudahlah dah dapat mandat memimpin, tapi, selama 20 tahun  tak pernah nak bagi bantuan, pinjaman pun tak diberi time awal2 dulu,baru sekarang lah dapat pinjaman,tu pun slow2 je bg.bukannya bagi penuh terus”. seorang sahabat, ‘M’ pula berkata, “mereka bukannya undi saya sebagai pemimpin mereka pun. Yang layak dapat bantuan hanyalah yang mengundi saya je patutnya. Jadi,kalau mereka nak bantuan dari saya, time PRU-13, undi saya”.
                Air , Air, Air! Terimbas situasi di afrika yang kekeringan air. Apabila lori air datang, ada yang berebut, malah mungkin sanggup berbunuhan hanya kerana setitis air. Kenapa?? Sebab semua orang tahu, air adalah sumber  asas yang sangat diperlukan. Semua manusia sememangnya tahu,mereka boleh mati kalau tak minum air selama 3 hari berbanding makan yang hanya 7 hari. Berpijak kepada realiti, pemimpin-pemimpin bersenang-lenang , sampaikan nyawa manusia sanggup diniagakan demi politik. Isu air dipermainkan tanpa bantuan dikeluarkan.

                Isu Air di Kelantan telah diperbesarkan dan dijadikan sebagai satu ukuran dalam menilai kejayaan kepimpinan parti politik.  Siapa yang menilai? Fikir-fikirkan sendiri..
Sedikit kemusykilan dengan kata-kata pengkritik dan penilai. Ketua Umno Kelantan, Mustapa Mohemed hanya ada menghuraikan bahawa banyak penyakit berjangkit melalui air. Tetapi belum ada sample mengatakan pengguna air di Kelantan lumpuh atau pun demam atau fizikal jadi kemetot dan sebagainya kerana disebabkan mengguna air di negeri itu.

Kalaupun ada, dan kita tengok sendiri bagaimana air di sesetengah tempat di Kelantan bermasalah kerana ia berwarna perang atau kekuningan terutamanya di kawasan Hulu Kelantan. tidak hairanlah dengan keadaan ini kerana ada menteri dari Kelantan bila balik ke Kelantan mengikut suaminya dia tidak mahu ke rumah mertuanya kerana air di rumah mertuanya kurang bersih, tidak berwarna biru.

Seperti disebutkan tadi, kalau betul perangkaan didedahkan oleh akhbar  hanya 53% daripada 1.5 juta rakyat Kelantan mendapat air bersih, ia merupakan satu masalah serius. Pihak kerajaan pusat  perlu bingkas dan berusaha mengatasi masalah mendapatkan bekalan air bersih kepada penduduk. Kepentingan air bagi manusia samalah dengan kepentingan elektrik.  Tapi, kerajaan pusat kelihatan masih bermain-main dengan isu ini apabila mengaitkannya dengan politik. Yang paling malangnya, kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan Air Kelantan Sdn Bhd(AKSB) bahawa kandungan bacteria E-Coli dalam air hanya sekadar 0.88% di Kelantan. Di manakah kebenaran yang sebenarnya?? Hang tak pi tgok ka kandungan E-coli dalam air di negeri lain? Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%), Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). terutama negeri perlis , persoalan yang perlu diambil perhatian, siapakah pemilik negeri Perlis itu??

Kami sangat tertarik dengan kenyatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Dtuk Mejar  Md Anizam Abdul Rahman, katanya, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan tapi,yang paling mengejutkan  hanya 31 kes sahaja yang dikesan ada kandungan bakteria E-coli.


                Persoalan yang cuba dikongsikan adalah, kenapa Kelantan sahaja yang di’bom’kan dalam media sehingga setiap hari disiarkan negatif? (Sabor je la pihak yang terkena..)di manakah ketelusan media mahupun kerajaan pusat? Mungkin masih telus,tetapi ‘kadangkala’ mungkin ‘ter’pertikaikan ketelusan itu.
                Jadi, Selaku rakyat yang matang dan optimistik, kita seharusnya “bekerja sebagai rakyat, pada masa yang sama  kena berfikir seperti pemimpin” . kenyataan media arus perdana harus dinilai secara intelektual. Bukan sekadar membenarkan apa yang sebenarnya salah.
Apa yang anda perlu tahu adalah media juga terdiri daripada kalangan manusia2  seperti anda juga!

