AGENDA

Blog ini diwujudkan sebagai medium update isu-isu semasa dalam dan luar negara.

ISU

Medium perkongsian dan percambahan ilmu pengetahuan, menyalurkan pendapat dan pandangan bersama.

SEMASA

Dengan harapan agar masyarakat umum khususnya golongan MAHASISWA, dapat cakna dan prihatin dengan isu semasa yang berlaku.

Kuasa PEMUDA

"Berikan aku 10 orang PEMUDA, nescaya aku pasti MENGGONCANG dunia!! -pemuda agen pengubah dunia-.

FREEDOM of SPEECH

Kebebasan bersuara adalah untuk semua.

Sunday, March 18, 2012

Gelombang Ungu : Sempena Hari Wanita Sedunia

Biarlah. Graphic Berbicara.






Thursday, February 23, 2012

Diskusi Isu Semasa- Syria, antara Penindasan atau Kebangkitan


PROGRAM: Diskusi Isu Semasa: Syria, antara Penindasan dan kebangkitan
TARIKH: 26/2/2012 (AHAD)
MASA: 8.00 malam
TEMPAT: Dewan MBKJ (bersebelahan Sate Kajang Samuri)
ANJURAN: GAMIS

-isu Syria isu ummah..-

Sunday, February 5, 2012

MENABUNG VS BANKRAP


Jika zaman era 80-an, 20 sen bagaikan seringgit nilainya. Jika zaman sekarang, seringgit bagai lima ringgit perumpamaannya. Sejak kecil lagi, kita sudah diajar cara untuk menambung bagi memastikan kita pandai untuk berjimat cermat seterusnya menjamin masa hadapan. Sejak kecil lagi, kita juga diberi tips bagaimana untuk menabung dan ditanamkan semangat untuk mempunyai simpanan pada masa hadapan. Malah, banyak iklan di kaca televisyen turut memberi kita inspirasi untuk membuat simpanan sejak dari kecil seterusnya tabungan itu akan membantu di kala kita dalam kesesakan dan kesusahan.

Tetapi, bagaimana pula keadaannya apabila usia kita meningkat dan kita sudah mampu berfikir atas dasar logik melalui segala bahan bacaan dan pemerhatian akan tercapaikah segala inspirasi yang cuba ditanam sebelum ini? Apabila kita mengetahui keadaan dan situasi kewangan negara kita yang di dalam keadaan yang amat kritikal, kita akan melihat dari segala sudut, akan timbul pelbagai persoalan. Kenapakah perkara ini berlaku? Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?




Kita mengetahui secara umumnya jika kita berbelanja dengan mewah dan menggunakan wang secara tidak terurus, kita akan mempunyai masalah dari sudut kewangan dan dalam erti kata mudah kita akan terjerumus ke dalam fasa kebankrapan. Bagaimana pula apabila golongan-golongan begini, iaitu golongan yang berbelanja dengan mewah dan dengan tindakannya membuatkan negara melangkah ke arah kebankrapan, kita hanya mahu memeluk tubuh dan mendiamkan mulut tanpa berkata apa-apa?

Pada 2 Februari lalu, forum bertajuk ‘Perubahan Politik Untuk Pembaharuan Ekonomi Bagi Kesejahteraan Rakyat’ telah  diadakan di Hotel Seri Malaysia. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, berucap dalam forum tersebut berkata, jika kerajaan Malaysia terus berbelanja mewah di luar kemampuan sekalipun dengan berhutang yang masih belum terlangsai, mereka  akan merealisasikan impian untuk melihat negara bankrap disebabkan  sikap itu.

“Bayangkan kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus setahun tetapi kadar peningkatan hutang pula 13 peratus," kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Dengan kadar tersebut, pada tahun 2020 hutang negara akan mencecah RM1 trilion.

“Sejak kemelesetan ekonomi, dalam tempoh 13 tahun kerajaan tetap berbelanja besar-besaran sehingga ekonomi menjadi parah. Jadinya apa yang kita belanjakan hari ini seolah-olah kita makan daripada milik anak cucu kita iaitu generasi akan datang.

“Itu belum masuk lagi isu penyelewengan dan salah guna kuasa. Bayangkan RM28 bilion tiris 
setiap tahun sedangkan jumlah yang sama jika boleh dimanfaatkan untuk rakyat sudah boleh membawa rakyat keluar daripada garis kemiskinan,” katanya lagi.

             Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Penyelidikan PAS Pusat berkata, semua masalah ini timbul kerana masalah kepimpinan kerajaan yang berbelanja tidak berhemat dan jentera di bawah kerajaan yang tidak cekap.




Bagaimana? Jom sama-sama melihat serta menjadi golongan yang berfikir, bergerak dan bukan menjadi golongan yang melihat sahaja. Sama-sama kita cuba merealisasikan impian dan mencapai inspirasi yang diwar-warkan sejak dari kecil lagi bagi menjamin tabungan masa hadapan agar kita tidak menjadi golongan yang bankrap.

~Gelombang Mahasiswa~






Monday, January 23, 2012

NFC,Baucer dan Mahasiswa

Tatkala kebangkitan mahasiswa dilihat mampu memberi tekanan jangka masa panjang kepada kerajaan.Dan bila pemikiran mahasiswa sudah tidak dapat dikekang dengan AUKU. Kerajaan mula menggunakan taktik lama yang digunakan di kampung-kampung tapi dengan teknik yang sedikit berbeza. Baucer RM200 diharapkan dapat meredakan mahasiswa buat sementara waktu atau mempengaruhi mereka yang tidak cakna.

Namun, kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional terus mewarisi amalan dwi-standard dalam apa-apa perlaksanaan bajet. Andai bajet melibatkan rakyat marhein, syarat-syarat ketat dikenakan bagi mengelak sebarang penyalahgunaan dana yang diberikan. Namun, jika melibatkan menteri lain pula kisahnya.

