Takde pertandingan mencipta logo ke?
BN kini mendapat nasihat agar berubah demi menarik undi rakyat. Bimbang dan ketakutan hilangnya kuasa dan terpaksa keluar dari Putrajaya menyebabkan serba-serbi perubahan cuba dilakukan. Seolah trauma dengan PRU12, kini mereka bakal tampil dengan imej baru.
Logo, warna lambang BN bakal berubah
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Logo dan warna dacing pada lambang Barisan Nasional (BN) mungkin akan berubah. Ia antara kejutan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen BN, 28 November ini. "Perubahan-perubahan lain akan kita umumkan pada hari konvensyen itu. Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna. Saya akan umum pada hari itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Warna biru perlu ditukarkan dengan warna lain. Mungkin dirasakan sudah tidak releven. Manusia moden kini sudah tidak menggunakan dacing ketika menimbang. Timbangan metrik lebih sesuai.
Lambang dacing juga tidak menarik orang muda untuk memangkahnya. Apatah lagi kini lambang tersebut terlalu banyak grafik kreatif di internet yang menggambarkan betapa tidak relevennya logo tersebut.
Logo dan lambang ini memainkan peranan yang besar juga. Lain sikit menyebabkan orang ramai menjadi keliru. Sesetengah pengundi veteran Pas pernah tidak menggundi Parti Semangat 46 ketika Pas bergabung dalam APU (Angkatan Perpaduan Ummah) katanya, lambang bulan tapi ada nombor.
Tak sama. Hal ini menyebabkan mereka tidak pangkah. Ketika Parti PKR mula masuk pilihanraya ada pengundi Pas veteran tak mengundi kerana merasakan lambing pas tidak betul kerana menjadi bulan kecik. Ia mengambil masa bagi menerangkan kepada masyarakat khususnya golongan tua dan luar bandar.
Kalau BN menukar logonya, masyarakat perlu masa untuk menerima logo baru. Macam ahli Pas juga terpaksa ambil masa untuk menerima lambang lain selain bulan. Tapi logo pas ini masih relevan sepanjang zaman. Tanpa bulan manusia akan hilang tarikh dan kalendar.
Manusia amat berhajat kepada bulan. Bahkan warna traffic light hijau ini sudah sinonim dengan warna Islam diseluruh dunia. Dulu pemimpin UMNO sendiri mengarahkan untuk diubah logo dan warna Petronas kerana trauma dengan warna dan logo Pas.
Bahkan di kenduri hari ini warna air sirap hijau lebih digemari X)
Rasulullah pernah mengingatkan kita:
“Takutlah kamu kepada Allah nescaya Allah akan menanamkan perasaan takut makhluk kepada kamu dan jika kamu takut kepada makhluk nescaya Allah akan menanamkan dalam hati kamu rasa takut kepada semua selain Allah”
Bagi pejuang Islam, kalah dan menang itu ketentuan Allah swt. Segalanya perlu diterima dengan tenang.
Kalah belum bererti kiamat :)