Sunday, November 20, 2011

Matlamat Dakwat kekal dalam SPR

BERSIH 2.0 gagal, demikianlah kenyataan dari media perdana. tiba-tiba PSC ditubuhkan, apa sebab penubuhannya? siapa yang mendesak kerajaan supaya menubuhkannya? entahlah. pikir-pikirkan dan
renungkan-renungkan.



persoalan mengapa psc ditubuhkan dan apa yang menyebabkan penubuhannya tidak lagi releven dibicarakan. tetapi sejauh mana PSC boleh 'membuktikan' bahawa ia mampu menjanjikan satu pembaharuan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya Malaysia.ya 'membuktikan'. hanya sekadar wayang bagi tatapan rakyat marhein.

mengapa dikatakan begitu??? mana tidaknya, jika dilihat nisbah dalam jawatankuasa khas parlimen tersebut, yang didominasi oleh pihak kerajaan yakni 5BN, 3PR dan 1Bebas. bagaimana keadilan akan terlaksana sekiranya teras penubuhannya pun sudah tidak telus. jadi, bagaimana jawatankuasa khas parlimen ini dapat menjamin ketelusan dalam menjalankan tugasnya andai masih tedapat kuasa dominan didalam penubuhannya?
kini, kerajaan ingin membuktikan kesungguhan mereka dalam mewujudkan sistem demokrasi yang telus dengan memberi reaksi positif terhadap salah satu tuntutan BERSIH iaitu penggunaan dakwat kekal. adakah ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah insaf dan takut dengan kebangkitan rakyat?
persoalannya disini mengapa penggunaan dakwat kekal tidak dijalankan semasa PRU-12 meskipun dakwat tersebut telah dibeli? dan kini penggunaan dakwat kekal dikatakan boleh dilaksana tanpa perlu melalui satu proses yang rumit? ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menerima cadangan dakwat kekal. tapi, mengapa? ya, kerana tekanan daripada rakyat marhein. namun begitu, persetujuan penggunaan dakwat kekal hanyalah untuk mengaburi mata rakyat tentang betapa jijiknya politik yang sedang diamalkan oleh Barisan Nasional ketika ini.

pertama sekali mari kita fahami apakah matlamat sebenar penggunaan dakwat kekal.. mengelak individu dari mengundi sebanyak dua kali. ya, itu matlamat asalnya. jadi, Barisan Nasional tidak boleh lagi menggunakan pengundi bertindan atau dengan erti kata lain, BN TAK PERLU lagi dengan taktik pengundi bertindan! mengapa dikatakan begitu? pertambahan undi POS dikawasan Lembah Pantai sebanyak 1363% dan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing yang tidak berkelayakan cukup menjadi bukti kepada pencabulan demokrasi. jadi, apakah ertinya penggunaan dakwat kekal andai senarai undi dikotori, undi POS dimanipulasi, media hanya milik yang memerintah, waktu kempen yang tidak diketahui kecuali PM, kakitangan awam dikongkong, rasuah menjadi amalan dan politik kotor masih diamalkan? –laksana 8 tututan BERSIH baru sembang pasal ketelusan dan demokrasi-

Sunday, November 13, 2011

Mahasiswa dan AUKU









Anda seorang mahasiswa/wi..?..
wah..anda orang hebat.!!
haha..

anda tahu, apa itu AUKU?


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971). merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. AUKU kemudian dipinda pada tahun 1975 dan 1995. Matlamat utama pindaan tersebut, yg mana kekal sehingga kini; menghalang penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, juga menghalang penggabungan antara badan-badan pelajar.


-mungkin ramai yang hadam berkenaan akta ini. Atau, mungkin juga ramai yang hanya mengetahui kewujudan akta ini, tapi tidak bercambah kefahaman tentangnya. tak kurang juga yang tidak mengetahui langsung berkenaan AUKU ini.