Kerana takut mahasiswa membeli kondominium dengan wang RM200 tersebut. Ia diberikan dalam bentuk baucer khas untuk membeli buku. Manakala NFC yang langsung tiada pengalaman diberikan kepercayaan sepenuhnya dalam menguruskan wang RM250 juta yang akhirnya membeli kondominium untuk menternak lembu. Seperkara lagi yang menariknya, pinjaman NFC tiada tarikh akhir bayaran hutang. Manakala untuk mahasiswa, baucer hanya sah sehingga bulan MAC 2012.






Akhinya projek  NFC yang diurus oleh golongan yang ‘bijak’ terpalit dengan tuduhan penyalah gunaan wang rakyat. NFC hanya contoh kecil daripada kerakusn kerajaan yang ‘berwibawa’ ini. Kerana laporan daripada Global Financial Integrity (GFI) mendapati dari tahun 2000-2008 sebanyak RM1,077,000,000,000.00 (RM1.077 trilion) aliran wang HARAM  keluardari  Malaysia.  Projek NFC hanyalah 0.023% dari jumlah ini.

Eh, korang tahu tak yang bajet RM200 kepada setiap mahasiswa hanya menelan RM260 juta? Hanya lebih RM10 juta dari dana yang diberikan kepada Shahrizat sekeluarga. Jadi, nialai mahasiswa diseluruh Malaysia bersamaan dengan beberapa kerat ahli keluarga Shahrizat? Dimana letaknya kewibawaan dan keintelektualan mahasiswa dimatakerajaan Malaysia? Sampai bila si KRONI yang cetek akal fikiran akan mendapat pelbagai dana dan imbuhan melebihi rakyat marhein yang bijak pandai, berusaha gigih menuntut ilmu dan amanah dengan ilmunya? Sampai bila?





Mahasiswa tak boleh dibeli dengan wang ringgit.Mahasiswa bukan gelaran untuk mereka yang buta-tuli mengikut telunjuk orang yang memberi tanpa sebarang kajian.Bersyukur dengan apa yang diberi tidak menyekat mahasiswa mengkritik sebarang penyalah gunaankuasa. Kerana mahasiswa hari ini, pemimpin masa hadapan.Adakah anda benar-benar mahasiswa?



-Mahasiswa botak berbeza dengan mahasiswa yang tak guna otak-

Sunday, January 22, 2012

"mahasiswa dan catur"

Setelah angin PRU 13 bertiup, angin yang membawa khabar terus terusan membuktikan dan membuka mata masyarakat dan mahasiswa bahawa kita perlu melakukan tranformasi bagi melangkah ke fasa perubahan di mana fasa kurangnya korupsi, kurangnya manipulasi, dan kurangnya menuding jari.


‘Berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar emosi tidak menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak.’ Nasihat Ustaz Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Peranan mahasiswa sebagai golongan cerdik pandai dalam membantu negara dalam proses melangkah ke fasa perubahan tersebut sangatlah diperlukan. Mata perlu dibuka, hati perlu dijentik bagi memastikan rasa sensitiviti terhadap masalah dan isu masyarakat dan negara yang kita sedia maklum semakin tenggelam timbul.


Mahasiswa kini sudah mampu melangkah ke hadapan, kerana kesedaran sudah ke tahap infiniti. Mahasiswa merupakan peneraju perubahan dan mampu memastikan sistem dan fasa yang dinantikan akan dicapai. Bagaimana mahasiswa mencorak strategi dalam menghadapi cabaran bagi menggapai fasa itu sama seperti mencorakkan gerak buah-buah catur dan seterusnya menang. Mahasiswa perlu berdiri sebagai pemain catur yang berwibawa.







Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan memastikan strategi yang dirancang bagi memastikan setiap langkah yang diambil tidak mengundang bahana. Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan bijak memanfaatkan keunikan setiap posisi dan kelainan cara gerak setiap buah CATUR. Seorang pemain CATUR yang berwibawa akan sentiasa memahami cara pihak lawannya berfikir bagi mengawal dan mendominasi situasi.


Mengubah paradigma dan membuktikan Mahasiswa bukan hanya hebat di mata pena, malah mampu menjadi peneraju perubahan. Mahasiswa juga mampu membawa perubahan besar di mana kita akan masuk ke satu fasa yang mana mahasiswa akan diberi kebebasan bersuara tanpa dihalang atau digarisi dengan sesuatu.



~ Gelombang Mahasiswa ~

wacana : "masih relevenkah AUKU?"




Wacana Sinar Harian ke-10 bertajuk "Masih Relevankah AUKU?" bersama 5 orang ahli panel:
1. Prof Dr Abdul Aziz Bari(Pakar Perlembagaan)
2. Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod(Timbalan Rektor UIAM)
3. Sdr Mohammad Maliki Mohd Rapiee(Presiden Majlis Belia Malaysia)
4. Prof Dr Anuar Ahmad (Pemangku Presiden/Naib Canselor UNISEL)

5. Sdr Mohd Shahar Abdullah(Presiden Pesatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa/ASPIRASI MALAYSIA)



Dikendalikan oleh moderator, Sdr Mohd Amin Idris(Selebriti TV Al-Hijrah/Motivator)

Pada 26 Januari 2011, jam 2.00 petang, bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Saturday, January 21, 2012

" Angin PRU-13 mula bertiup.."




Angin PRU kembali bertiup, malah telah mula menyapa sejak akhir tahun 2011. Sememangnya satu event yang ditunggu-tunggu ramai pihak. paling menunggu, RAKYAT Malaysia sendiri.


2012 bakal membawa angin perubahan buat Malaysia. Selama ini, masalah sosial yang semakin parah, penzinaan, buang bayi, ketagihan dadah, free sex, perjudian, korupsi yang makin menjadi-jadi bukan sahaja di peringkat bawahan malah di peringkat menteri-menteri, isu murtad, kroni-kroni diraikan, kebajikan rakyat diketepikan,..hak-hak rakyat dinafikan..dan banyak lagi..sememangnya, jikalau hendak di listkan kesemuanya, pasti terasa tegang jiwa raga semua..gentar dan bimbang akan masa depan Malaysia kita ini.


