Thursday, November 18, 2010

bankrap isu ?



“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,”




Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, YB Tian Chua yang menyelar Chua Soi Lek cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.




Perlu diingat, ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam. 




Pada bulan Ogos yang lepas, Chua Soi Lek telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. 


Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu. 


MASIHKAH KITA INGAT?





Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More