~kita tinjau persepsi mahasiswa/wi sekitar ipt-ipt di malaysia. apa kata mereka?













bermacam-macam persepsi dan reaksi mahasiswa terhadap AUKU. Tapi, ayuh kita fikirkan semula...kenapa mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik?? politik lah yg merupakan isu terbesar di sebalik AUKU. kononnya, mahasiswa harus tumpukan pada pengajian, tak perlu lagi terlibat dengan politik. belum masanya lagi. betulkah begitu?


apa salahnya mahasiswa terlibat dengan politik? kalau kita lihat, rata-rata mahasiswa malaysia berumur dalam lingkungan 19 tahun ke 27 tahun. Seorang warganegara Malaysia, ada hak mengundi mana-mana parti politik di usia 21 tahun. Ikut logik akal, dan pemikiran mudahnya, wajarkah mahasiswa disekat daripada terlibat dengan politik?.pelik...walhal mereka ada hak untuk mengundi di kala PRU tiba. tidakkah melanggar hak kebebasan begitu?




Lihat pula pada alasan kononnya mahasiswa perlu fokus pada pengajian dahulu, baru berpolitik. kata mereka, proses pengajian di kampus sangat intensif, tiada masa untuk mahasiswa berpolitik. NC UiTm, Datuk prof Sahol Hamid : " politik di universiti hanya akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan siswa-siswi". mereka tidak mahu itu terjadi. belajar dahulu, politik kemudian. Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Norden berkenaan AUKU, " Dengan tidak terlibat dengan parti-parti politik, mahasiswa dapat berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan.."...statement yang agak tak masuk akal. TPM pula menyatakan, " ..timbul kebimbangan di kalangan masyarakat apabila kampus menjadi gelanggang politik yang tidak membawa hasil dalam melahirkan sumber manusia berilmu,.."..


sesungguhnya, mereka tidak nampakkah, apa effect penglibatan mahasiswa dengan politik??
penglibatan inilah yang menjadikan mahasiswa lebih berfikiran terbuka, lebih kritis dan kreatif dalam berfikir, lebih berjiwa besar, lebih cakna dan prihatin terhadap masa depan Malaysia tercinta, justeru memikirkan idea-idea bernas dan bersifat revolusi demi kebaikan negara pada masa hadapan. Malah, keterlibatan dengan politik juga, melatih golongan mahasiswa menjadi seorang yang multitasker, pandai mengurus masa dan hidupnya dengan lebih efektif apabila perlu menyelitkan perkara-perkara 'baru' dalam rutin harian mereka sebagai mahasiswa.


sedarkah mahasiswa akn perkara ini???


selama ini, persepsi anda terhadap "mahasiswa dan politik"...bagaimanakah?
masih fikir bahawa kita tak patut lagi menyibukkan diri dengan politik??
masih fikir, bila anda hanya tumpu dan tumpu pada pengajian, anda jadi mahasiswa berjaya, mahasiswa ideal, mahasiswa hebat??


think again...






 Mahasiswa adalah bakal pemimpin negara. Mengapa mesti kebebasan mahasiswa disekat-sekat? Kenapa mesti takut kepada suara mahasiswa? Berikan kebebasan kpd mahasiswa!!
tak perlu pening-pening untuk meminda AUKU..


HAPUSKAN terus...!!


-mahasiswa BENCI auku-


-AIS-

"Politik kerajaan"..boleh masuk kampus



wah, Pidato Politik...menarik..
berlangsung di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM (SAAS), Shah Alam, pd 13 nov 2011.
Antara objektif penganjuran- 

-mencungkil bakat baru sebagai Pemidato Muda BN
-melahirkan Pemidato Muda yang mantap dalam penguasaan isu semasa
-memberi keyakinan kepada anak muda supaya berani melontarkan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu.


eh, bukan UiTM itu, kampus, universiti?
bagaimana boleh program-program berunsur politik, masuk ke dalam kampus??
bukankah NC UiTM, Datuk Prof Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, tidak bersetuju AUKU dipinda?
katanya, menyebabkan perpecahan dalam kalangan penuntut kampus.

tapi, membenarkan program politik masuk ke kampus??..

mana satu pendirian anda?

“Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik."-Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI).


-tak perlu pinda, HAPUSKAN terus AUKU-

Thursday, November 10, 2011

NFC dan Shahrizat






Lembu..Lembu…, permintaan daging lembu semakin tinggi, namun, Daging-daging lembu yang di Import daripada pelbagai Negara seperti  Australia atau arab Saudi semakin naik harganya, makin mahal, dengan duti import dan sebagainya,

Untuk Menyelesaikan masalah ini,  Kerajaan Malaysia telah memberi projek PENTERNAKAN LEMBU oleh Pusat Feedlot kebangsaan (NFC) pada tahun 2008.
Tapi sayang, Laporan  Ketua Audit Negara 2010 dan beberapa laporan media sangat menghampakan rakyat,

Dan sepatutnya, syarikat NFC ni menghasilkan 8000 ekor lembu pada tahun 2010 dan ini sebenarnya untuk menampung 40% daripada  keluaran Negara kita sendiri, Kerajaan beri  RM74 juta di atas tanah seluas  5000 ekar di gemas.

