ISU
Medium perkongsian dan percambahan ilmu pengetahuan, menyalurkan pendapat dan pandangan bersama.
SEMASA
Dengan harapan agar masyarakat umum khususnya golongan MAHASISWA, dapat cakna dan prihatin dengan isu semasa yang berlaku.
Kuasa PEMUDA
"Berikan aku 10 orang PEMUDA, nescaya aku pasti MENGGONCANG dunia!! -pemuda agen pengubah dunia-.
Sunday, March 18, 2012
Thursday, February 23, 2012
Diskusi Isu Semasa- Syria, antara Penindasan atau Kebangkitan
2/23/2012 09:12:00 AM
ais03
PROGRAM: Diskusi Isu Semasa: Syria, antara Penindasan dan kebangkitan
TARIKH: 26/2/2012 (AHAD)
MASA: 8.00 malam
TEMPAT: Dewan MBKJ (bersebelahan Sate Kajang Samuri)
ANJURAN: GAMIS
-isu Syria isu ummah..-
Sunday, February 5, 2012
MENABUNG VS BANKRAP
2/05/2012 02:31:00 AM
ais03
Jika zaman era 80-an, 20 sen bagaikan seringgit nilainya. Jika zaman sekarang, seringgit bagai lima ringgit perumpamaannya. Sejak kecil lagi, kita sudah diajar cara untuk menambung bagi memastikan kita pandai untuk berjimat cermat seterusnya menjamin masa hadapan. Sejak kecil lagi, kita juga diberi tips bagaimana untuk menabung dan ditanamkan semangat untuk mempunyai simpanan pada masa hadapan. Malah, banyak iklan di kaca televisyen turut memberi kita inspirasi untuk membuat simpanan sejak dari kecil seterusnya tabungan itu akan membantu di kala kita dalam kesesakan dan kesusahan.
Tetapi, bagaimana pula keadaannya apabila usia kita meningkat dan kita sudah mampu berfikir atas dasar logik melalui segala bahan bacaan dan pemerhatian akan tercapaikah segala inspirasi yang cuba ditanam sebelum ini? Apabila kita mengetahui keadaan dan situasi kewangan negara kita yang di dalam keadaan yang amat kritikal, kita akan melihat dari segala sudut, akan timbul pelbagai persoalan. Kenapakah perkara ini berlaku? Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Kita mengetahui secara umumnya jika kita berbelanja dengan mewah dan menggunakan wang secara tidak terurus, kita akan mempunyai masalah dari sudut kewangan dan dalam erti kata mudah kita akan terjerumus ke dalam fasa kebankrapan. Bagaimana pula apabila golongan-golongan begini, iaitu golongan yang berbelanja dengan mewah dan dengan tindakannya membuatkan negara melangkah ke arah kebankrapan, kita hanya mahu memeluk tubuh dan mendiamkan mulut tanpa berkata apa-apa?
Pada 2 Februari lalu, forum bertajuk ‘Perubahan Politik Untuk Pembaharuan Ekonomi Bagi Kesejahteraan Rakyat’ telah diadakan di Hotel Seri Malaysia. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, berucap dalam forum tersebut berkata, jika kerajaan Malaysia terus berbelanja mewah di luar kemampuan sekalipun dengan berhutang yang masih belum terlangsai, mereka akan merealisasikan impian untuk melihat negara bankrap disebabkan sikap itu.
“Bayangkan kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus setahun tetapi kadar peningkatan hutang pula 13 peratus," kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Dengan kadar tersebut, pada tahun 2020 hutang negara akan mencecah RM1 trilion.
“Sejak kemelesetan ekonomi, dalam tempoh 13 tahun kerajaan tetap berbelanja besar-besaran sehingga ekonomi menjadi parah. Jadinya apa yang kita belanjakan hari ini seolah-olah kita makan daripada milik anak cucu kita iaitu generasi akan datang.

“Itu belum masuk lagi isu penyelewengan dan salah guna kuasa. Bayangkan RM28 bilion tiris setiap tahun sedangkan jumlah yang sama jika boleh dimanfaatkan untuk rakyat sudah boleh membawa rakyat keluar daripada garis kemiskinan,” katanya lagi.
Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Penyelidikan PAS Pusat berkata, semua masalah ini timbul kerana masalah kepimpinan kerajaan yang berbelanja tidak berhemat dan jentera di bawah kerajaan yang tidak cekap.
Bagaimana? Jom sama-sama melihat serta menjadi golongan yang berfikir, bergerak dan bukan menjadi golongan yang melihat sahaja. Sama-sama kita cuba merealisasikan impian dan mencapai inspirasi yang diwar-warkan sejak dari kecil lagi bagi menjamin tabungan masa hadapan agar kita tidak menjadi golongan yang bankrap.
~Gelombang Mahasiswa~
Monday, January 23, 2012
NFC,Baucer dan Mahasiswa
1/23/2012 05:14:00 PM
ais03
Tatkala kebangkitan mahasiswa dilihat mampu memberi tekanan jangka masa panjang kepada kerajaan.Dan bila pemikiran mahasiswa sudah tidak dapat dikekang dengan AUKU. Kerajaan mula menggunakan taktik lama yang digunakan di kampung-kampung tapi dengan teknik yang sedikit berbeza. Baucer RM200 diharapkan dapat meredakan mahasiswa buat sementara waktu atau mempengaruhi mereka yang tidak cakna.
Namun, kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional terus mewarisi amalan dwi-standard dalam apa-apa perlaksanaan bajet. Andai bajet melibatkan rakyat marhein, syarat-syarat ketat dikenakan bagi mengelak sebarang penyalahgunaan dana yang diberikan. Namun, jika melibatkan menteri lain pula kisahnya.
Kerana takut mahasiswa membeli kondominium dengan wang RM200 tersebut. Ia diberikan dalam bentuk baucer khas untuk membeli buku. Manakala NFC yang langsung tiada pengalaman diberikan kepercayaan sepenuhnya dalam menguruskan wang RM250 juta yang akhirnya membeli kondominium untuk menternak lembu. Seperkara lagi yang menariknya, pinjaman NFC tiada tarikh akhir bayaran hutang. Manakala untuk mahasiswa, baucer hanya sah sehingga bulan MAC 2012.
Akhinya projek NFC yang diurus oleh golongan yang ‘bijak’ terpalit dengan tuduhan penyalah gunaan wang rakyat. NFC hanya contoh kecil daripada kerakusn kerajaan yang ‘berwibawa’ ini. Kerana laporan daripada Global Financial Integrity (GFI) mendapati dari tahun 2000-2008 sebanyak RM1,077,000,000,000.00 (RM1.077 trilion) aliran wang HARAM keluardari Malaysia. Projek NFC hanyalah 0.023% dari jumlah ini.

Eh, korang tahu tak yang bajet RM200 kepada setiap mahasiswa hanya menelan RM260 juta? Hanya lebih RM10 juta dari dana yang diberikan kepada Shahrizat sekeluarga. Jadi, nialai mahasiswa diseluruh Malaysia bersamaan dengan beberapa kerat ahli keluarga Shahrizat? Dimana letaknya kewibawaan dan keintelektualan mahasiswa dimatakerajaan Malaysia? Sampai bila si KRONI yang cetek akal fikiran akan mendapat pelbagai dana dan imbuhan melebihi rakyat marhein yang bijak pandai, berusaha gigih menuntut ilmu dan amanah dengan ilmunya? Sampai bila?
Mahasiswa tak boleh dibeli dengan wang ringgit.Mahasiswa bukan gelaran untuk mereka yang buta-tuli mengikut telunjuk orang yang memberi tanpa sebarang kajian.Bersyukur dengan apa yang diberi tidak menyekat mahasiswa mengkritik sebarang penyalah gunaankuasa. Kerana mahasiswa hari ini, pemimpin masa hadapan.Adakah anda benar-benar mahasiswa?
-Mahasiswa botak berbeza dengan mahasiswa yang tak guna otak-
Sunday, January 22, 2012
"mahasiswa dan catur"
1/22/2012 06:15:00 PM
ais03
Setelah angin PRU 13 bertiup, angin yang membawa khabar terus terusan membuktikan dan membuka mata masyarakat dan mahasiswa bahawa kita perlu melakukan tranformasi bagi melangkah ke fasa perubahan di mana fasa kurangnya korupsi, kurangnya manipulasi, dan kurangnya menuding jari.