Anda sebagai rakyat Malaysia, mahu terus melihat bahana ini bercambah??..
semuanya di tangan anda.. you choose your goverment..you choose the people who'll run your country, who'll run basically your life..who'll eventually make up you and your children's future.


IT'S in YOUR HANDS....change now.



Wednesday, January 11, 2012

Perhimpunan Aman 901.. wujudkah 'konspirasi'?




Kemelut 901 panas diuar-uarkan dalam media elektronik. Ditambah pula dengan Gelombang Isu Hasan Ali. Semakin dekat dengan PRU-13 ini, banyak pula isu yang dimainkan oleh geng cacing ni.Ops, dacing. Betulkah tiada permainan politik? Jom kita teroka satu-satu isu.

            baru-baru ni, semua seperti sudah hadam dengan kronologi peristiwa 9 januari. Di Youtube ada, yang diupload di FB pun ada, dan daripada sumber sahabat-sahabat handai kita pun mungkin ada.Usaha untuk menuntut sistem kehakiman yang adil dan saksama terbukti serius dengan wujudnya perhimpunan aman 901. dalam isu ini, sekaligus mempamerkan keraguan integriti badan kehakiman dan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

            jika dilihat dalam bersih 2.0 dan lain-lain demonstrasi, rasanya, sejak sekian lama, baru kini demonstrasi 9 januari kali ini berpihak kepada pakatan pembangkang. Mana tidaknya, kalau sebelum ini hanya ber’perang’ dengan kerajaan, kali ini,suasana sudah berubah apabila berhadapan dengan badan kehakiman. Yang paling merunsingkan, timbulnya perkara yang mencetuskan pelbagai persepsi baru terhadap insiden yang sederhana rancak itu.

            Bagaimanapun,keputusan tentang pembebasan DSAI dilihat seperti salah satu kemenangan yang besar terhadap pakatan pembangkang. Begitu mudah Mahkamah memberi keputusan tersebut. Hal inilah yang sebenarnya,menimbulkan banyak persepsi terutama bukan sahaja dalam kalangan UMNO dan Barisan Nasional, malah juga dalam kalangan rakyat umumnya.

            BN semakin hari bermain dengan api yang mereka buat sendiri. Terkini, dilaporkan tentang pergeseran dan percanggahan pendapat dalam pakatan BN itu sendiri,mana tidaknya, begitu mudah kuasa legislatif itu membebaskan pemimpin no. 1 PKR. Hal ini sekaligus memberi gambaran kepada kita apa yang berlaku disebalik krisis ini. Mungkin juga, sekiranya, mereka menghukum DSAI, sudah pasti keadaan BN akan semakin parah untuk menentang kebangkitan Pakatan Rakyat . Walaubagaimanapun, jika BN membebaskan DSAI juga, ia juga menyukarkan mereka kerana BN dilihat seperti menguasai sistem perundangan.       
             
             Jadi, mungkinkah sistem perundangan sebelum ini sudah terlalu banyak dipengaruhi oleh BN selaku penguasa badan eksekutif?
            
             Persoalannya,jika kuasa perundangan itu bersifat berkecuali, mengapa boleh timbul isu pergelutan dalam parti Barisan Nasional? Sampaikan ada usaha yang dicadangkan agar PRU-13 diawalkan? Mungkin benar ia salah satu cara untuk menjaga imej,  tetapi, sehingga kini,persoalan tentang masalah pergelutan dalam parti itu sendiri masih belum terjawab sebaliknya, hanya menggunakan alasan-alasan yang bersifat umum dan neutral yang terlalu jauh kaitannya.

            Tertarik dan kelakar juga dengan rancangan program reality TV3,Soal Jawab. Seorang peguam yg menjadi panel begitu lantang mengulangi ayat yang sama,“Tang mana mahkamah kita tidak adil?”. Tetapi, apabila ditanya peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che yusof(Gambar), ketelusan mahkamah benar-benar semakin diragui apabila didedahkan tentang ketidakwibawaan sampel DNA. Paling jelas, beliau juga mengakui bahawa kes tersebut bermotif politik setelah menilai sepanjang perjalanan kes.

           
Ayuh kita lihat pula tragedi letupan bom yang berlaku di sekitar mahkamah. Strategi  melakukan letupan oleh kumpulan penyokong Saiful Bukhari,PERKASA dan beberapa badan-badan ‘Melayu’ yang lain seperti ‘tidak jadi’ apabila mahkamah mengumumkan keputusan pembebasan DSAI.

            Mungkin juga, sepatutnya,bom itu diletupkan setelah mahkamah masih  tidak bersetuju membebaskan DSAI, dengan demikian, memberi gambaran bahawa pembangkang bersikap ekstrimis dan melampau dan memberi persepsi yang buruk terhadap penyokong pembangkang. Malangnya, akhirnya ia dilihat seperti satu yang tidak kena pada perancangan asal mereka dalam mewujudkan konspirasi(Pandai BN ajar rakyat). Hal ini pada masa yang sama memberi gambaran awal bahawa Rang Undang-undang yang diwujudkan nanti, sudah pasti susah untuk dipatuhi oleh penyokong-penyokong BN itu sendiri. 

            Habis bercerita tentang perhimpunan 901, isu Hasan Ali pula digembar-gemburkan. kononnya, UMNO tidak sezalim PAS dalam memecat ahli. Setelah tidak mampu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dalam isu perhimpunan aman 901,kali ini, BN cuba tampil dengan memberi imej yang 'baik' dan 'bergaya' apabila cuba mengambil Hasan Ali untuk bersama-sama mereka.



            Mungkinkah kerajaan hari ini mengalami krisis strategi dalam membohongi rakyat? Jangan lupa! Rakyat hari ini sudah mampu berfikiran pemimpin walaupun mereka bukan pemimpin.

Friday, January 6, 2012

" 2012, tahun perubahan.."