Cuba kita fikirkan, dengan  8000 ekor lembu mesti di sembelih pada tahun 2010, ertinya Syarikat NFC perlu menyembelih dan menjual daging2 lembu ini kepada seluruh Negara sebanyak lebih kurnag 600 ekor dalam sebulan pada tahun 2010

Tapi? Beberapa syarikat media telah buat tinjauan  ke ladang lembu  tu dan dapati hanya 3,289 sahaja lembu yang wujud di kawasan ternakan itu, sedangkan mereka ada 5000 ekar, untuk ternakan lembu itu,
Sahabat-sahabat, cuba bahagikan 5000 ekar kita bahagi dengan 3289 ekor lembu yang ada, seekor lembu, boleh duduk lebih kurang 1.5 ekar, hebat bukan, sepertinya kondominium kepada seekor lembu, atau mungkin seperti banglo untuk seekor lembu

Dan apa pula kaitan syarikat NFC dengan Dato’ Syahrizat?? Syarikat NFC (Pusat Feedlot Kebangsaan) itu adalah milik keluarga Ketua Wanita Umno itu. Walaupun pembangkang mengatkan bahawasanya ada konspirasi di sebalik projek ini, namun Menteri Pembangunan Wanita melindung diri nya di sebalik kenyataan Menteri Pertanian.
Datuk Shahrizat, Menteri pembangunan Wanita
merangkap ketua Wanita UMNO

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata,"
Sumber Greenboc.blogspot.com

 Selepas di tuduh mempunyai Agenda politik, Kes Datuk Shahrizat terus terbongkar dengan Pembelian Satu Unit kondominium Mewah dengan bayaran RM9.8 juta di bawah nama  National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) Sebuah lagi Syarikat milik kepunyaan Datuk Shahrizat ,

Kondominium Mewah itu terletak di One Menerung , Bangsar, di sebabkan  wang yang di berikan itu adalah untuk  penternakan dan  perkembangan industry ternakan lembu, PKR musykil adakah dengan pembelian kondominium mewah ini adalah untuk lembu-lembu itu? Hurm…

 sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

"Ia bukan daripada akaun amanah khas. Jadi, penjelasan Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin semalam) dan menteri (Pertanian dan Industri Asas Tani) adalah tidak benar.
Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas

Ini bermakna, pecah amanah telah berlaku dalam Syarikat Lembu ini, di harapkan agar rakyat tidak tertipu dengan daging-daging lembu yang di katakana sebagai Gemas Gold dan Lembu Wagyu dan sebagainya, 
Satu pihak membongkar, satu pihak lagi mempertahankan diri,  lalu di manakah kebenarannya? Menjelang pilihan raya yang semakin hampir  ini, pihak masing2 cuba memperhangatkan permainan politik mereka, sebagai rakyat, harus jangan tertipu dan jangan mudah terpedaya, Doa kepada ALLAH  YA HAADI, dan Ya NUUR agar memberi kita cahaya petunjukNya yang sebenar,


"Hamba tidak mampu menyelami hati si hamba...
MAKA hamba serahkan si hamba di bawah jagaan Allah
Hamba tak cukup baik sebagai pembantu si hamba
MAKA hamba lepaskan si hamba bersama SEBAIK2 PEMBANTU.."


Sunday, November 6, 2011

Festival Seksualiti Merdeka













Hari ini suasana semakin gempar dengan isu penganjuran "Seksualiti Merdeka".dengan hanya berasaskan pegangan 'hak asasi manusia', Pang Khee Teik selaku penganjur begitu komited dalam usaha melaksanakan program ini.
Media arus perdana semakin terus-menerus mendedahkan bantahan.Malah,perubahan pola politik negara berubah serta-merta apabila berhadapan dengan isu ini.heboh diperbincangkan dalam dewan rakyat. Ada yang melihat isu ini adalah konspirasi untuk menyelematkan DSAI sebagai motif membenarkan kes liwat.Bahkan ada juga yang melihat ini dengan memberi spekulasi neutral tanpa perkaitan dengan mana-mana pihak.
Malam tadi(3 Nov 2011), Zulkifli Noordin,yang merupakan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu begitu lantang menegaskan bantahannya,berkenaan isu ini.Katanya,program yang berasaskan hak asasi manusia ini yang sering dikaitkan dengan hak golongan LGBT(Lesbian,Gay,bisexual,transexual),
adalah satu percubaan untuk memansuhkan 377 kanun keseksaan.




