Thursday, November 4, 2010

Muhasabah sebagai salah satu aspek perjuangan.

The people has spoken, it is what it is.

PAS tewas di Galas, Kelantan; kubu kuatnya sendiri dengan keputusan yang boleh dianggap teruk berbanding pencapaian lepas. Sudah terlambat bagi menangisi nasi yang telah menjadi bubur; tempoh masa untuk memikat hati rakyat Galas demi mencari konklusi bagi PRK ini telah pun tamat.

Pelbagai kesimpulan boleh dibuat untuk menafsir keputusan kali ini. Mungkin calon BN lebih layak. Mungkin ia berkait dengan propaganda. Mungkin ia disebabkan tidak semua pengundi turun menunaikan tanggungjawab. Apa pun, penting bagi PAS untuk sedar satu realiti yang pasti sekarang; Galas lebih mengkehendaki tawaran kerajaan BN, peningkatan kualiti hidup lahiriah.

“Wahai orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”
Surah Al-Hasyr: (59:18)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Mungkin wujud kebatilan dalam kempen PAS. Mungkin ada haq yang tidak tertunai. Ada bermacam-macam kemungkinan. Namun ana yakin, Allah sebagai mana muslim lain yakin, yang Allah itu tidak bermain dengan dadu. PAS perlu mengambil masa ini untuk bermuhasabah; memahami hikmah di sebalik keputusan yang Allah pilih ini demi memperbaiki mutu dan prestasinya. Malah sudah pasti, bukan kebetulan yang malam ini malam Jumaat; rebutlah rahmatnya dengan memanjangkan doa.

Tanpa muhasabah yang ikhlas, seseorang itu akan merasai dirinya tidak melakukan sebarang dosa. Berasa sedemikian akan mendatangkan lalai dan redha nafsu.

Para ulama’ ada menyatakan ada setidaknya 5 jalan bagi menggapai taqwa, yakni muhasabah(analisa), mu’ahadah(mengingati janji), mujahadah(bersungguh-sungguh), muraqobah(merasai kehadiran Allah) dan mu’aqobah(menghukum diri). Tanpa muhasabah, sukar untuk mendatangkan 4 yang lain.
Perjuangan PAS yang utama bukanlah untuk menjadi popular, bukan jua memenangi hati rakyat. Dasar PAS itu ialah Islam; dan ia patut kekal sedemikian. Maka carilah dulu keredhaan ilahi demi suatu kemenangan yang abadi.

Apa pun, tahniah kepada yang menang, tetapi jangan lupa yang menanti di hadapan adalah amanah bagi menunaikan setiap janji yang dibuat, setiap kata yang diungkap, jangan hanya sekadar retorik.

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More