Saturday, December 4, 2010

Demo bantahan penswastaan air




gaji sebulan hampir setengah juta ringgit


DEMO DITERUSKAN, PERARAKAN BERGANTUNG KEADAAN 

Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan perhimpunan menentang kenaikan harga air di negeri itu di Kuala Lumpur Ahad ini walapun polis memberikan amaran hari ini, kata penyelaras kempennya.


Badrul Amin Bahrom bagaimanapun berkata, perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara seperti yang dirancang sebelum ini bergantung kepada keadaan pada hari berkenaan.

"Kalau diizinkan, kita berarak. Jika tidak diizinkan, kita mungkin guna cara lain. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti cuaca, ketegangan pada hari itu, apa saja. 

"Lagi pun kita bukan orang jahat," kata Badrul Amin yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR.




Dapatkan baju t ini sehelai 15 ringgit. 
Hubungi 010-206-68-73 atau 017-673-75-25


KENYATAAN MEDIA
3 Disember 2010 


POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS UNTUK TAMPUNG OPERASI


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan maklumat bahawa pendapatan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan dengan RM 425,000.00 sebulan.

DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. Apakah SYABAS mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah swt untuk manusia?

Air adalah keperluan asas penduduk. Tanpa air, tiadalah kehidupan. DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga melihat mungkin inilah faktor SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat. Rakyat baru mendapat hadiah dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi.

SYABAS perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP menyokong sekiranya ada usaha kerajaan Selangor mahupun SYABAS sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi mereka atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

DPPWP juga menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember 2010 sebagai membantah kenaikan harga air oleh SYABAS.



Disediakan oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan






Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More