‘Berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar emosi tidak menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak.’ Nasihat Ustaz Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Peranan mahasiswa sebagai golongan cerdik pandai dalam membantu negara dalam proses melangkah ke fasa perubahan tersebut sangatlah diperlukan. Mata perlu dibuka, hati perlu dijentik bagi memastikan rasa sensitiviti terhadap masalah dan isu masyarakat dan negara yang kita sedia maklum semakin tenggelam timbul.
Mahasiswa kini sudah mampu melangkah ke hadapan, kerana kesedaran sudah ke tahap infiniti. Mahasiswa merupakan peneraju perubahan dan mampu memastikan sistem dan fasa yang dinantikan akan dicapai. Bagaimana mahasiswa mencorak strategi dalam menghadapi cabaran bagi menggapai fasa itu sama seperti mencorakkan gerak buah-buah catur dan seterusnya menang. Mahasiswa perlu berdiri sebagai pemain catur yang berwibawa.
Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan memastikan strategi yang dirancang bagi memastikan setiap langkah yang diambil tidak mengundang bahana. Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan bijak memanfaatkan keunikan setiap posisi dan kelainan cara gerak setiap buah CATUR. Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan sentiasa memahami cara pihak lawannya berfikir bagi mengawal dan mendominasi situasi.
Mengubah paradigma dan membuktikan Mahasiswa bukan hanya hebat di mata pena, malah mampu menjadi peneraju perubahan. Mahasiswa juga mampu membawa perubahan besar di mana kita akan masuk ke satu fasa yang mana mahasiswa akan diberi kebebasan bersuara tanpa dihalang atau digarisi dengan sesuatu.
~ Gelombang Mahasiswa ~

wacana : "masih relevenkah AUKU?"
1/22/2012 06:00:00 PM
ais03
Wacana Sinar Harian ke-10 bertajuk "Masih Relevankah AUKU?" bersama 5 orang ahli panel:
1. Prof Dr Abdul Aziz Bari(Pakar Perlembagaan)
2. Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod(Timbalan Rektor UIAM)
3. Sdr Mohammad Maliki Mohd Rapiee(Presiden Majlis Belia Malaysia)
4. Prof Dr Anuar Ahmad (Pemangku Presiden/Naib Canselor UNISEL)
5. Sdr Mohd Shahar Abdullah(Presiden Pesatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa/ASPIRASI MALAYSIA)
Dikendalikan oleh moderator, Sdr Mohd Amin Idris(Selebriti TV Al-Hijrah/Motivator)
Pada 26 Januari 2011, jam 2.00 petang, bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
Saturday, January 21, 2012
" Angin PRU-13 mula bertiup.."
1/21/2012 10:02:00 PM
ais03
Angin PRU kembali bertiup, malah telah mula menyapa sejak akhir tahun 2011. Sememangnya satu event yang ditunggu-tunggu ramai pihak. paling menunggu, RAKYAT Malaysia sendiri.
2012 bakal membawa angin perubahan buat Malaysia. Selama ini, masalah sosial yang semakin parah, penzinaan, buang bayi, ketagihan dadah, free sex, perjudian, korupsi yang makin menjadi-jadi bukan sahaja di peringkat bawahan malah di peringkat menteri-menteri, isu murtad, kroni-kroni diraikan, kebajikan rakyat diketepikan,..hak-hak rakyat dinafikan..dan banyak lagi..sememangnya, jikalau hendak di listkan kesemuanya, pasti terasa tegang jiwa raga semua..gentar dan bimbang akan masa depan Malaysia kita ini.
Anda sebagai rakyat Malaysia, mahu terus melihat bahana ini bercambah??..
semuanya di tangan anda.. you choose your goverment..you choose the people who'll run your country, who'll run basically your life..who'll eventually make up you and your children's future.
IT'S in YOUR HANDS....change now.
Wednesday, January 11, 2012
Perhimpunan Aman 901.. wujudkah 'konspirasi'?
