Wednesday, November 3, 2010

Skandal pemberian wang zakat oleh Tuan Guru Nik Aziz - Antara kecaman, tuduhan dan fitnah.

Menjadi norma dalam tempoh sesebuah pilihan raya, besar atau kecil bagi parti bertanding bertindak secara all-out dalam menyebarkan manifesto, isu dan propaganda masing-masing. Sebagaimana BN dengan agenda kemajuannya, begitu juga PAS dengan perjuang menegakkan Islamnya.

3 November lepas, Utusan Malaysia dalam salah satu laporannya, memaparkan beberapa siri gambar di mana Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberikan sejumlah wang kepada 3 orang asli. Gambar itu sebelumnya, tersebar bagaikan api marak di seluruh internet, terutamanya dalam kalangan blogger.

Gambar yang didakwa Utusan sebagai bukti Tuan Guru menyogok pengundi.


Harakah yang menjadi hos asal kepada gambar-gambar terbabit menyiarkan mereka dibawah tajuk “Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal”, di mana ia mendakwa wang tersebut adalah bantuan zakat bagi para muallaf terbabit.

Sebagaimana yang dijangka, gambar tersebut dieksploitasi sehabisnya oleh jentera BN termasuk Utusan, dimana pelbagai tuduhan melampau telah dibuat terhadap TGNA tanpa sebarang bukti. Antaranya, wang yang diberikan kepada 3 orang asli terbabit adalah rasuah dan sogokan untuk mereka meraih undi orang asli lain bagi pihak PAS. Turut serta dalam bandwagon ini ialah PERKASA, yang membuat laporan polis terhadap TGNA.

Memang tidak dapat dinafikan, tindakan TGNA pasti ada kaitannya dengan kempen PAS di Galas. Beliau sudah tentu memberikan sendiri duit itu bagi pihak kerajaan negeri sebagai cara meraih undi. Apa salahnya? Takkanlah sebuah parti politik yang bertanding tidak mahu menaikkan imej mereka di mata rakyat? Sebagai mana BN yang menumumkan projek perumahan rakyat bernilai jutaan ringgit sejurus selepas kekosongan kerusi DUN Galas, itulah perkara sama yang dibuat TGNA, cuba memenangi hati rakyat.

Sudah pasti PAS terutamanya TGNA perlu memberi respon terhadap perkara ini demi memulihkan kredibilitinya yang sedikit sebanyak tercalar akibat tuduhan melulu jentera-jentera BN. Namun, lebih penting lagi bagi pihak BN untuk membuktikan terlebih dahulu sesuatu tuduhan yang amat besar seperti ini sebelum mengeluarkannya secara rasmi; Ulama’ itu pewaris Nabi, fitnah itu pula lebih teruk daripada membunuh.

Rakyat pula hendaklah meneliti segala bukti yang ada sebelum terikut-ikut dengan mana-mana pihak. Gunakanlah akal anda bagi menentukan sesuatu tuduhan, dan bukannya memilih pihak kerana sikap fanatik masing-masing. Jangan hanya percaya pada media arus perdana yang amat diragui kesahihannya, dan jangan pula terlalu mengiya-iyakan percakapan orang politik yang berkongsi perjuangan dengan anda tanpa usul periksa. Semoga kebenaran akan menang, semoga parti yang lebih baik menjadi pilihan. Allahualam.

Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More