Walaupun sudah agak terlambat, di sini AIS ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog AIS yang dirahmati sekelian.







Di saat malam 1 januari 2012, begitu huru hara Malaysia dengan dentuman, percikan bunga api, sambutan dan sorakan manusia yg begitu gembira, malah segelintir gamat menyambut ketibaan tahun 2012 ini. Tidak kurang juga manusia-manusia yang berkumpul memanjatkan kesyukuran atas ketibaan tahun 2012 yang bakal membawa perubahan besar ini.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan insiden pertumpahan darah yg berlangsung malam tahun baru tersebut.

Malam ambang tahun baru 2012, sekumpulan mahasiswa telah berkumpul di hadapan pintu pagar UPSI bagi mendesak pihak UPSI agar menggugurkan kes Adam Adli. Baru-baru ini, beliau dikaitkan dengan isu penurunan bendera DS Najib ketika berlangsungnya perhimpunan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Rentetan daripada insiden tersebut, saudara Adam Adli telah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak UPSI. Perhimpunan malam tersebut telah dicemari dengan insiden berdarah apabila pihak polis dan FRU mula menggunakan kekerasan terhadap siswa-siswa yang berhimpun. Beberapa siswa cedera teruk dalam kejadian itu, termasuk Pengerusi BEBAS, saudara Safwan Anang.





Kejadian ini sememangnya hangat dibahas dan diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Ramai yang melihat "keganasan" polis kali ini mirip kepada kejadian sewaktu BERSIH 2.0 dahulu. Rakyat tercedera ketika berhimpun menyuarakan tuntutan dan harapan mereka, pihak bertanggungjawab kemudiannya akan menafikan "keganasan" mereka. Hingga hari ini, pihak polis terus menerus menafikan dakwaan "polis membelasah mahasiswa" tersebut, sebaliknya mengatakan bahawa mahasiswa tersebut mencederakan diri sendiri.

Apa yang dapat dilihat, berbagai-bagai reaksi rakyat terhadap insiden ini. Ada yang berpandangan bahawa mahasiswa tidak seharusnya terlibat dengan perkara-perkara sebegini. Mereka sepatutnya tumpu dulu pada pengajian. Katanya banyak lagi cara atau pendekatan lain jikalau hendak menyuarakan suara hati golongan mahasiswa ini. Tidak perlu sampai berdemo. Ada juga yang berhujah bahawa demo tersebut dijalankan sebagai 'last resort' setelah mencuba pendekatan-pendekatan lain. Bahawa dengan cara berdemo ini, baru apa yang siswa-siswa ingin suarakan akan didengari.





Ramai yang melihat kejadian malam tahun baru itu sebagai mesej berterusan kebangkitan anak muda di Malaysia. Seperti mana BERSIH 2.0 dan Gerakan Mansuhkan ISA sebelum-sebelum ini, BEBAS juga ingin menyuarakan tuntutan mereka tersendiri. http://gazebodaily.net/2011/12/21/gerakan-menuntut-kebebasan-akademik-bebas/ . Jadi, hari ini..rakyat Malaysia semakin tertanya-tanya, apa maksudnya di sebalik 'reaksi' pihak polis dan kerajaan Malaysia terhadap kebangkitan suara rakyat ini?..Demo semangnya adalah jalan terakhir bagi membolehkan suara rakyat didengari dan diambil cakna dan tindakan oleh pihak ditujukan. Adakah wajar dibalas dengan tembakan 'tear gas', 'water cannon' serta tumbuk sepak terajang, belasah Polis dan FRU..yang sememangnya diketahui berada di bawah kelolaan Kerajaan Malaysia? Fikir-fikirkanlah..


" I may disagree with what you have to say, but will fight to the death to protect your right to say it.."- Voltaire



2012, JOM UBAH...!!

Friday, December 23, 2011

" Fenomena Adam Adli "




Jika benar mahu menuding kesalahan, jangan dituding jari hanya kepada si semut yang nampak lemah luarannya, tidak mempunyai kuasa. Jika seekor semut dibadan gajah dan hanya meletakkan sengatnya tanpa mengeluarkan bisa tidak akan menembusi kulit gajah yang setebal kulit pokok malah jika disengat seribu kali pun hanya mampu memberikan luka kecil yang mana tidak menjejaskan fizikal asal Si Gajah yang luarannya nampak hebat dan kuat. Tetapi Si Gajah tetap tidak akan terasa terancam dengan kehadiran semut itu kerana kesalahan yang dilakukan semut itu tidak mendatangkan kesan kepada dirinya kecuali semut itu datang secara sekawanan. Si Gajah juga boleh berfikir dan bertindak secara matang, ini malahan manusia.


Namun di dalam realiti manusia, bagaimana pula jika manusia yang mampu berfikir malah berkuasa bertindak di atas kegelojohan diri tanpa bertindak mengikut kematangan? Terus-terusan menyalahkan sesuatu tanpa dilihat dari akar ubi sumbernya. Bertindak melulu mengikut hawa nafsu dan tidak berlandaskan Al Qur’an dan As Sunnah, adakah itu dipanggil kematangan atau menyalahgunakan kuasa yang ada. Memeras ugut, menuding jari, kutuk mengutuk, itu yang menjadi menu pilihan untuk hidangan tiap hari. Masa untuk transformasi seperti yang dihebah-hebahkan.

Skop yang lebih kecil, isu Adam Adli seorang mahasiswa UPSI diugut dan diancam. Bukan hanya dia malah membabitkan keluarganya. Bukan kerana dia meletakkan bom di kediaman Pemimpin Negara tetapi hanya menurunkan sehelai bendara. Isu ini yang mahu dibesar-besarkan sehingga timbul berbagai ugutan dan ancaman. Ini yang digelar kematangan? Pembaca boleh menilai. 


Pada hari berkenaan, matlamatnya berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia. Isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini. 
Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih, ia kerana bendera itu terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai. 

Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? 


Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) , namun tidak ada sebarang reaksi kepada memorandum tersebut.








Setibanya di PWTC, cuma Saifuddin sahaja bersetuju untuk berjumpa. Bila memorandum diserahkan, semua mahasiswa mendengar ucapan daripada Saifuddin. Sebelum itu mahasiswa bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus tukar reaksi, salam dan ambil gambar, bagi Adam Adli ini bukan matlamat sebenarnya. Jadi diambil bendera dan terus diturunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik. 

Perkara ini tidak mendatangkan kesan mendalam bukan? Tetapi menjadi alat bagi membuat ancaman. Mengapa fokus kepada bendera Datuk Seri Najib Tun 
Razak yang diturunkan dan tidak fokus kepada bendara ‘Kebebasan Akademik’ yang dinaikkan? Ingat, media itu boleh membawa kebenaran juga sebaliknya.


Monday, December 19, 2011

"Revolusi Rakyat ,Dilema Kebangkitan Syria"




Gelombang nasionalis semakin hari semakin kuat menyerang pemikiran umat Islam. Pengaruh yang dibawa sudah pastinya bertujuan bagi mengumpul tenaga kerja yang berusaha untuk membawa fahaman nasionalisme. Kini, janji-janji material telah menjadi asas kejayaan kepada mereka yang ingin memperjuangkan nasionalisme.Strategi inilah yang digunakan untuk menjatuhkan umat Islam. Setelah mempengaruhi pemikiran, serangan fizikal adalah langkah seterusnya. Bahkan golongan yang zalim secara konsisten menggunakan slogan‘economical control’ untuk memaksa golongan penentang untuk menerima agenda mereka. Itulah senario yang sama berlaku di setiap negara.
           
Malangnya,Umat Islam menjadi mangsa di atas serangan pemikiran ini. Inilah akibat menolak kepemimpinan Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi. Sedangkan golongan sekularisme dan orientalisme mencari jalan dengan bersungguh-sungguh menjauhkan Al-Qur’an dan As-sunnah daripada Umat Islam. Walaubagaimanapun, masih ada golongan yang benar-benar mentaati Allah dan RasulNya. Mereka menolak segala kemungkaran meskipun zaman berubah. Bahkan mereka terus-menerus menentang kezaliman terhadap hukum-hukum Pencipta.

          Hari ini dunia memperlihatkan umat Islam mampu bangkit atas dasar Persaudaraan Islam dan Aqidah,bukan atas dasar material meskipun zaman kegemilangan Islam telah pun membuktikannya. Barisan Pimpinan Ikhwan Al-Muslimin telah membuktikan kemenangan mereka dalam pilihanraya mereka di Mesir. Teori domino sudah pastinya bergerak secara tidak langsung.

          Melihatkan pola yang semakin baik ini,namun di Syria, barisan Kepimpinan ‘diktator’ menzalimi rakyat mereka dengan ganas sekali. Di sana, Umat Islam menghadapi senjata berat, rumah mereka dirobohkan, dan wanita-wanita muslim disorokkan entah ke mana. Mereka juga diperkosa dengan rakus di hadapan suami-suami mereka.
            Seorang remaja perempuan di Homs, Zainab Al-Husni, 23 tahun ingin diperkosa,tetapi remaja itu melawan,lalu dikerat empat badannya dan dihantar kepada keluarganya. Kejam! Kita juga harus tahu bahawa ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
            Akhirnya, revolusi di Syria tercetus dengan tiga sebab dominan, iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan  rakyat di negara-negara arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja yang telah menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Yang paling ngilu untuk didengar adalah, mereka itu ditangkap,diseksa,dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.

            Yang lebih mengayat hati, hubungan ibu bapa dan anak terpisah. Anak-anak mereka ditangkap.apabila ibu bapa mereka datang ke penjara untuk meminta dibebaskan, dengan sombong ketua polis berkata kepada mereka,”kamu balik sahajalah, lupakan anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kami isteri-isteri kamu(untuk dirogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu”.




            Syeikh Dr Khalid al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf Al-Qaradhawi  hadir ke Malaysia dengan mengingatkan supaya “Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka”.

            Teori domino bergerak secara dalaman apabila revolusi di Syria bermula di Hama, kemudiannya merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga brlaku di 157 tmpat yg lain utk menentang kerajaan Basyar Al-Assad yang merupakan pemimpin Syria. Kekejaman regim Basyar  terlalu kritikal, sehingga dia memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan menipu dunia dengan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokongnya. Mereka diugut  dihilangkan pekerjaan mereka jika mereka tidak mahu menyokongnya.



        Kekejaman pasti mengalami tanda-tanda kejatuhan. inilah situasi yang berlaku di negara itu, apabila 30 000 tentera termasuk pegawai untuk turun berdemonstrasi bersama-sama rakyat. bahkan mereka menjadi pelindung kepada rakyat ketika berdemonstrasi. Negara-negara arab yang lain menjadi penentang kepada kerajaan Syria yang telah membunuh rakyatnya sendiri.
           
Kepada pembaca , pernahkah kita terbayang sesuatu yang sama juga mungkin akan berlaku di Negara kita,Malaysia? Pola kebangkitan rakyat seolah-olah seperti satu "sifir" di mana-mana negara. Di Mesir, rundingan secara aman tidak berjaya memuaskan semua pihak, begitu juga di Libya, Syria, akhirnya kerajaan mereka mengambil pendekatan diktator kepada rakyat mereka. Kerajaan mereka sudah kehabisan idea untuk memenuhi permintaan rakyat. Itulah sebenarnya hasil daripada pemerintahan materialistik. Manusia memang tidak akan puas dalam menikmati kepuasan material . Bagaimana pula di Malaysia? Mungkinkah akan terikut dengan “sifir” yang sama? Yang paling penting, Fikirkanlah nasib rakyat Syria yang diceritakn. Bahkan, apa pula peranan kita sebagai umat Islam yang asyik sibuk dengan provokasi murahan? sifat “No Action Talk Only” yang kita ada ini, adakah belum habis-habis menguasai kita?

