Sunday, December 19, 2010

Ketuanan sebenarnya

SEMUA TAK SEDAR

Ketuanan yang betul ialah ketuanan Jepun dan ketuanan Cina Singapura. Dua kumpulan ini memiliki harta dan perlaburan terbesar di Tanah Melayu.

NIK AZIZ SIFAT KETUANAN MELAYU SIA-SIA –berita hairan

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan perjuangan Ketuanan Melayu sebagai perjuangan sia-sia, bagaikan menjulang keris tumpul, namun berlagak pendekar. 


Katanya, masyarakat harus sedar terhakisnya tanah rizab Melayu di negara selain terhapusnya bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat serta tulisan jawi di sekolah yang mengakibatkan lahirnya generasi buta al-Quran, disebabkan ketuanan Melayu.

"Jenayah ketuanan Melayu ini sebenarnya panjang untuk dihuraikan, namun ia boleh disimpulkan ketuanan Melayu tidak membawa sebarang faedah untuk negara serta bangsa Melayu sendiri.

INI BERITA BENAR, 

BUKAN DARI WIKILEAKS !

HABIS TANAH ORANG MELAYU KERANA KETUANAN MELAYU >.<


DOKUMEN KETUANAN MELAYU


MANA DOKUMEN RASMI KETUANAN MELAYU ? –harakahdaily

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.

"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.

"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.

"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.

Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.

"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.

"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.

*KENA TIPU LAGI*
 -________________________________________-"


Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More