1/11/2012 11:05:00 AM
ais03
Kemelut 901 panas diuar-uarkan dalam media elektronik. Ditambah pula dengan Gelombang Isu Hasan Ali. Semakin dekat dengan PRU-13 ini, banyak pula isu yang dimainkan oleh geng cacing ni.Ops, dacing. Betulkah tiada permainan politik? Jom kita teroka satu-satu isu.
baru-baru ni, semua seperti sudah hadam dengan kronologi peristiwa 9 januari. Di Youtube ada, yang diupload di FB pun ada, dan daripada sumber sahabat-sahabat handai kita pun mungkin ada.Usaha untuk menuntut sistem kehakiman yang adil dan saksama terbukti serius dengan wujudnya perhimpunan aman 901. dalam isu ini, sekaligus mempamerkan keraguan integriti badan kehakiman dan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional.
jika dilihat dalam bersih 2.0 dan lain-lain demonstrasi, rasanya, sejak sekian lama, baru kini demonstrasi 9 januari kali ini berpihak kepada pakatan pembangkang. Mana tidaknya, kalau sebelum ini hanya ber’perang’ dengan kerajaan, kali ini,suasana sudah berubah apabila berhadapan dengan badan kehakiman. Yang paling merunsingkan, timbulnya perkara yang mencetuskan pelbagai persepsi baru terhadap insiden yang sederhana rancak itu.
Bagaimanapun,keputusan tentang pembebasan DSAI dilihat seperti salah satu kemenangan yang besar terhadap pakatan pembangkang. Begitu mudah Mahkamah memberi keputusan tersebut. Hal inilah yang sebenarnya,menimbulkan banyak persepsi terutama bukan sahaja dalam kalangan UMNO dan Barisan Nasional, malah juga dalam kalangan rakyat umumnya.
BN semakin hari bermain dengan api yang mereka buat sendiri. Terkini, dilaporkan tentang pergeseran dan percanggahan pendapat dalam pakatan BN itu sendiri,mana tidaknya, begitu mudah kuasa legislatif itu membebaskan pemimpin no. 1 PKR. Hal ini sekaligus memberi gambaran kepada kita apa yang berlaku disebalik krisis ini. Mungkin juga, sekiranya, mereka menghukum DSAI, sudah pasti keadaan BN akan semakin parah untuk menentang kebangkitan Pakatan Rakyat . Walaubagaimanapun, jika BN membebaskan DSAI juga, ia juga menyukarkan mereka kerana BN dilihat seperti menguasai sistem perundangan.

Jadi, mungkinkah sistem perundangan sebelum ini sudah terlalu banyak dipengaruhi oleh BN selaku penguasa badan eksekutif?
Persoalannya,jika kuasa perundangan itu bersifat berkecuali, mengapa boleh timbul isu pergelutan dalam parti Barisan Nasional? Sampaikan ada usaha yang dicadangkan agar PRU-13 diawalkan? Mungkin benar ia salah satu cara untuk menjaga imej, tetapi, sehingga kini,persoalan tentang masalah pergelutan dalam parti itu sendiri masih belum terjawab sebaliknya, hanya menggunakan alasan-alasan yang bersifat umum dan neutral yang terlalu jauh kaitannya.
Tertarik dan kelakar juga dengan rancangan program reality TV3,Soal Jawab. Seorang peguam yg menjadi panel begitu lantang mengulangi ayat yang sama,“Tang mana mahkamah kita tidak adil?”. Tetapi, apabila ditanya peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che yusof(Gambar), ketelusan mahkamah benar-benar semakin diragui apabila didedahkan tentang ketidakwibawaan sampel DNA. Paling jelas, beliau juga mengakui bahawa kes tersebut bermotif politik setelah menilai sepanjang perjalanan kes.
Ayuh kita lihat pula tragedi letupan bom yang berlaku di sekitar mahkamah. Strategi melakukan letupan oleh kumpulan penyokong Saiful Bukhari,PERKASA dan beberapa badan-badan ‘Melayu’ yang lain seperti ‘tidak jadi’ apabila mahkamah mengumumkan keputusan pembebasan DSAI.