            Kerajaan Islam Madinah tidak terbina atas dasar material tetapi dibina atas dasar iman dan taqwa. Rakyatnya diajar supaya bersyukur dengan apa yang ada dan tidak mudah untuk meminta-minta. Belajarlah daripada intitusi kepemimpinan Nabi kita S.A.W. Mudah-mudahan, kekejaman terhadap saudara-saudara kita yang berlaku di Syria menjadi elemen yang mampu menyentuh dan mengikat hati kita kepada Allah S.W.T.
            

Wednesday, December 14, 2011

" RUU Himpunan Aman "..selepas AUKU, ini pula...



Rang Undang- Undang Himpunan Awam 2011 (RUUHA 2011). November lalu, rang undang-undang ini telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan kini dalam perbahasan Dewan Negara. RUU baru ini muncul ekoran pemansuhan akta zalim sebelum ini, Seksyen 27 Akta Polis 1967. Akta perhimpunan aman ini sepatutnya diharapkan dapat memudahkan lagi rakyat untuk berhimpun secara aman, bukan menyusahkan. Namun, begitulah hakikatnya.

Jika diteliti, antara isi perbahasan RUU perhimpunan aman ini :

  • semua perhimpunan,walaupun di premis persendirian atau disewa,perlu diberi notis makluman awal kepada polis sekurangnya 30 hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan. Sesuatu yang amat tidak munasabah bila difikirkan, apatah lagi hendak diaplikasikan, memandangkan kebanyakan perhimpunan aman rakyat berdasarkan isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera. Namun, setelah dibahaskan, ianya dikurangkan kepada 10 hari. Masih menjadi satu perkara yang kurang relevan, bila dibandingkan dengan negara bawah pemerintahan kuku besi seperti Myanmar yang memperuntukkan masa hanya 5 hari untuk mengadakan perhimpunan. Adakah demokrasi Malaysia lebih teruk dari Myanmar? Sudahlah indeks rasuah negara kita ini saban tahun, kian merudum. Memang betul, kerajaan Malaysia menuju kejatuhan!


  • Di bawah akta ini juga, melarang individu yang berumur bawah 21 tahun untuk berhimpun secara aman. Sudah tentulah perkara ini merujuk kepada golongan muda, mahasiswa dan penuntut institusi pengajian tinggi. Jelas, usaha memperkenalkan RUU baru ini diibaratkan seperti 'tali', mengikat tangan dan kaki golongan-golongan intelektual muda kini. Sudahlah mulut mereka sekian lama disumbat tutup dengan AUKU. Sememangnya, RUU baru ini bermotif kuat menutup suara-suara 'sumbang' golongan muda khususnya yang dibimbangi lantang dilaungkan.


RUU perhimpunan aman ini, memang menarik namanya. Hakikat sebenar, ianya lebih zalim daripada Akta Polis 1967 yang wujud sebelum ini. Akta baru ini jelas memperlihatkan usaha membanteras rakyat daripada bersuara, kerana secara logiknya, tiada perhimpunan rakyat yang akan berjaya dilakukan jika mahu berlandaskan akta drakonian baru itu. Beberapa orang wakil pelapor khas PBB turut memberi respon terhadap isu ini. Mereka menyuarakan rasa kecewa kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) atau rakyat civil tidak dirujuk dalam merangka RUU itu. Takrif yang kabur tentang perhimpunan dan syarat-syarat perhimpunan yang terdapat dalam RUU baru itu juga jelas menunjukkan bahawa “kuasa berlebihan” telah diberi kepada pihak-pihak tertentu. Tambahan pula, rang undang-undang baru ini bukan sahaja menghadkan perhimpunan secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga memberi akses bersyarat kepada media. Sememangnya, “freedom of speech” telah dihadkan ke tahap paling maksima. lihat sahaja apa yang terjadi pada BERSIH 2.0, api suara kebangkitan rakyat dilawan dengan kekerasan melampau pihak FRU, bersama 'tear gas', 'water canon' dan penumbuk sepak terajang mereka. walaupun begitu, suara rakyat tidak akan pernah padam.





Sebagai golongan muda-mudi, golongan mahasiswa cerdik pandai..apa reaksi kita terhadap akta kejam ini?..sudahlah dihimpit dengan AUKU, kini,..undang-undang “hutan” ini pula?? dimana kedudukan mahasiswa dalam masyarakat, dalam negara?..apakah yang pihak kerajaan nampak pada fungsi golongan mahasiswa?..mungkin hanya sebagai perkakas, tuntut ilmu bersungguh-sungguh, kemudian 'graduate' dan berkhidmat untuk negara, majukan negara...begitu mungkin..


Jikalau anda seorang mahasiswa, sememangnya anda akan cukup risau dengan isu RUU ini, cukup risau dengan masa depan Negara Malaysia tercinta sekiranya golongan mahasiswa terus menerus ditindas sebegini. Suara kita terus di 'bisu' kan. suara intelektualisme terus dinafikan. Because you are your Nation's future...


Konon mengatakan negara menuju transformasi. Bagus begitu... TRANSFORM to a new Malaysia..


“ Transform Kerajaan..!!! ”



Friday, November 25, 2011

"Air atau Politik??"


