AGENDA

Blog ini diwujudkan sebagai medium update isu-isu semasa dalam dan luar negara.

ISU

Medium perkongsian dan percambahan ilmu pengetahuan, menyalurkan pendapat dan pandangan bersama.

SEMASA

Dengan harapan agar masyarakat umum khususnya golongan MAHASISWA, dapat cakna dan prihatin dengan isu semasa yang berlaku.

Kuasa PEMUDA

"Berikan aku 10 orang PEMUDA, nescaya aku pasti MENGGONCANG dunia!! -pemuda agen pengubah dunia-.

FREEDOM of SPEECH

Kebebasan bersuara adalah untuk semua.

Sunday, April 17, 2011

Bhg 1 Wacana Siswa Rakyat -TOLAK POLITIK JIJIK




 Anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) yang berlangsung pada 14 April 2011 bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Tuesday, April 12, 2011

Just count and count

To all Sarawakians, 

 "How can you thank a man for giving you what's already yours? How then can you thank him for giving you only part of what is yours?" -Malcolm X.






Batu Kawa- GUAN ENG mix NIK AZIZ, massive crowd !


Miri, 11th

Maklumat kebenaran hakikatnya adalah seperti air,mengalir dan melimpah walaupun disekat. Kerana manusia sentiasa berfikir dan mencari. Dan bagi mereka kesempurnaan manusia adalah sangat dusta. Tiada cacat, tiada cela. Tetapi itulah yang dimainkan media perdana. 


RIBUAN MANUSIA HADIR TANPA KHEMAH, TANPA PENARI SEPARUH BOGEL, TANPA NASI BUNGKUS, TANPA RASUAH. 


Semoga momentum ini diterjemahkan di dalam peti undi.


**Al-fatihah buat arwah Sahimi Razali, juruterbang helikopter yang terhempas selepas menurunkan rombongan TPM. 




Sunday, April 10, 2011

Akta Kesalahan Pilihan Raya



Penyogokan


10. Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas
kesalahan menyogok:


(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;

Friday, April 8, 2011

Manifesto PR bagi PRN Sarawak ke-10

10 perubahan dalam Manifesto Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 adalah seperti berikut:


1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.
4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Mau angpau

Peduli tentang politik bermakna anda ambil tahu dan ambil tindakan sewajarnya berdasarkan situasi. Pemberita menyampaikan informasi berdasarkan respon ahli politik terhadap isu yang mereka bangkitkan.

Sudut pandang mana anda menilai berita ini? 

Baca juga komen ramai golongan anak muda di bahagian bawah. Anda akan lihat sedalam mana pemahaman golongan ini terhadap politik.




‎"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,” kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya

berita penuh di sini.

Realiti

Kita boleh bersungguh-sungguh dan punya semangat yang membara untuk kerja dakwah. Namun jika berdakwah dan menyertai jemaah hanya untuk MENERIMA, kita akan seringkali cenderung untuk melihat pada kelemahan, apatah lagi kita akan meletakkan expectation yang tinggi untuk menerima yang terbaik dari jemaah yang kita sertai. Tambahan pula dengan cetusan idea-idea yang menggunung dari anak muda yang idealis sangat menebal.

Lantas terus-menerus berada dalam pencarian dan eksplorasi yang menjemukan. Dan akhirnya mengambil tindakan untuk melarikan diri, kerana telah kononnya 'putus asa' atau kecewa dengan realiti yang ada depan mata. 

Namun jika sejak dari awal kita menyertai jemaah untuk MEMBERI, secara automatiknya kita akan cuba untuk memanfaatkan keterlibatan masing-masing dalam jemaah yang disertai, serta lebih fokus akan peranan dan potensi diri. Bukannya hak penerimaan semata-mata.



Jika jemaah ini berpotensi, maka sehabis baik kita akan memainkan peranan kita. Memberikan idea, tenaga dan menterjemahkannya dalam pengurusan, tindakan dan sebagainya. Manakala jikalau jemaah ini punya masalah, maka kitalah yang akan memainkan peranan dengan menawarkan diri sebagai sebahagian daripada penyelesai. Sikap melarikan diri atau membuat kumpulan lain bukanlah solusi yang tepat.

Ramai di kalangan kita masih bersikap naif tentang hakikat berbilang-bilang jemaah atau kumpulan di kalangan mahasiswa. Ignorant terhadap pemain dakwah yang lain tidak patut wujud sekiranya sikap MEMBERI itu disemai sejak awal. Jika tidak masakan boleh ada exclusiveness atau menyekat kehadiran ke sesuatu aktiviti atau program sedangkan hal tersebut adalah COMMON SENSE.

Walaupun secara idealnya harus bersifat lengkap-melengkapi, namun hakikatnya adalah berlakunya pertembungan. Common sense ini semakin dilupai.

Dari satu sudut, jangan kita terlalu asyik menafikan, bersikap ignorant atau mempersoalkan realiti itu kerana hakikatnya ia telah pun wujud.

Persoalannya adalah sejauh mana kesungguhan kita untuk faham dan menguruskan realiti tersebut.



**credit to bro cha



Tuesday, April 5, 2011

For a brighter future

Bayangkan, 1.2 juta penduduk Sarawak terpaksa membeli 100 barang keperluan asas pada harga yang berbeza-beza (semuanya tinggi!) terutama di kawasan pedalaman seperti Bario di daerah Baram, Ba'kelalan, Limbang & Lawas. Kawasan Ulu Belaga dan Ulu Kapit turut berhadapan dengan kenaikan harga barang, malahan akan meningkat setiap hari selagi tiada usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Negeri aje yang kaya, tapi rakyatnya hidup melarat.


Hari ini penamaan calon PRN Sarawak. PAS membawa sinar baru dengan bertanding 5 kerusi. BN pula meletakkan PBB 45, SUPP 19, PRS 9 dan SPDP 8. Eh, UMNO tak bertanding ek?  :)


'Negara Maju'


Akhirnya Malaysia berjaya mencapai status 'Negara Maju' selepas berjaya membawa pembaharuan paling hebat dengan penayangan video seks dalam slot berita TV3.


Klip seks: ‘Negara dah jadi negara tak berakhlak’-m'sian insider

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermora”l apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah..bukan dengan dedahkannya kepada umum.

“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

“Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kali pertama kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sejak kelmarin rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” tersebar dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.




Ku Li: Dalang video seks pengamal politik longkang

Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.


"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.



Monday, April 4, 2011

Blue tulen



Tajuk muka depan seperti yang dijangka. Skrip terancang. Sebab tu orang dah tak beli dah. Maka fahamlah rakyat sekarang, DIBOLEHKAN MENYIMPAN, MENONTON & MENAYANGKAN VIDEO LUCAH KEPADA ORANG LAIN, SELAMA MANA VIDEO ITU TULEN.


Pengumuman Ketua Polis Negara bahawa siasatan hampir selesai pula agak mengejutkan kerana penjelasan Anwar Ibrahim sendiri belum diambil. Begitu juga keterangan mereka yang pernah menonton video berkenaan tetapi sangsi pelakonnya adalah Anwar. 


???


Sejarah politik antara perkara paling JIJIK di Malaysia, apatah lagi bila tuduhan seks kepada seseorang itu berulangkali.  Budaya fitnah dan politik lucah sememangnya takkan membawa Malaysia ke mana-mana. 


Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More