Berasaskan alasan ini juga, Ada juga dalam kalangan Majlis Peguam benar-benar mengetengahkan golongan ini atas dasar demokrasi.Ini bukan sahaja mengundang kekecewaan MAPIM,bahkan memberi kesan juga terhadap beberapa NGO dan juga beberapa Badan Kerajaan,termasuk juga Pimpinan parti politik.Ketua Pemuda Pas Pusat,Ustaz nasruddin Hassan Tanthawi pula baru-baru ini begitu tegas untuk melaksanakan demontrasi bagi membantah penganjuran program ini.Walaubagaimanapun,ia telah dibatalkan setelah Polis dan beberapa pihak keselamatan mula memainkan peranan mereka dalam menyekat program songsang ini.
Melihat kepada situasi ini,ia satu titik permulaan yang memberi corak dan gambaran ketidakselarian dalam usaha menangani program seperti ini.ia juga memberi refleksi diatas ketidakseimbangan dalam landskap pentadbiran negara.Buktinya,ketidakseimbangan fokus yang disasarkan telah menyebabkan pengabaian terhadap fokus lain yang jauh lebih penting.Jika kita ingin melihat supaya perkara ini tidak berlaku,Pola perubahan pentadbiran perlulah berasaskan kepada dominasi Moral dan Akhlak yang berteraskan Al-Qur'an dan As-sunnah.kalaulah penganjur 'prihatin' mengetengahkan hak asasi manusia(LGBT) dalam isu ini,jelas sekali memberi gambaran sejauh mana kesilapan kita dalam mendidik mesyarakat hari ini supaya mencari penyelesaian terbaek.Kesuluruhannya,kita masih gagal dalam melahirkan masyarakat yang 'bermoral dalam berfikir'.



TGNA tinggalkan persoalan :"jika hak asasi melakukan homoseks dibenarkan, maka akan adakah hak asasi utk mencuri, merompak, membunuh dan plbagai lg jenayah bersandarkan ke ats hak asasi?"

Wednesday, October 5, 2011

Karnival Anak Muda 2011




Program-program GAMIS

bersempena
KARNIVAL ANAK MUDA 2011

[ 21 Oktober 2011 ]

Sidang Meja Bulat Gerakan- Gerakan Mahasiswa
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang

Kuliah Khas bersama : Ustaz Azhar Idrus
Masa : 7.30 malam - 8.30 malam

PERASMIAN KAMU’ 11
Oleh: YAB Tan Sri Khalid Bin Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Teater Cakna Palestin

Pelancaran Kelab Fotografi Anak Muda
Oleh: Ustaz Azhar Idrus (Digital Mukmin)

Masa : 9.00 malam - 11.30 malam

[ 22 Oktober 2011 ]

Simposium Dakwah Kampus (SIMDAK)
Sidang Dewan Mahasiswa
Masa : 9.00 pagi - 1.15 petang

Konvoi Motorsikal Anak Muda
Pelancaran Kelab Motorsikal Anak Muda
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Pesta Sukan “Anak Muda Sayang Malaysia”
Masa : 2.30 petang - 4.15 petang

Sambungan –
Pesta Sukan “Anak Muda Sayang Malaysia”

Penyampaian Hadiah
Anugerah Tokoh Atlit Mahasiswa
Masa : 5.00 petang - 6.30 petang

Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama “Facebookers” & “Bloggers”
Masa : 9.00 malam - 11.30 malam

[ 23 Oktober 2011 ]

Pidato Si Cilik
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Debat Varsiti
Masa : 9.00 pagi - 11.15 pagi

Bengkel Personaliti Anggun
Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang

Bicara Rumah Tangga
In Person With “Prof Dr. Muhayya Muhammad”
Masa : 2.15 petang - 4.15 petang

Konsert Kesenian “Gegar Anak Muda”

Penyampaian Anugerah &Hadiah Pemenang (Pidato Si Cilik, Debat Varsiti, Anugerah Tokoh Anak Muda)

PERASMIAN PENUTUP KAMU’11
oleh: YB. Dr. Hjh Halimah Binti Ali
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor

Masa : 8.30 malam - 12.00 pagi

*tertakluk pada perubahan


jom pi ramai2~~~

Saturday, September 24, 2011

HUKUM HUDUD ; TGNA vs PM

Allah SWT Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦ 
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
 





Nik Aziz tetap mahu hudud, tak peduli pendirian DAP
September 22, 2011

KOTA BARU, 22 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz (gambar) berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

“Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah,” kata beliau.

“Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata ‘bye-bye’ tak apa.

“Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar),” kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Awal hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Semalam, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

“Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.

“Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut. Tak kena di mana,” katanya.

Justeru Nik Abdul Aziz mempersoalkan rasionalnya untuk bertemu DAP lagi semata-mata mahu menjelaskan perkara itu sedangkan parti itu mengetahui PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. 





Ulasan ;



Ramai yang masih terfikir, wajarkah HUKUM hudud di laksanakan dalam MALAYSIA kerana melihat kepada suasana kondusif -- menurut DR.,MAZA , SUASANA KONDUSIF IALAH suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.
walaupun pandangan Dr, Maza sendiri mengatakan bahawa Malaysia tidak sesuai lagi untuk di laksanakan di Malaysia kerana suasana kondusifnya, melihat kepada keadaan rakyat yang masih "belum mampu" untuk survive dalam hidup tanpa hukum hudud ini,namun TGNA masih tegas ,malah ketika di tanya beliau tentang hukum hudud beliau menjawab "“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”."
TGNA sudah lama memerintah kelantan, pada hemat beliau,sudah sampai masanya kini Kelantan menjalankan satu undang2 negara yang merupakan hukum Hudud, iaitu Hukum TUHAN. 
Sahabat sekalian, hudud bukan asas kenegaraan dalam islam, ia adalah satu hukum syariah yang di jalankan untuk membanteras jenayah2 yang berlaku dalam negara. Jika kita lihat perlaksanaan hukum hudud dahulu di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, langsung tiada jenayah yang berlaku di zaman beliau, dan tiada pula golongan miskin, dan ini lah satu contoh terbaik bahawa perlaksaan hukum islam yang telah di gariskan Allah adalah satu hukum yang sesuai dengan jalan hidup Manusia. 


saya kepilkan.


.PANDANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO' SRI NAJIB TUN RAYA. terhadap PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA.




"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah. "



Ulasan ;
Futuristic sungguh pandangan Najib, walaupun begitu, beliau masih belum ada alasan yang kuat untuk tidak berstuju dengan TGNA untuk melaksanakan hukum Hudud, kalau hanya setakat mengaitkan dengan politikus semata2 , ini tak boleh di terima pakai.  


Apa salahnya jika beliau membenarkan TGNA untuk melaksanakan hukum hudud di dikelantan dan biar mereka lihat keberkesanannya, sejauh mana ia dapat membanteras jenayah.Dan mengapa Najib or PM perlu takut untuk melaksanakan hukum islam ini jika beliau sendiri adalah islam , dan tidak melakukan apa2 kesalahan, sebaliknya beliau memperlekehkan usaha TGNA untuk mewujudkan hukum Islam di Kelantan.  Datos,  Hukum Islam ni bukan hukum macam main politik2 negara tu. ini hukum Tuhan.suci dan tidak kotOr. 


sayang takut rakyat ramai kena potong tangan dan kena REJAM? 


Kini, Rakyat kelantan sendiri terpaksa memohon kepada kerajaan pusat untuk membenarkan TGNA melaksanakan hukum hudud di kelantan,sama2 lah kita doakan yang terbaik untuk negara kita.


Hidup kelantan,Hidup Malaysia  :)




wallahua'lam. 

Sunday, September 18, 2011

.::KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 3::.





KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL KALI KE 3

24&25 SEPTEMBER 2011
DEWAN 3K SUBANG JAYA, SELANGOR

24 SEPT 2011:8AM-11PM
25 SEPT 2011: 8AM-1PM
(PENGINAPAN &MAKANAN DISEDIAKAN)

yuran peserta : RM 15 seorang

Pendaftaran hubungi :
Ahmd Syukri : 019-3395711
Taufiq :013 4061946
Masturah : 0139532361

SIDANG PERTAMA :24 SEPT, 8AM - 5PM
MAHASISWA ; MELAKAR MASA DEPAN NEGARA

perbentangan kertas kerja daripada pimpinan mahasiswa berteraskan tunggak2 utama negara
SESI  I : SISTEM POLITIK DAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA
panel Pengulas : Prog Aziz Bari
SESI II : SISTEM EKONOMO DAN SOSIOBUDAYA MALAYSIA
SESI II : SISTEM PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN WANITA
panel Pengulas :Senator Mumtaz Md Nawi

SIDANG KEDUA :24 SEPT, 8.00 AM-1 PM
DISKUSI MEJA BULAT MAHASISWA (BERKUMPULAN)

perbahasan Usul2 mahasiwa terhadap perkara dasar dalam negara

SIDANG KE TIGA : 8AM-1PM
RESOUSI MAHASISWA UNTUK MALAYSIA

Pendaftaran hubungi :
Ahmd Syukri : 019-3395711
Taufiq :013 4061946
Masturah : 0139532361


Friday, September 16, 2011

Terhapusnya ISA: Masa Untuk Berpesta?


Maka pada hari baik bulan baik ini, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menghapuskan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih popular dengan ISA (Internal Security Act). Akhirnya, selepas 51 tahun menzalimi rakyat, akta ini dikuburkan. Antara yang menjadi mangsa ISA adalah Dr Burhanuddin al-Helmy yang ketika itu merupakan YDP PAS. Sungguh malang apabila ISA hanya dihapuskan selepas Dr Burhanuddin sudah lama meninggal dunia, setelah terpaksa menderita dalam tahanan ISA.


Sebagai rakyat Malaysia, adakah pemansuhan ini bermakna kita sudah merdeka? Adakah kita sudah boleh berpesta menyambut langkah kerajaan ini? 


 Akta kejam ISA ini wujud berdasarkan pada kuasa yang telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada kerajaan untuk menidakkan beberapa hak asasi rakyat atas nama menjaga keamanan negara. Menurut Perkara 149, hak yang boleh digantung adalah: 


 Perkara 5. Kebebasan diri.


 Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.


 Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.


 Perkara 13. Hak terhadap harta.


 Ketika Perlembagaan masih dalam proses rangkaan oleh Suruhanjaya Reid (suruhanjaya Reid, bukan Lord Reid), seorang hakim dari Pakistan, Justice Abdul Hamid yang merupakan salah seorang ahli dalam suruhanjaya tersebut telah menyuarakan bantahannya terhadap Perkara 149 ini. Menurut beliau:


 “If there arises any real emergency, and that should only be an emergency of the type mentioned in [Art. 150], then and only then should such extraordinary powers be exercised. It is in my opinion unsafe to leave in the hands of Parliament power to suspend constitutional guarantees only by making a recital in the Preamble that conditions in the country are beyond the reach of ordinary law. Ordinary legislative and executive measures are enough to cope with a situation of the type described in [Art. 149]. That article should in my view be omitted. There should be no half-way house between government by ordinary legislation and government by extraordinary legislation …”


Lihat bagaimana beliau telah mampu untuk meramal ke masa hadapan? Menghapuskan ISA itu tidak ada makna sekiranya kerajaan masih membiarkan Perkara 149. Kerajaan seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam menghapuskan undang-undang tahanan tanpa bicara dengan meminda Perkara 149. Lebih malang, dalam masa beliau berjanji untuk menghapuskan ISA, Najib Razak juga telah pun memberi amaran bahawa 2 undang-undang lain menanti rakyat! Kata beliau,


 "dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan."


 Nah, ini adalah bukti bahawa menghapuskan ISA itu bukannya perkara yang boleh kita raikan. ISA bukan satu-satunya undang-undang zalim yang masih wujud di Malaysia. Jangan lupa pada Ordinan Darurat yang digunakan untuk menahan anggota Parti Sosialis Malaysia baru-baru ini. Kita sebagai rakyat yang bencikan kezaliman harus melihat penghapusan ISA ini dengan berhati-hati. Jangan kita menyangka bahawa kita sudah menang. Tidak sama sekali.


Selagi mana masih wujud peruntukan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk memenggal hak rakyat, maka selagi itulah perjuangan ini belum selesai!


*credit to fuad syazwan.

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More