Ada satu cerita yang mungkin perlu untuk dikongsi.dari sudut makna, cerita ini benar. Seorang sahabat  dikenali sebagai  ‘R’ berkata, “sudahlah dah dapat mandat memimpin, tapi, selama 20 tahun  tak pernah nak bagi bantuan, pinjaman pun tak diberi time awal2 dulu,baru sekarang lah dapat pinjaman,tu pun slow2 je bg.bukannya bagi penuh terus”. seorang sahabat, ‘M’ pula berkata, “mereka bukannya undi saya sebagai pemimpin mereka pun. Yang layak dapat bantuan hanyalah yang mengundi saya je patutnya. Jadi,kalau mereka nak bantuan dari saya, time PRU-13, undi saya”.
                Air , Air, Air! Terimbas situasi di afrika yang kekeringan air. Apabila lori air datang, ada yang berebut, malah mungkin sanggup berbunuhan hanya kerana setitis air. Kenapa?? Sebab semua orang tahu, air adalah sumber  asas yang sangat diperlukan. Semua manusia sememangnya tahu,mereka boleh mati kalau tak minum air selama 3 hari berbanding makan yang hanya 7 hari. Berpijak kepada realiti, pemimpin-pemimpin bersenang-lenang , sampaikan nyawa manusia sanggup diniagakan demi politik. Isu air dipermainkan tanpa bantuan dikeluarkan.

                Isu Air di Kelantan telah diperbesarkan dan dijadikan sebagai satu ukuran dalam menilai kejayaan kepimpinan parti politik.  Siapa yang menilai? Fikir-fikirkan sendiri..
Sedikit kemusykilan dengan kata-kata pengkritik dan penilai. Ketua Umno Kelantan, Mustapa Mohemed hanya ada menghuraikan bahawa banyak penyakit berjangkit melalui air. Tetapi belum ada sample mengatakan pengguna air di Kelantan lumpuh atau pun demam atau fizikal jadi kemetot dan sebagainya kerana disebabkan mengguna air di negeri itu.

Kalaupun ada, dan kita tengok sendiri bagaimana air di sesetengah tempat di Kelantan bermasalah kerana ia berwarna perang atau kekuningan terutamanya di kawasan Hulu Kelantan. tidak hairanlah dengan keadaan ini kerana ada menteri dari Kelantan bila balik ke Kelantan mengikut suaminya dia tidak mahu ke rumah mertuanya kerana air di rumah mertuanya kurang bersih, tidak berwarna biru.

Seperti disebutkan tadi, kalau betul perangkaan didedahkan oleh akhbar  hanya 53% daripada 1.5 juta rakyat Kelantan mendapat air bersih, ia merupakan satu masalah serius. Pihak kerajaan pusat  perlu bingkas dan berusaha mengatasi masalah mendapatkan bekalan air bersih kepada penduduk. Kepentingan air bagi manusia samalah dengan kepentingan elektrik.  Tapi, kerajaan pusat kelihatan masih bermain-main dengan isu ini apabila mengaitkannya dengan politik. Yang paling malangnya, kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan Air Kelantan Sdn Bhd(AKSB) bahawa kandungan bacteria E-Coli dalam air hanya sekadar 0.88% di Kelantan. Di manakah kebenaran yang sebenarnya?? Hang tak pi tgok ka kandungan E-coli dalam air di negeri lain? Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%), Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). terutama negeri perlis , persoalan yang perlu diambil perhatian, siapakah pemilik negeri Perlis itu??

Kami sangat tertarik dengan kenyatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Dtuk Mejar  Md Anizam Abdul Rahman, katanya, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan tapi,yang paling mengejutkan  hanya 31 kes sahaja yang dikesan ada kandungan bakteria E-coli.


                Persoalan yang cuba dikongsikan adalah, kenapa Kelantan sahaja yang di’bom’kan dalam media sehingga setiap hari disiarkan negatif? (Sabor je la pihak yang terkena..)di manakah ketelusan media mahupun kerajaan pusat? Mungkin masih telus,tetapi ‘kadangkala’ mungkin ‘ter’pertikaikan ketelusan itu.
                Jadi, Selaku rakyat yang matang dan optimistik, kita seharusnya “bekerja sebagai rakyat, pada masa yang sama  kena berfikir seperti pemimpin” . kenyataan media arus perdana harus dinilai secara intelektual. Bukan sekadar membenarkan apa yang sebenarnya salah.
Apa yang anda perlu tahu adalah media juga terdiri daripada kalangan manusia2  seperti anda juga!

Sunday, November 20, 2011

Matlamat Dakwat kekal dalam SPR

BERSIH 2.0 gagal, demikianlah kenyataan dari media perdana. tiba-tiba PSC ditubuhkan, apa sebab penubuhannya? siapa yang mendesak kerajaan supaya menubuhkannya? entahlah. pikir-pikirkan dan
renungkan-renungkan.



persoalan mengapa psc ditubuhkan dan apa yang menyebabkan penubuhannya tidak lagi releven dibicarakan. tetapi sejauh mana PSC boleh 'membuktikan' bahawa ia mampu menjanjikan satu pembaharuan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya Malaysia.ya 'membuktikan'. hanya sekadar wayang bagi tatapan rakyat marhein.

mengapa dikatakan begitu??? mana tidaknya, jika dilihat nisbah dalam jawatankuasa khas parlimen tersebut, yang didominasi oleh pihak kerajaan yakni 5BN, 3PR dan 1Bebas. bagaimana keadilan akan terlaksana sekiranya teras penubuhannya pun sudah tidak telus. jadi, bagaimana jawatankuasa khas parlimen ini dapat menjamin ketelusan dalam menjalankan tugasnya andai masih tedapat kuasa dominan didalam penubuhannya?
kini, kerajaan ingin membuktikan kesungguhan mereka dalam mewujudkan sistem demokrasi yang telus dengan memberi reaksi positif terhadap salah satu tuntutan BERSIH iaitu penggunaan dakwat kekal. adakah ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah insaf dan takut dengan kebangkitan rakyat?
persoalannya disini mengapa penggunaan dakwat kekal tidak dijalankan semasa PRU-12 meskipun dakwat tersebut telah dibeli? dan kini penggunaan dakwat kekal dikatakan boleh dilaksana tanpa perlu melalui satu proses yang rumit? ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menerima cadangan dakwat kekal. tapi, mengapa? ya, kerana tekanan daripada rakyat marhein. namun begitu, persetujuan penggunaan dakwat kekal hanyalah untuk mengaburi mata rakyat tentang betapa jijiknya politik yang sedang diamalkan oleh Barisan Nasional ketika ini.

