DEWAN RAKYAT : KECOH DIDALAM, TEGANG DI LUAR- mkini
Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.
kalau pilihanraya boleh mengubah apa–apa,
dah lama pilihanraya di haramkan di Malaysia.
pengalaman adalah guru yang paling bijak
ZIONIS APCO PUNYA ANGKARA
PAS membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen Malaysia. Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.
Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk
mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.
Penafian hak ke atas Dato’ Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman.
Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.
Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.
Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah.
PAS berharap agar kesilapan yang sedang berlaku dalam kes ini diperbetulkan segera supaya kita terus dihormati oleh semua lapisan rakyat. PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara. Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
9 Muharam 1432 H / 15 Disember 2010 M
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
9 Muharam 1432 H / 15 Disember 2010 M