Mungkin juga, sepatutnya,bom itu diletupkan setelah mahkamah masih tidak bersetuju membebaskan DSAI, dengan demikian, memberi gambaran bahawa pembangkang bersikap ekstrimis dan melampau dan memberi persepsi yang buruk terhadap penyokong pembangkang. Malangnya, akhirnya ia dilihat seperti satu yang tidak kena pada perancangan asal mereka dalam mewujudkan konspirasi(Pandai BN ajar rakyat). Hal ini pada masa yang sama memberi gambaran awal bahawa Rang Undang-undang yang diwujudkan nanti, sudah pasti susah untuk dipatuhi oleh penyokong-penyokong BN itu sendiri.
Habis bercerita tentang perhimpunan 901, isu Hasan Ali pula digembar-gemburkan. kononnya, UMNO tidak sezalim PAS dalam memecat ahli. Setelah tidak mampu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dalam isu perhimpunan aman 901,kali ini, BN cuba tampil dengan memberi imej yang 'baik' dan 'bergaya' apabila cuba mengambil Hasan Ali untuk bersama-sama mereka.
Mungkinkah kerajaan hari ini mengalami krisis strategi dalam membohongi rakyat? Jangan lupa! Rakyat hari ini sudah mampu berfikiran pemimpin walaupun mereka bukan pemimpin.
Friday, January 6, 2012
" 2012, tahun perubahan.."
1/06/2012 01:32:00 AM
ais03
Walaupun sudah agak terlambat, di sini AIS ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog AIS yang dirahmati sekelian.
Di saat malam 1 januari 2012, begitu huru hara Malaysia dengan dentuman, percikan bunga api, sambutan dan sorakan manusia yg begitu gembira, malah segelintir gamat menyambut ketibaan tahun 2012 ini. Tidak kurang juga manusia-manusia yang berkumpul memanjatkan kesyukuran atas ketibaan tahun 2012 yang bakal membawa perubahan besar ini.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan insiden pertumpahan darah yg berlangsung malam tahun baru tersebut.
Malam ambang tahun baru 2012, sekumpulan mahasiswa telah berkumpul di hadapan pintu pagar UPSI bagi mendesak pihak UPSI agar menggugurkan kes Adam Adli. Baru-baru ini, beliau dikaitkan dengan isu penurunan bendera DS Najib ketika berlangsungnya perhimpunan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Rentetan daripada insiden tersebut, saudara Adam Adli telah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak UPSI. Perhimpunan malam tersebut telah dicemari dengan insiden berdarah apabila pihak polis dan FRU mula menggunakan kekerasan terhadap siswa-siswa yang berhimpun. Beberapa siswa cedera teruk dalam kejadian itu, termasuk Pengerusi BEBAS, saudara Safwan Anang.
Kejadian ini sememangnya hangat dibahas dan diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Ramai yang melihat "keganasan" polis kali ini mirip kepada kejadian sewaktu BERSIH 2.0 dahulu. Rakyat tercedera ketika berhimpun menyuarakan tuntutan dan harapan mereka, pihak bertanggungjawab kemudiannya akan menafikan "keganasan" mereka. Hingga hari ini, pihak polis terus menerus menafikan dakwaan "polis membelasah mahasiswa" tersebut, sebaliknya mengatakan bahawa mahasiswa tersebut mencederakan diri sendiri.
Apa yang dapat dilihat, berbagai-bagai reaksi rakyat terhadap insiden ini. Ada yang berpandangan bahawa mahasiswa tidak seharusnya terlibat dengan perkara-perkara sebegini. Mereka sepatutnya tumpu dulu pada pengajian. Katanya banyak lagi cara atau pendekatan lain jikalau hendak menyuarakan suara hati golongan mahasiswa ini. Tidak perlu sampai berdemo. Ada juga yang berhujah bahawa demo tersebut dijalankan sebagai 'last resort' setelah mencuba pendekatan-pendekatan lain. Bahawa dengan cara berdemo ini, baru apa yang siswa-siswa ingin suarakan akan didengari.
