BAKAL MEMECAH KAN GUSI ANDA !
KHIR TOYO DIDAKWA ATAS TUDUHAN RASUAH -mkini
Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.
Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
INI BUKAN KES RASUAH
CUBA TELITI BETUL BETUL
BELI TANAH 6.5 JUTA RINGGIT,
JUAL DGN 3.5 JUTA
INI KES ORANG BIJAK
BELI MAHAL JUAL MURAH
KES RASUAH IALAH DARIMANA SI PEMBELI TU DAPAT 3JUTA
*SANDIWARA NAK PADAMKAN CERITA HARGA BARANG NAIK*
Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar beliau di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib di ikuti.
Walau apa pun sedang dirancang , Mak Cik dan Pak Cik Felda suku sakat Mawi pun sedar bahawa penangkapan ini tidak ada sangkut paut dengan rasuah. Semua orang berpendapat mustahil kes beliau ini kes rasuah. Kalau betul rasuah, maka Ghani Patail tukang canang kes ini juga patut ditangkap sama. Dia ini bukan sahaja terlibat dalam rasuah, tetapi terlibat dalam menutup kes rasuah.
Jadi kalau bukan kes rasuah, apa kes mereka sebenarnya?
Apa yang sedang berlaku sekarang ialah satu rancangan licik yang telah dan sedang diatur untuk menipu orang ramai. Ini satu perancangan untuk melalaikan orang ramai agar melihat bahawa telah ada usaha Najib dan Rosmah untuk melawan rasuah. Ini penting kerana orang ramai perlu ditipu agar mereka akan mengundi United Malays National Organisation sekali lagi.
Cuba perhatikan perancangan ini : Hari beliau ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum beliau ditangkap, harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari beliau ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita beliau ditangkap menjadi muka depan.
Presto !
Dalam ilmu politik semua ini dipanggil ‘mengurus konflik’. Bayangkan jika beliau ini tidak ditangkap pasti orang ramai akan heboh berlabon tentang kenaikkan harga gula dan minyak. Inilah cara dan taktik Zionis Isreal merancang untuk mengambil tanah orang Palestin.
Kejap, apa pulak ni?
Apa sangkut pautnya tangkap beliau dengan Zionis Isreal?
Wahai para pembaca yang budiman,
sekarang ini para Zionis dari Isreal telah dan sedang diupah untuk menjadi penasihat kepada United Malays National Organisation.
Penangkapan ini dirancang oleh Zionis Apco untuk mengolah berita dan mengalihkan padangan ramai dari bertanya kenapa harga minyak naik. Atau kenapa harga gula naik? Ini memang cara Zionis bergerak– meriam berbunyi di kiri tetapi tupai mati di sebelah kanan.
Marilah kita menerima hakikat bahawa beliau ditangkap kerana mereka telah menjadi selipar buruk. Selipar buruk yang boleh dibuang atau ditinggalkan di tepi jamban. Tak mungkin para pembaca yang budiman tidak tahu bahawa selipar buruk yang telah dipakai kalau disimpan lama lama akan menjadi semak samun. Silap-silap menjadi sarang tikus. Jadi selipar ini wajib dibuang.
Dalam ilmu politik perancangan licik Zionis Apco ini dipanggil – mengolah persetujuan. Pengolahan persetujuan ini amat penting. Berita dan babak babak drama disusun dan diatur. Ini adalah sebahagian dari pengolahan persetujuan. Pengolahan ini dijalankan agar rakyat Malaysia akan kembali yakin kepada pimpinan United Malays National Organisation.
Yakinlah, kes-kes ini akan berpanjangan sampai ada yang dituduh mati – seperti kes Eric Chia. Atau melalut panjang hingga orang lupa seperti kes pembunuhan Teoh Beng Hock yang hingga ke hari ini tidak diketahui hujung pangkalnya.
Pembaca yang budiman harus sedar dari awal lagi telah diterangkan bahawa penangkapan ini hanya satu sandiwara. Malah saksi juga akan bertelingkah antara satu sama lain tentang tarikh dan masa.
Semuanya telah dirancang oleh Zionis Apco. Maka terpulanglah kepada pembaca yang budiman sama ada hendak kena tipu atau tidak. Kalau telah sedar dan tidak mahu ditipu ertinya rancangan Zionis Apco gagal. Tetapi jika bersedia untuk ditipu, maka harus disedari satu hakikat bahawa pada ketika ini masih belum ditemui satu pil yang mujarab untuk mengubati orang bodoh.