~AlQuran emas tulisan tangan~
Begitu banyak barang-barang yang hendak diuploadkan disini..nanti, search2 la kat mana-mana ye. Kagum sekali dengan kerajaan Kelantan kerana tanpa kerajaan pusat pun, mereka dapat berjaya .
Ekspo Cheng Ho ini adalah yang pertama dari jenis pameran perdagangan antarabangsa yang akan diadakan oleh Kerajaan Negara Bahagian Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, memaparkan lebih dari 300 syarikat-syarikat dari negara-negara di seluruh dunia.
Dalam perayaan 600 ulang tahun ekspedisi Laksamana Cheng Ho Tentera Laut ke Malaysia, Expo tersebut akan menyoroti kehidupan dan perjalanan yang telah membuat kemajuan luar biasa dalam membawa nilai-nilai sosial, budaya dan ekonomi ke arah persatuan lebih besar dan kemakmuran bagi dunia saat itu.
Menetapkan terhadap latar belakang sejarah, Kerajaan Negeri Kelantan bangga untuk menetapkan Expo dengan tujuan untuk mencipta sebuah platform berharga peluang perdagangan dan pelaburan untuk peserta pameran dan pengunjung, baik tempatan mahupun antarabangsa, sambil bermain model peranan Laksamana Cheng Ho di mempromosikan persatuan di kalangan umat Islam dengan nilai dan dalam membina kerjasama perdagangan dan perikatan diplomatik antara negara-negara yang berbeza.
Penganjuran seperti ini dapat meluaskan lagi perniagaan diantara negara-negara yang terlibat di samping menyatukan persaudaraan perniagaan tidak kira dari sektor pertanian, perdagangan, pelancongan, makanan halal, dan banyak lagi di bawah satu bumbung. Begitu banyak manfaat yang dapat diperoleh kerajaan kelantan seterusnya kerajaan Malaysia sekiranya Ekspo seperti ini diadakan selalu. Mungkin daripada negara-negara Islam yang lain.
Antara yang patut dicontohi adalah pameran seperti ini telah menjaga batas-batas berhiburan. Antaranya, pertunjukan dikir barat , persembahan gasing. Manakala, dari China telah menghiburkan pengunjung dengan persembahan Kungfu Shaolin..
|
Dan juga tarian tradisional mereka
|
|
Ramai berkopiah putih kat situ...:-) |
Bukan seperti yang sering dilakukan kerajaan Malaysia. Asal ada aktiviti or proram pape, mesti nak ada penyanyi ke yang dikatakan dapat menghiburkan pengunjung. semua itu tidak perlu pun xpe.. Kalau nak buat ada lagu2 juga, boleh je panggil nasyid, atau sekadar muzik sahaja tanpa perlu ada lompat-lompat katak oleh remaja-remaji dan x lepas juga pakcik makcik yang rasa kecik lagi tu..
Semuanya, Insyaallah terjaga walaupun x pasti apa yang buruk mungkin berlaku disebaliknya..Namun, yang kita nampak itu selalu orang judge.So, yang agak penting di sini adalah para sukarelawan atau petugas-petugas di situ. Semuanya, sopan-sopan je.
|
Manis2 dan sopan2 je kakak2 kita dari segi pakaian diorang terutamanya:-)
|
Alhamdulillah, banyak gambar telah diupload disini.. Walaupun sedikit sahaja coretannya, harap semua pembaca dapat menilai sendiri.. Hanya satu negeri sahaja sudah berjaya membuat hubungan antarabangsa yang baik untuk Islam sejagat terutamanya, Apatah lagi jika sekiranya, dapat memegang Kerajaan Malaysia yang semestinya banyak duit atau pendapatan negara yang telah dibazirkan atau digunakan tidak semua yang memberi manfaat untuk umat Islam terutamanya. Kebanyakkannya, digunakan untuk orang-orang tertentu sahaja. Wallahu'alam. Semoga apa yang dikatakan disini tidak diambil sensitif tetapi harus berfikir secara rasional apakah benar yang ingin penulis sampaikan.. LU PIKIRLAH SENDIRI. :-)
P/S Maaf jika gambar terlalu banyak atau terlalu kurang.. X semua rajin mencari gambar2 kan..? so,itu adalah antara yang terjadi di sana.. S
Sekian,Wassalam |