Wednesday, November 17, 2010

Mempopularkan PKR



Keadilan semakin mendapat perhatian media perdana. Bicara massa perdana seperti Utusan, Berita Harian, TV1 dan TV3 terpaksa untuk mengulang tulis dan menayang konflik pemilihan KEADILAN. Anwar terus diserang melalui isu pemilihan yang tidak telus.


Isu Pakatan Rakyat baik kepimpinan, pemilihan dan gerak kerja menjadi perhatian umum.


Media Perdana terpaksa cari makan dengan isu-isu PR. Lihat sahaja isu banjir di Kedah, serangan memburukkan imej MB Kedah begitu hebat dilakukan dengan tohmahan bahawa MB tidak turun ke kawasan banjir. 

Seakan cemas. Negeri PR diserang habis-habisan.

Perspektif kita mudah, jika Anwar atau KEADILAN tidak memberikan cabaran kepada mereka, sudah pasti tidak perlu serangan imej dilakukan. Namun disebabkan KEADILAN menjadi antara faktor penentu masa depan PR dan dilihat semakin kuat apatah lagi keberanian untuk menjalankan proses pemilihan ‘satu ahli satu undi’, maka mereka melihat hal ini sebagai kanser yang akan menyerang saraf mereka.

Pilihanraya dirasakan semakin dekat. Anwar perlu diserang dari semua arah.

Media yang telus akan dapat melihat perbezaan 53 tahun UMNO/BN memerintah dengan hanya 2-3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir di Kedah, Kelatan (20 tahun), Pulau-Pinang dan Selangor dengan baik dan komited.




Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More