Saturday, December 4, 2010

Kenapa diasing tandas L dan P ?



Cuba anda jenguk dalam tandas lelaki dan wanita. Kebiasaannya mangkuk tandasnya sama je. Habis tu kenapa diasingkan tandas mengikut jantina? Bahkan ia terpakai diseluruh dunia. 


Kenapa dalam Islam para muslimah dituntut memakai jilbab dan tidak kepada lelaki. Apakah kepala, tengkok, telinga, rambut lelaki dengan wanita berbeza? 


Bagi seorang muslim, mereka mendahulukan syara’ daripada logik akal dan apabila akal meneliti ketentuan syara’ itu barulah mereka memahami kenapa.



Daya keinginan syahwat timbul buat lelaki terhadap wanita berbeza berbanding wanita terhadap lelaki. Islam mengutamakan kawalan dan penjagaan sebelum timbulnya penyakit berbanding proses pengubatan. Faktor akhlak, moral dan pecegahan merupakan matlamat yang dicari. Sebab itu Islam menuntut pengasingan tempat tidur anak-anak kita sejak bermula 10 tahun. 


Memisahkan tempat solat antara lelaki dan perempuan. Ia bukannya diskriminasi, tetapi menjuruskan keselesaan, keselamatan dan ketenangan. Bukan hanya untuk wanita, tetapi juga buat lelaki dalam mendidik dan melahirkan manusia yang beriman dan berakhlak.

Kepada sesetengah orang yang meletakkan nafsu dan akal semata, mereka akan mengkritik meskipun ianya selari dengan fitrah mereka. Bagi yang membenci proses menegak dan melaksanakan syariat atau etika Islam, mereka juga segera mengkritik meskipun ianya untuk kebaikan mereka sendiri dan ianya bermanfaat




Pihak KTMB baru sahaja mewujudkan pengasingan gerabak antara lelaki dan wanita. Presiden KTMB, Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki. 


Jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.



Katanya lagi, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.



pengasingan bas Rapid Bandar Kuala Lumpur bermula. 

Satu langkah yang baik. 

Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) selepas kerap menerima aduan daripada pengguna, terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah kepada gangguan seksual, kecurian, gejala akhlak dan sebagainya.

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More