pertama sekali mari kita fahami apakah matlamat sebenar penggunaan dakwat kekal.. mengelak individu dari mengundi sebanyak dua kali. ya, itu matlamat asalnya. jadi, Barisan Nasional tidak boleh lagi menggunakan pengundi bertindan atau dengan erti kata lain, BN TAK PERLU lagi dengan taktik pengundi bertindan! mengapa dikatakan begitu? pertambahan undi POS dikawasan Lembah Pantai sebanyak 1363% dan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing yang tidak berkelayakan cukup menjadi bukti kepada pencabulan demokrasi. jadi, apakah ertinya penggunaan dakwat kekal andai senarai undi dikotori, undi POS dimanipulasi, media hanya milik yang memerintah, waktu kempen yang tidak diketahui kecuali PM, kakitangan awam dikongkong, rasuah menjadi amalan dan politik kotor masih diamalkan? –laksana 8 tututan BERSIH baru sembang pasal ketelusan dan demokrasi-

Sunday, November 13, 2011

Mahasiswa dan AUKU









Anda seorang mahasiswa/wi..?..
wah..anda orang hebat.!!
haha..

anda tahu, apa itu AUKU?


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971). merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. AUKU kemudian dipinda pada tahun 1975 dan 1995. Matlamat utama pindaan tersebut, yg mana kekal sehingga kini; menghalang penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, juga menghalang penggabungan antara badan-badan pelajar.


-mungkin ramai yang hadam berkenaan akta ini. Atau, mungkin juga ramai yang hanya mengetahui kewujudan akta ini, tapi tidak bercambah kefahaman tentangnya. tak kurang juga yang tidak mengetahui langsung berkenaan AUKU ini.


~kita tinjau persepsi mahasiswa/wi sekitar ipt-ipt di malaysia. apa kata mereka?













bermacam-macam persepsi dan reaksi mahasiswa terhadap AUKU. Tapi, ayuh kita fikirkan semula...kenapa mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik?? politik lah yg merupakan isu terbesar di sebalik AUKU. kononnya, mahasiswa harus tumpukan pada pengajian, tak perlu lagi terlibat dengan politik. belum masanya lagi. betulkah begitu?


apa salahnya mahasiswa terlibat dengan politik? kalau kita lihat, rata-rata mahasiswa malaysia berumur dalam lingkungan 19 tahun ke 27 tahun. Seorang warganegara Malaysia, ada hak mengundi mana-mana parti politik di usia 21 tahun. Ikut logik akal, dan pemikiran mudahnya, wajarkah mahasiswa disekat daripada terlibat dengan politik?.pelik...walhal mereka ada hak untuk mengundi di kala PRU tiba. tidakkah melanggar hak kebebasan begitu?




Lihat pula pada alasan kononnya mahasiswa perlu fokus pada pengajian dahulu, baru berpolitik. kata mereka, proses pengajian di kampus sangat intensif, tiada masa untuk mahasiswa berpolitik. NC UiTm, Datuk prof Sahol Hamid : " politik di universiti hanya akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan siswa-siswi". mereka tidak mahu itu terjadi. belajar dahulu, politik kemudian. Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Norden berkenaan AUKU, " Dengan tidak terlibat dengan parti-parti politik, mahasiswa dapat berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan.."...statement yang agak tak masuk akal. TPM pula menyatakan, " ..timbul kebimbangan di kalangan masyarakat apabila kampus menjadi gelanggang politik yang tidak membawa hasil dalam melahirkan sumber manusia berilmu,.."..


sesungguhnya, mereka tidak nampakkah, apa effect penglibatan mahasiswa dengan politik??
penglibatan inilah yang menjadikan mahasiswa lebih berfikiran terbuka, lebih kritis dan kreatif dalam berfikir, lebih berjiwa besar, lebih cakna dan prihatin terhadap masa depan Malaysia tercinta, justeru memikirkan idea-idea bernas dan bersifat revolusi demi kebaikan negara pada masa hadapan. Malah, keterlibatan dengan politik juga, melatih golongan mahasiswa menjadi seorang yang multitasker, pandai mengurus masa dan hidupnya dengan lebih efektif apabila perlu menyelitkan perkara-perkara 'baru' dalam rutin harian mereka sebagai mahasiswa.


sedarkah mahasiswa akn perkara ini???


selama ini, persepsi anda terhadap "mahasiswa dan politik"...bagaimanakah?
masih fikir bahawa kita tak patut lagi menyibukkan diri dengan politik??
masih fikir, bila anda hanya tumpu dan tumpu pada pengajian, anda jadi mahasiswa berjaya, mahasiswa ideal, mahasiswa hebat??


think again...






 Mahasiswa adalah bakal pemimpin negara. Mengapa mesti kebebasan mahasiswa disekat-sekat? Kenapa mesti takut kepada suara mahasiswa? Berikan kebebasan kpd mahasiswa!!
tak perlu pening-pening untuk meminda AUKU..


HAPUSKAN terus...!!


-mahasiswa BENCI auku-


-AIS-

"Politik kerajaan"..boleh masuk kampus



wah, Pidato Politik...menarik..
berlangsung di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM (SAAS), Shah Alam, pd 13 nov 2011.
Antara objektif penganjuran- 

-mencungkil bakat baru sebagai Pemidato Muda BN
-melahirkan Pemidato Muda yang mantap dalam penguasaan isu semasa
-memberi keyakinan kepada anak muda supaya berani melontarkan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu.


eh, bukan UiTM itu, kampus, universiti?
bagaimana boleh program-program berunsur politik, masuk ke dalam kampus??
bukankah NC UiTM, Datuk Prof Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, tidak bersetuju AUKU dipinda?
katanya, menyebabkan perpecahan dalam kalangan penuntut kampus.

tapi, membenarkan program politik masuk ke kampus??..

mana satu pendirian anda?

“Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik."-Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI).


-tak perlu pinda, HAPUSKAN terus AUKU-

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More