Sunday, November 14, 2010

Langkah Politik Zaid Ibrahim (II)


1. Saya masih bersangka baik dengan Zaid Ibrahim. Saya tidak fikir dia adalah ‘trojan horse’ dari Umno yang mahu memusnahkan PKR.

2. Namun desakan terbaru beliau yang mahu Anwar dan Azmin berundur benar-benar memeranjatkan. Memang diakui Zaid juga seorang yang gedebe, sebagaimana Ibrahim Ali (juga orang Kelantan), namun langkah politik yang terlalu gopoh boleh memerangkap dirinya sendiri.

3Sekutu sementara beliau, Mustaffa Kamil Ayub dan Gobalakrishnan telah memberikan respon yang jelas tentang soal ini. Mereka tidak menentang Anwar Ibrahim, namun sebaliknya hanya Azmin. Menentang Anwar Ibrahim umpama menggali kubur politik sendiri.

4. Saya percaya bahawa populariti Zaid telah menurun dengan begitu cepat sekali. Beliau mungkin akan kembali menjadi politikus kecil sebagaimana dia dalam Umno dahulu.

5. Dalam politik, gelojoh dan gopoh adalah pantang.


Komen Anda

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More