Ramai yang melihat kejadian malam tahun baru itu sebagai mesej berterusan kebangkitan anak muda di Malaysia. Seperti mana BERSIH 2.0 dan Gerakan Mansuhkan ISA sebelum-sebelum ini, BEBAS juga ingin menyuarakan tuntutan mereka tersendiri. http://gazebodaily.net/2011/12/21/gerakan-menuntut-kebebasan-akademik-bebas/ . Jadi, hari ini..rakyat Malaysia semakin tertanya-tanya, apa maksudnya di sebalik 'reaksi' pihak polis dan kerajaan Malaysia terhadap kebangkitan suara rakyat ini?..Demo semangnya adalah jalan terakhir bagi membolehkan suara rakyat didengari dan diambil cakna dan tindakan oleh pihak ditujukan. Adakah wajar dibalas dengan tembakan 'tear gas', 'water cannon' serta tumbuk sepak terajang, belasah Polis dan FRU..yang sememangnya diketahui berada di bawah kelolaan Kerajaan Malaysia? Fikir-fikirkanlah..

" I may disagree with what you have to say, but will fight to the death to protect your right to say it.."- Voltaire
2012, JOM UBAH...!!
Friday, December 23, 2011
" Fenomena Adam Adli "
12/23/2011 09:22:00 AM
ais03
Jika benar mahu menuding kesalahan, jangan dituding jari hanya kepada si semut yang nampak lemah luarannya, tidak mempunyai kuasa. Jika seekor semut dibadan gajah dan hanya meletakkan sengatnya tanpa mengeluarkan bisa tidak akan menembusi kulit gajah yang setebal kulit pokok malah jika disengat seribu kali pun hanya mampu memberikan luka kecil yang mana tidak menjejaskan fizikal asal Si Gajah yang luarannya nampak hebat dan kuat. Tetapi Si Gajah tetap tidak akan terasa terancam dengan kehadiran semut itu kerana kesalahan yang dilakukan semut itu tidak mendatangkan kesan kepada dirinya kecuali semut itu datang secara sekawanan. Si Gajah juga boleh berfikir dan bertindak secara matang, ini malahan manusia.
Namun di dalam realiti manusia, bagaimana pula jika manusia yang mampu berfikir malah berkuasa bertindak di atas kegelojohan diri tanpa bertindak mengikut kematangan? Terus-terusan menyalahkan sesuatu tanpa dilihat dari akar ubi sumbernya. Bertindak melulu mengikut hawa nafsu dan tidak berlandaskan Al Qur’an dan As Sunnah, adakah itu dipanggil kematangan atau menyalahgunakan kuasa yang ada. Memeras ugut, menuding jari, kutuk mengutuk, itu yang menjadi menu pilihan untuk hidangan tiap hari. Masa untuk transformasi seperti yang dihebah-hebahkan.
Skop yang lebih kecil, isu Adam Adli seorang mahasiswa UPSI diugut dan diancam. Bukan hanya dia malah membabitkan keluarganya. Bukan kerana dia meletakkan bom di kediaman Pemimpin Negara tetapi hanya menurunkan sehelai bendara. Isu ini yang mahu dibesar-besarkan sehingga timbul berbagai ugutan dan ancaman. Ini yang digelar kematangan? Pembaca boleh menilai.
Pada hari berkenaan, matlamatnya berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia. Isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.
Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih, ia kerana bendera itu terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.
Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan?
Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) , namun tidak ada sebarang reaksi kepada memorandum tersebut.
Setibanya di PWTC, cuma Saifuddin sahaja bersetuju untuk berjumpa. Bila memorandum diserahkan, semua mahasiswa mendengar ucapan daripada Saifuddin. Sebelum itu mahasiswa bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus tukar reaksi, salam dan ambil gambar, bagi Adam Adli ini bukan matlamat sebenarnya. Jadi diambil bendera dan terus diturunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.
Perkara ini tidak mendatangkan kesan mendalam bukan? Tetapi menjadi alat bagi membuat ancaman. Mengapa fokus kepada bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang diturunkan dan tidak fokus kepada bendara ‘Kebebasan Akademik’ yang dinaikkan? Ingat, media itu boleh membawa kebenaran juga sebaliknya.