Saturday, November 20, 2010

Rapat umum perdana PKR


Sesak. Beranikah Najib membubarkan parlimen dalam masa terdekat ?

Katanya KeADILan dibawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal lumpuh dan musnah..


Foto DSAI bersama rakyat di Shah Alam semalam sebagai bukti. Tiada pengumuman dan canangan dibuat melalui media arus perdana namun dewan penuh sesak.


Malam semalam telah berlangsung rapat umum perdana PKR Selangor di auditorium MBSA Shah Alam dengan tema Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman. 


Beliau tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai dia. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan Zaid. 


Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaid ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti,".


**PEJUANG TULEN BERJUANG DENGAN SEGALA KUDRATNYA. YANG PENTING LILLAHI TAALA.

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More